Archives

gravatar

Bestnya Fesbuk Part 2

Ehem-ehem...sorrylah buat orang tu tertunggu-tunggu akan sekuel atau kesinambungan dari bestnya fesbuk part 1...silap aku masa part 1 tu dah all out...patutnya 8 item tu aku jadikan sampai 8 part...tapi blog ni kan siapa yang baca...kecuali member-member yang kenal...itu pun puas duk promosi...

Fesbuk ini ada baik dan buruknya...kalau guna dengan baik..jadi baik..kalau tersalah guna..jadi tak baik...

1. Fesbuk menyebabkan bil telefon atau kadar kekerapan topup berkurang...pasal ape? pasal setiap masa dari masuk ofis sampai balik rumah...fesbuk on saje...jadi tak perlu nak sms ke nak call ke...message saje kat fesbuk tu...kalau yang pakai biri-biri tu lagi lah...24 jam online fesbuk...jadi jangan marah kalau sms atau call lambat balas atau lambat angkat...telefon dah tolak tepi...fesbuk dah take over...tahniah fesbuk kerana berupaya membuat orang ramai tergila-gila nak angkat berukban dan henset biri-biri dan henset yang kena bayar dalam 80 ringgit sebulan supaya dapat mengupdate status dan gambo setiap masa...kat bawah tu ada tulis..via biri-biri...via aipon...via selcom sms..via gera je belum...

2. Bila waktu perayaan...fesbuk memang meriah dengan kejakunan-kejakunan pengguna yang dulunya buta it atau takut dengan IT untuk memeriahkan fesbuk...tiada lagi sms raya yang diterima melainkan gambar-gambar perayaan yang di muatnaik pastu di tag nya kawan-kawan...macam hari ini last tahun 2010...jadi memang penuh lah gambar yang ada angka 2011, macam-macam jenis...hampir semua orang kena tag...aku pun kena...aku penah tag orang masa hari guru lepas...yang jadi persoalan...maal hijrah baru ni tak ada pulak meriah macam ini...tahniah fesbuk kerana membongkar hipokrit orang Islam yang sememangnya memandang rendah akan Islam...tanya nama-nama dan sususan bulan Islam pun belum tentu buleh jawab...

3. Bila ulang tahun kelahiran atau besday...kalau dulu 3 hari sebelum dah ada tertera...sekarang ni pukul 12 malam baru tertera hari itu besday siapa...maka penuhla wall orang tu dengan ucapan besday...konon ramai lah orang ingat atau kisah bila besday dia...aku rasa kalau tak ada pemberitahuan tu...kalau dapat 20 orang wish pun dah kira bertuah...jadi jangan terkilan kalau tak banyak sms yang masuk ucap besday kerana dah wish awal-awal kat fesbuk...hahahaha...itu pun besday ikut kalendar masihi...umur pun ikut masihi...cuba tanya apa tarikh besday dalam kalendar Islam...dan berapa umur kalau ikut kalendar Islam...tahniah fesbuk kerana sekali lagi membuktikan orang islam tak ambil port pun pasal kalendar Islam...

4. Fesbuk tidak mengehadkan jumlah gambar yang boleh diaplod...jadi ia merupakan strategi pemasaran yang bagus bagi mereka yang menjalankan bisness...masalah yang timbul adalah bila mereka yang aplod gambo produk mereka ni suka mengetag orang yang tak ada kena mengena...kat bawah tu ada tulis..feel free to untag...aku pun manusia..aku tak sampai hati nak untag...aku tak kisah nak tag nama aku agar gambo itu keluar kat profile aku...tapi biarlah bertepatan dengan aku...aku tengok kawan lelaki aku kena tag dengan gambo baju tido orang miskin...jarang dan nipis dan ibarat tak pakai baju pun tak apa...adoi..kalau aku kena tag macam itu...siaplah...tak kurang ada yang kena tag dengan ubat skes(seks)...sampai menyumpah-nyumpah kawan yang kena tag tu...ini bukan negara jepun ooii..ini mesia...tahniah fesbuk kerana membuktikan orang mesia ni memang tak reti nak bisness dan hanya tahu menyusahkan dan mendesak orang...

5. Fesbuk juga menyediakan banyak game dan aplikasi...aku dulu zaman jahiliah pun main pet society...berbulan-bulan duk bela menatang yang aku namakan mek siam tu...hari-hari duduk main...pasal jakun dengan saingan kawan-kawan yang bila kita stop..point kita dipotong...sekarang aku dah stop...tapi yang aku bengang...ramai lagi yang duk request ajak aku main...sekali aku dah reject tu..tak payahla nak ajak lagi...penat aku je duk pangkah...tahniah fesbuk kerana membuktikan orang mesia ni memang tak ada keje lain selain dari main game...intenet tu punyalah banyak info buleh dapat...tapi mereka cuma pandang game saja..sibuk besarkan itu itu..upgrade itu ini...adoi...kalau budak-budak tak mengapa..ini bapak budak..mak budak...fesbuk membuktikan bahawa mentaliti orang kita tentang ilmu masih kurang...masakan tidak..dapat internet...digunakan untuk main game..

6. Fesbuk turut menjadi tempat orang meluahkan apa yang terbuku dalam hati...kalau dua tahun lepas..nak marah pasal sesuatu..tak puas hati pasal sesuatu..cuma berani cakap sama kawan terdekat....sekarang dengan adanya fesbuk...tidak perlu mencari siapa-siapa untuk meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati...cuma tulis je sepatah dua kata...yang tunjukkan kita tak puas hati atau marah atau bengang...pastu dalam masa beberapa minit...akan ada yang komen...bajet prihatin atau simpati atau memahami...padahal ia memburukkan lagi keadaan...ia memupuk budaya tak sehat...kerana sesetengah status yang aku tengok...memang teruk...aku zaman jahiliah pun pernah..bengang dengan rumet...setiap jam status kutuk rumet...hahahaha...tahniah fesbuk kerana menjadi medium batu api...membolehkan orang lepas geram...tapi pada masa yang sama...kalau orang yg dimaksudkan tu baca...memang perang...kat luar kawan baik...tapi kerana fesbuk..jadi musuh...tahniah fesbuk..kerana salah satu penyumbang kepada perpecahan umat...

Ada banyak lagi ni...tapi kena tunggulah...bersambung part 3 pulak...aku pun terkandas lagi kat sini...gara-gara cuti mengejut...patut hari ini dah setel...kena tunda isnin...

Read More...
gravatar

One Love Satu Cinta

Orang tengah sibuk nak satu...aku nak promote satu lagu...One Love by Dr Alban..



One love
You're living in darkness
You've got to come to know the truth
You're living in darkness
You've got to come to see the light


Attention! Attention! My name is Albatjov
Mi come for tell you 'bout a thing called "One Love"
We have a lot of jealousy, so you see
Today's friends are tomorrow's enemy
A lot of them are sleep a mi say lot of them are work
Jah know Jah know Jah know you have to reap what you sow
We used to be friends but now we go apart
We used to be cool but now we don't talk
Ask me why boy, I don't know
Maybe's jealousy between me and you
Maybe it's my progress nor is it my dollarsis
I've always been thinking that you are the chosen one
But your attitude problems I can't explain
I keep wondering how you can go so far
One day you might end up being having no friends
Count me out 'cause Jah Jah says so


No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love
One love


Anything mi wanna do mi do it one time, a mi say
Anything mi wanna do mi do it one time
Mi no care what people say and mi no care what them chat
Mi just talk sense a say mi get pan the max
Them a wonder why I man get so far
'Cause their attitude problems I can't explain
Get up and stand up, get up and stand up
Stand up for your right, a mi say
Get up and stand up, get up and stand up, stand up for your
Mi say man mi no take no bullshit from anyone
Mi say man mi no take no bullshit from anyone
Anything mi borrow mi have to give it back again, a mi say
Anything mi lend mi have to get it back again
Go tell your friend a when mi come mi come again
Go tell your friend a when mi come mi come rough
Get up and stand up, get up and stand up
Stand up for your right, a mi say
Get up and stand up, get up and stand up
Stand up for your right


No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love

You're loving money more than people
You'd be loving people more than money
If it's one God, one aim, one destiny
For the better in the world
For you and for me
You're living in darkness
You should be living in the light


Think if love was a thing money could buy
The rich would a live and the poor would a die
But since it's not it, and what is it
One love


One love, one love, one love, one love
One love, one love, one love


You're living in darkness
You've got to come to know the truth
You're living in darkness
You've got to make a sacrifice
You're living in darkness
You've got to come to know the truth
You're living in darkness
You should be living in the light
One love


No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love
No more wicked people
What is left? One love

Read More...
gravatar

Drama kejap #5

Semalam 29hb Disember aku telah pergi pusat pengajian aku...untuk berjumpa dengan boss kerana aku risau dengan dateline 3hb Januari yang mana 3hb Januari merupakan tarikh terakhir menghantar tesis supaya aku tak perlu daftar sekaligus tak perlu bayar yuran pengajian untuk semester ini...

Masa tunggu bas aku ada nampak sorang mamat afrika yang jelas tak biasa dengan tempat ini...bila bas tiba..aku naik, dia pun naik..dia duk tepi aku dan bertanya kat aku...macam biasa lah kat muka aku ini memang tertera "kaunter pertanyaan" kot...tanya pulak dalam african english...bukan black english...dia nak pergi pesta PC...aku cakaplah kat mana dia kena turun dan siap cakap kat drebar suruh turunkan dia kat mana...

Sembang punya sembang, mamat tu dari nigeria rupanya..patutlah bahasa dia lebih kurang bahasa dr alban...mujur aku minat dr alban...hahaha...dia ckp dia buat post doctorate kat sini...bagi yang tak tahu apa itu post doctorate...ia merupakan ijazah lanjutan selepas ijazah doktor falsafah atau PHD...maknanya kalau lepas PhD pun masih nak belajar lagi...ambil la post doctorate...setahun je katanya...Sembang punya sembang, dalam bahasa omputih, pastu aku nak turun dia tanya nama..aku jawabla...pastu dia kata nama dia victor...aku ckp nice meeting you...dan turun dari bas...

Sampai je pusat pengajian...dengan penuh otai dan tak tekan loceng kat kaunter pertanyaan...aku jalan slow2 nak menghala kat bilik boss aku...dan kelibat aku dilihat oleh staff kat situ...dia siap bangun dan iring aku ke bilik boss aku, dia ketuk pintu dan bukakan pintu untuk aku...aku terkesima...buleh tahan juga abang ni ye...

Dah masuk dalam bilik boss...aku melahirkan rasa kerisauan aku pasal 3hb Januari punya dateline...pasal aku rasa dah tak sempat kalau nak kejar 3hb tu...kerana nak jilidkan mengambil masa 3 hari...pembetulan baru selesai bab 1...lagi 4 bab belum dapat lampu hijau dari boss...kerana dia tengah menjalankan tugasnya sebagai penyelia aku...ditambah dengan aku tulis banyak merapu...kesian pulak rasanya...

Tapi aku lega bila dia cakap, "ala relaxla, hari ini baru berapa haribulan, sempat punya"...tapi aku masih belum betul-betul lega. Sempat lah dia suruh aku betulkan itu ini dalam bab 2 aku yang dia tengah periksa tu...siap bagi dua buah buku lagi...suruh rujuk...dan last dia cakap...dia nak guna hasil kerja aku itu...macam dia nak selarikan dengan kerja dia...memang tesis aku dari awal adalah idea dia...dia yang tetapkan tajuk dan memang dia menepati janji untuk menjadi penyelia yang baik...dia siap call pemeriksa aku cakap aku mahu datang jumpa dia jumaat 31hb pukul 3 petang...

Lepas tu kami sama-sama keluar pergi tanya staff yang iring aku tadi...mintak surat yang mana penyelia dan pemeriksa kena sign...dah dapat...bermula lah sesi soal jawab...aku tanya banyak benda..."berapa copy kena hantar, dia jawab dia tak minum kopi"...hahahaha..mood dia baik hari itu...aku tanya sempat ke aku nak kejar 3hb Januari...dia kata itu terpulang pada penyelia dan pemeriksa aku...cuma bagi kat dia surat yang dah di sain oleh kedua-duanya kat dia...dia akan hantar kat fakulti...aku tanya lagi...kalau hantar 3hb tu sempat ke? dia kata sempatlah, kalau 4hb tu lain cerita...kena daftar dan bayar...aku tanya lagi...hard cover (jilid kulit tebal) tu kena hantar 3hb juga ke...dia kata tak semestinya...yang penting surat perakuan dulu..hard cover 3 hari lepas tu pun buleh lagi..

Aku tanya lagi berapa copy(salinan) dia kata 2 salinan, 1 CD(cakera padat)...pastu dia kata...buatlah 3 salinan..kot2 pemeriksa pun hendak satu...paling best dia cakap.."tak payah buat banyak-banyak salinan, nanti duit awak pun banyak habis, lebih baik awak belanja saya je"...hehehe..mendalam tu maksudnya tu...dia ckp sebelum jilid..jumpa dia dulu...dia nak tunjuk macam mana nak tulis kat kulit depan tu...dan dia ckp better tulis  "S. Sa (MA. ELS)"...S. Sa= Sarjana Sastera, MA.=Master of Arts, ELS=English Language Studies(Pengajian Bahasa Inggeris).

Aku juga sempat tanya status kawan-kawan aku yang lain...dia kata semua itu kena buat rayuan pada fakulti...kerana dah tamat tempoh masa, belum juga siap...aku ni pun dah saat genting yang amat...dalam masa aku sembang dengan dia tu...ada pengerusi pusat datang...tanya aku..aku jawab dengan yakin sikit...lepas itu datang pulak ketua program/jabatan aku...tanya pasal tesis..aku cakap tengah tunggu supervisor buat last checking...mereka semua pun pasti dah jemu tengok muka aku yang dah 7 tahun kat situ...hahahaha..

HENDAK DIJADIKAN DRAMA...ESOK CUTI!!!!! WHAT THE....esok aku patut dapat tandatangan supervisor dan pemeriksa aku...tapi esok cuti...jadi aku kena tunggu isnin 3hb baru dapat sain...kalau apa2 jadi kat aku atau salah sorang dari mereka, boss, pemeriksa, staff...arghh....tensen sungguh...

Aku ingat esok dah merdeka...dah boleh hantar untuk dijilid...malang sekali...cuti umum pulak...adoi...lambat lagi lah aku dapat balik...bertambah lagi lah kos sara hidup aku kat sini...sehari 6 ringgit sewa bilik...oh tidak...aku dah tak ada duit sangat ni...nak bayar sewa, nak jilid, nak beli tiket bas...anggaran lagi 200 ringgit...mana aku nak dapat itu??? aku bukan ada ptptn, aku bukan ada biasiswa....aku betul-betul menganggur ni...jumaat sabtu ahad= bajet dah 50 ringgit(sewa dan makan)...adoi...aku masih tertekan bila fikirkan...

Namun aku rasa ada hikmahnya di sebalik yang berlaku tanpa dirancang ini...cuma aku terlalu tertekan untuk berfikir dengan baik...aku cuma nampak duit melayang...siapa yang nak berzakat dengan aku..silakan...hahahaha...aku mmg tergolong dalam asnaf penerima zakat...huhuhuhuhu...

Read More...
gravatar

Master of Arts? Sarjana Sastera? MA?

Entri ini khusus bagi mereka kat luar sana yang belum faham apa itu Master of Arts, MA atau Sarjana Sastera dan cabaran-cabaran getir yang terpaksa dilalui oleh pelajar yang bergelar pascasiswazah...belum cuba belum tahu...Nampak kami relax je kan...well ini aku nak bagitau realiti yang sebenarnya...

Aku tak ada hak nak berbangga bila aku belum lagi dapat menghabiskan master aku ini walaupun dah lebih 3 tahun...aku mula-mula masuk pada 27 Disember 2007...hari ini sudah 29 Disember 2010 tapi aku belum lagi tamat pengajian...

Ek eleh ngko ni ape hal, orang buat master setahun je..ngko ni dah 3 tahun belum setel...

Laa...dah 3 tahun rupanya ngko buat master...orang biasa buat setahun setengah atau dua tahun je paling lama pun...

Ngko ni bila nak habis belajar ni? Tak boring ke belajar bertahun-tahun...

Ooo...ngko belum habis belajar ye...ingatkan dah kerja..ingatkan dah kawin...

Stop lah belajar tu...pergi lah cari kerja pulak...

Ngko ni buat ape sampai 3 tahun ni...orang lain setahun dah siap..banyak main lah ngko ni...

Bagi aku dan juga sesetengah dari kengkawan aku yang kategori "sangkut" dalam master ni...dialog-dialog kat atas tu dah lumrah...paling menyampah bila orang duk compare tempoh pengajian master sains dengan sastera...

Well, aku ambil bahasa inggeris ok..bahasa asing...dan bukan bahasa ibunda aku...dan bukannya aku berada kat negara inggeris...sana sini orang cakap melayu...seminggu sekali nak cakap inggeris pun susah..so tolonglah faham sikit...

Nama pun budak bahasa, so bahasa memang kena jaga, bahasa kedua apa pun..kalau dah lama tak praktik..memang akan hilang kelancarannya apabila nak bercakap dan menulis...faham lah sikit bahasa inggeris yang korang belajar dari darjah satu sampai tingkatan 5 tu..berapa ramai yang fasih?

Aku ambil pengajian master by coursework, iaitu kena hadir kelas...dan aku dapati kelas master tak lah sukar sangat...dalam dua semester pun aku mampu pulun...walaupun semester kedua aku dah hampir terbabas...kerana mengambil sejumlah 5 paper...tak sama ye beban paper master dengan degree..

Bab rujukan berbahasa inggeris bagi aku tak ada masalah, kalau kena rujuk bahasa melayu tu baru bermasalah...dengan bantuan microsoft word..kalau salah eja pun dia betulkan...internet pun kebanyakan berbahasa inggeris...jadi ia merupakan satu kelebihan bagi aku...

Cuma bagi mereka kat luar sana yang bercadang nak sambung master...terutamanya master of arts, MA...sila buat persediaan rapi...sudah ramai aku lihat kawan-kawan yang quit master kerana tak sanggup nak hadap tesis...aku sendiri pun dekat setahun stop hadap tesis..tapi hari-hari duk fikir nak buat..beban tu sentiasa ada...tesis MA bukan main-main ye..meskipun kalau betul-betul buat, tak sampai sebulan...malah 2-3 minggu pun dah buleh siap...tapi ia tidak semudah itu...

Kawan aku gelarkan tesis MA sebagai "TESIS BERPUAKA"...yang aku rasa memang betul...bila aku start nak buat je..mesti ada rasa nak terkucil, sakit belakang, sakit itu sakit ini...memang berpuaka wa cakap lu...aku pun sepanjang buat tesis...memang sakit belakang non stop...cuma aku buat bodo je...time tu dah tak kisah pasal duit dah...

Banyak masa yang aku rasa nak quit je...pasal tesis MA amat mencabar...tapi kalau nak banding tesis PhD...PhD lagi giler...tesis MA dalam 100 muka surat...PhD dalam 300 muka surat...MA cuma 1/3 tapi beban dan berat yang amat...

Jadi bagi siapa yang baru lepas degree tu nak kutuk-kutuk orang ambil MA..silakan...kutuk jangan tak kutuk...kerana korang bukannya tahu penderitaan kami semua ni...nampak memang relax...kelas 2 hari seminggu...paling banyak pun 3 hari seminggu...masa lapang banyak..unit ambil pun sedikit...tapi nampak je macam tu..cuba lah daftar masuk tengok...kalau part time tu lagi lah gila...lebih gila dari full time...

Bab duit dan tajaan tak perlu risau...cuma perlu sediakan persediaan fizikal dan mental yang kukuh dan mantap...untuk menghadapi saat-saat getir yang bakal dialami setiap kali hujung semester semakin hampir...dengan dateline tugasan yang bertimbun-timbun, dengan pembentangan yang berderet-deret...dengan komitmen ahli kumpulan yang macam-macam karenah...dan tidak lupa ragam pensyarah yang kadang kala amat strict mempunyai harapan yang tinggi terhadap prestasi pelajar MA ini...semua itu merupakan cabaran...kerana berbilang bangsa, agama, jantina, umur, negara, dan cara kerja...kalau degree boleh la..lebih kurang sebaya...kalau MA...jurang umur tu kadang-kadang menjadi penghalang...begitu juga jurang budaya kerana tak akan sama cara kerja pelajar sini dengan pelajar luar negara... 

Kesimpulan, lebih baik daftar sekarang sementara masih sempat dan masih senang...kalau dalam 5 tahun nanti..aku pasti proses akan jadi lebih rumit...zaman aku cuma 36 unit...sekarang dan 40 unit..zaman aku paper tu tak wajib..sekarang dah wajib..zaman aku yuran 1300++ sekarang dah dekat 2000++...ayuhla bangsaku...jangan berhenti setakat degree sahaja...sekarang ini melayu yang sambung lepas degree amat kurang dan sadis...agaknya asik fikir nak kawin dan beranak pinak je kot...kerana lagu, drama, filem, novel melayu...semuanya kearah tangkap leleh tangkap cintan camtu...

Jangan salahkan siapa-siapa andai satu hari nanti tak ramai melayu yang berpendidikan tinggi...jangan salahkan siapa-siapa kalau melayu kena tindas kerana tak mahu belajar tinggi-tinggi...jangan salahkan siapa-siapa kalau melayu makin terpinggir dalam semua bidang...terutamanya dalam bidang pendidikan...cikgu-cikgu ramai melayu..tapi pensyarah-pensyarah? profesor-profesor? berapa ramai yang melayu? Siapa yang nak tolong anak melayu kat universiti kalau bukan pensyarah melayu? fikir-fikirkan wahai tuan puan...

Read More...
gravatar

Dang ke dok ning?

Adoi la...aku lame doh dok balik kapong ning...dari raye pose aritu dok balek2...mikir tesis...

Pembetulang aku buak siak2 doh minggu lepah..takdi pulok buak habis doh dari awa sapa abih...tunggu boh balah emel je ning..dari rabu aritu die dok balah2...

Ingak esok nok gi prink, pahtu nok gi pusak bahse tu...

Belung tu nok sms dulu lah...aku bajek nok wi siak minggu ni gok...

Gi tanye keda tadi...die kate dalang tige ari gok baghu siak...kalu ato tadi..kamis siak..

Kalu aku buleh saing boh dengeng examiner aku esok...komang2 jumaat ni buleh ato...

Taget nok balik kapong jumaak ni dok jadi gok kok...

Adoi la...lepah 3hb kekgi kang kene bayor pulok...esok memang kena tayang muke gok gane2 pong...

Pitih tak dok doh ni weh...nok jilik komang2 abih dekak 100 lebih doh...5 jilik...

Adoi...ni sapa tulih bahse tganung teruh ning...tekkangse...

Read More...
gravatar

1000 times Sayang

Orang yang kurang reti english berpeluang present paper kat luar negara, present dalam bahasa omputih lagi...

Orang yang tahu english tapi cgpa rendah masa kat unibesiti, kerana kebanyakan paper dia dalam english, susah nk dapat keje kerana cgpa kurang 3.00...walaupun keje itu bukan dalam english...

Orang yang cgpa bachelor bawah 3.00, ibarat langsung tidak mempunyai bachelor...terutama kalau nak mintak jawatan akademik kat mana2 ipta...

Orang cuma nak tengok berapa pointer cgpa bachelor, orang tak mahu tahu berapa tahun dihabiskan untuk dapat bachelor...

Orang yg dapat cgpa bawah 3.00 tapi sempat habiskan bawah 3 tahun lebih malang dari yang habiskan dalam 5 tahun tapi pointer lebih 3.00...

Cgpa bachelor aku memang kurang dari 3.00, cuma 2.97...beza 0.03 tu amat besar kerana sebab itu...permohonan aku awal2 dah kena reject dan tak akan diproses...hahahahha...

Kalau aku tahu betapa penting sangat dapat 3.00 tu..aku pasti akan repeat dua tiga paper dan buat tugasan secara sendiri...kerana kebanyakan pointer aku teruk kerana tugasan kumpulan...

Sekarang aku dah ada sarjana, tapi belum betul2 sah...kena tunggu senat meeting...

Kerja ke sambung belajar? aku pilih sambung belajar...hutang dah melambung, nama dah kena blacklist...tapi degil nak sambung belajar...

Rumet aku yang sekarang kata "Cuba perhatikan, berapa ramai yang masa sekolah dulu hebat giler, yang masih sambung belajar selepas bachelor"...aku pun cuba ingat balik...ooo...tak ada...mereka semua dah kerja dan beranak pinak selepas bachelor...di mana mereka yang 4A 5A upsr dulu, dimana mereka yang 8A 9A pmr dulu, dimana mereka yg cemerlang spm dulu? aku dapati mereka dah kerja dan tidak sambung belajar selepas bachelor..

Aku tak mahu cakap lebih, aku sambung master bukan nak berlagak, tujuan utama adalah aku rasa ilmu aku belum cukup...dan aku tak yakin dapat beri prestasi yang baik dengan hanya bachelor tu...kerana master dengan bachelor..memang beza...ibarat upsr dengan spm....

Master dengan phd pulak...mcm upsr dengan spm juga...orang akan berlagak kalau ada bachelor...tapi setakat ini aku tak pernah jumpa orang berlagak kalau ada master dan phd...mungkin ada...tapi aku tak pernah jumpa...yang ada cuma orang yang bandingkan...dan orang itu tidak ada master atau phd...

Nak tahu betapa bangganya ambil master? bolehla bangga dalam bulan pertama..sebelum dapat tugasan...itu je aku boleh cakap...

Read More...
gravatar

Drama kejap #4

Setelah aku gagal menghadirkan diri untuk sesi viva yang pertama, aku telah diberikan tempoh lain untuk viva seterusnya dan ia telah pun berlangsung dengan jayanya pada 16hb Disember baru ni. Minggu lepas lah tu.

Hari itu memang hari yang sibuk, malam sebelum tu aku dah tak dapat tidur, awal2 pagi pukul 7 lebih aku dah tercongok tunggu bas, pakai kemeja dan tie dari london, kasut pejabat ihsan dari rumet, stokin yang baru beli kat kedai pada malam sebelum itu. Kat bustop boss aku ada sms dan dia tulis good morning and good luck...tapi aku yang blur2 ni cuma reply gud morning dr...tanpa thanks..aku naik bas yang mula2 sampai iaitu bas repid. Jarak kurang 1km je tapi aku naik bas, seringgit melayang...janji aku sampai cepat..

Pukul 8 pagi aku dah sampai pejabat, viva pukul 9 pagi, tapi pukul 8 aku dah terpacak kat situ, staff kat situ cakap awal lagi, siap suruh aku pergi sarapan pagi dulu, adoi..kat situ mana ada kantin, ada pun jauh kena naik turun bukit...jadi aku ambil keputusan untuk baca tesis aku sambil ditegur oleh beberapa muka yang memang tidak asing bagi aku...staff2 dan pensyarah2 semua...

Dekat 40 minit aku duduk kat tempat menunggu tu, paper pun belum sampai lagi...jadi aku baca tesis aku jelah...lepas itu aku pun diarah masuk bilik viva, dan buat persediaan, aku harap sangat dalam tu ada internet kerana aku belum sempat hafal ayat untuk kasi orang lembut hati...aku pergi masuk dalam bilik tu...pastu godek2 laptop tu kejap, dan connect pada wifi kat situ...sempat aku bukak blog sendiri dan sempat lagi komen kat chatbox...aku pun baca ayat kasi lembut hati tu berkali2...

Pastu masuklah panel viva, yang terdiri daripada boss aku, pengerusi viva, dan staff yang handle pasal budak2 master...yang aku sebut dalam drama sebelum ni...aku pun hairan kenapa minggu sebelumnya pengerusi orang lain, hari itu orang lain, dan aku amat bernasib baik kerana pemeriksa merangkap reader aku masih cuti pada hari itu...dia cuma tinggalkan komen...tapi tidak hadir..jadi viva aku cuma 2 orang jelah...nasib baik...

Oleh itu, berlangsunglah intro yang tak berapa nak rasmi diselang seli dengan english dan bm...dan aku pun mula lah present...pasal dah dekat 2 tahun xpresent, dan kerana kesuntukan masa, aku pun baca sebijik2 apa yang aku tulis dalam powerpoint slide aku tu...pengerusi kata 15 minit buleh?aku pun dengan selamba baca je..98 % baca, 2% hurai...boss aku dah jeling2 semacam, aku buat dek...aku tgk pengerusi, pengerusi pun biasa je..punya lah kalut sampai aku xprint sebarang handout utk mereka...aku baca dan baca..dah habis..pengerusi cakap...aku ambil masa 20 minit...pergh..aku xsangka punye lama aku present..ingatkan 10 minit camtu je...

Lepas tu berlangsunglah sesi komen mengkomen, mujur boss aku backup kaw2 aku punya kajian..aku tidak lupa cakap tentang kelemahan aku yang mengelak dari jupe boss...bincang punye bincang tentang pembetulan yang aku patut buat...aku diarahkan keluar kejap...

Dari luar, aku masih dengar mereka berbincang tentang berapa lama nak bagi masa kat aku untuk buat pembetulan...sememangnya aku memang ada sejarah hitam dengan pengerusi semasa aku ambil paper bawah dia...dia pun ada sebut...pastu aku dipanggil masuk...hairan tadi bukan main serius bincang, tapi bila aku masuk..macam dah reda...pastu pengerusi dengan muka senyumnya cakap tahniah sama aku, "kami telah berbincang dan dengan ini bersetuju meluluskan sarjana anda"..aku macam...pergh...gembiranya...terus aku salam sama staff kat sebelah aku...

Tapi lepas tu..kena basuh lagi..agar aku cepat2 buat pembetulan sebelum 3hb januari 2011..kalau tidak, aku kena bayar yuran lagi...aku pun disuruh keluar lagi...sambil abg staff tadi pegi fotostat borang markah yang mengandungi part mana aku patut buat correction...pastu aku dipanggil masuk dan berbincang tentang correction..serentak hari itu jugak aku kena jupe boss..aku ckp aku bizi pasal nak pindah bilik...boss ckp datang dalam kul 4 camtu...aku pun balik dengan gembira...

Dalam hati...aku dah dapat sarjana...i have masters now...hurray...akhirnya setelah 2 tahun...

Read More...
gravatar

Not feeling so well

Due to:


Work load: Back pain, legs cramps.

Lack of sleep: Dizzyness and loose focus easily.

Weather condition. Sore throat, flu.

Malnutrition: Cant mention here, it could be it, i'm preety sure...

Read More...
gravatar

Finally...at last...

Has the candidate achieved the standard of an authoritative researcher?

Yes.

Did the the study accomplish/achieve the aims of the study?
Yes.


Does the study's contribution to knowledge achieve/reflect the standard/level of a MA?
Yes.


State whether candidate can be awarded the MA degree.
Yes.


Supervisor:
Endnote: Hadi was a promising scholar at the beginning of his thesis writing, but through his own volition went missing for a period of time. Fortunately for him however, he re-appeard and though this thesis is rather unpolished at times, I am glad to record that he has made the effort to produce an academic piece of work.


Examiner:
The candidate has shown the ability to carry out research as proven in the accomplishment of the aims of the study. The level of knowledge reflects the standard a MA.
The candidate can be awarded the MA degree provided the comments and corrections that have been pointed out are done.

Read More...
gravatar

Drama Kejap #3

Hari ini jiran paras atas akan menamatkan zaman studentnya di sini, justeru dia akan balik ke rumahnya. Sebelum itu kena angkat barang dulu, pukul 10 pagi dapat panggilan darinya mintak angkat barang, aku memang suka tolong pindah barang ni. "Bila kita nak jumpa lagi ni?" dia duk ulang je. Aku cakap bukannya jauh pun, dalam 3 jam je. Goodbye to you my trusted friend...

Pastu balik bilik, mata masih pedih, chatting dengan kawan jauh kejap(sempat lagi tu). Pastu aku yang dah tak tahan pedih mata, sambung tidur..tapi sebelum itu kena slowkan volume radio era yang dipasang rumetku itu. Aku memang tak boleh tidur jika ada suara berbahasa melayu berkumandang.

Berjaya tidur semula dengan susah payah kerana bunyi radio, tiba-tiba henset bergetar lagi...tengok nama yang tertera adalah nombor pusat pengajian aku.

Aku: Hello..
Dia: Hello hadi..ini ha abang leman ni..
Aku: Ooo ha..
Dia: Hadi tahukan pasal viva hari khamis ini kan? Dr xxxx(Boss) ada cakap kan?
Aku: Haa...ada...pukul berapa ye?
Dia: Haa..hari khamis 16hb ni pukul 9 pagi...
Aku: Ooo 9 pagi ye...
Dia: Haa..ni saya dah inform ni, jangan nanti jadi macam hari itu pulak cakap kat (boss) yang saya tak bagitau.
Aku: Haa...
Dia: Kenapa yang hari tu ngko tak call aku tanya pasal tarikh viva?
Aku: Laa..ingatkan ada hantar emel ke ape..
Dia: Tak ada, itu pasal la kena call dulu tanya, biasalah kadang-kadang kami pun terlupa nak bagitau...
Aku: Haa..
Dia: Ini saya dah bagitau ni, jangan jadi macam hari itu pulak, cakap kat Dr xxxx(boss) yang saya tak inform...
Aku: Ooo...tak de tak de...(call ended)

Aku sempat mengeluh kejap, ya...memang aku yang salah kerana tidak jumpa dia tanya pasal tarikh viva. Oklah, whatever memang silap aku lah, I'll take the blame as real man. Terlalu mengharapkan teknologi, harapkan orang telefon, orang emel, last-last kena jumpa jugak.

Ini cuti semester, bas ada ada sejam 2 kali kot, itu yang aku malas tu nak pergi...tapi oklah ni...dia dah call..so aku kena ready dengan slide powerpoint jelah, ready dengan soalan-soalan yang bakal ditanya tentang tesis aku. Harap jangan kena 3 bulan correction dan 2nd viva dahla...aku nak balik. Duit dah kering tahap ape ni...bertambah lagi lah debit aku dengan kawan yang memahami tu...

Siapa yang baca dan simpati, doakan yang terbaik untuk aku...

Read More...
gravatar

About My Masters Degree

For those who want to further their studies from bachelor degree to masters degree at the university that I'm currently studying, I would like to give some advise.

1. It is better if you gain some experiences before you registered for masters because fresh graduates have almost "nothing to say" in the class due to the lack of experiences to relate with.


2. You will be surprise because most the task for masters degree will become twice or thrice difficult as compared to bachelor degree.

3. You can actually say that your bachelor degree's theses or project paper is equivalent to one final assignment for one paper in masters degree. Let say you have 9 papers altogether, its like doing 9 bachelors degree's theses.

4. The credit hours you take for each semesters will not affect your semester fees, as full time and part time students are different in terms of the limit for credit hours per semester and also the amount of fees. For full time students, they are allowed to take maximum credit hours for one semester, let say maximum 18 credit hours, but they only took 3 credit hours, the semester fees are the same, regardless they registered for 18 credit hours or 3 credit hours.

5. You will be allowed to register only if you have paid all your tuition fees.

6. You will be regarded as "crazy" if you took 15 units=5 papers in one semester. Seriously, you cant handle 5 papers in one semester as oppose to 7-8 papers persemester during bachelor degree.

7. Each class supposed to be last for 3 hours but most lecturers conducted the class for about 2 hours, rarely up to 3 hours.

8. The classes can be either 8-11am, 9-12pm, and sometimes up to 8-11pm.

9. Your classmates normally are not as same age as you, they maybe younger but mostly they are older than you, if you are fresh graduates.

10. Please make contact with your other classmates because you all going to depend to each other more than you can imagine.

11. You will be surprised to know that what you have learnt during your bachelor degree are very limited and did not help that much during your masters degree, I would say, this is beyond what you have learnt during bachelor degree.

12. You think you are at the top of the world when you graduated for bachelor degree, but you will notice that you are not so top of the world if you are a masters student.

13. Lots of people praised you if you tell them you are a masters student, assuming that you will become a lecturer and get better jobs, but for you, you dont even bother all that, you just want to graduate as soon as possible.

14. Some student completed their masters degree in one year, but normally it takes 2 years for arts stream student to finish their masters. As for me, I took more than 3 years, one year for classes, 2 years for masters thesis.

15. DO NOT underestimate the masters thesis, as it will become your worst nightmare. Some classmates I knew have quit their studies because of the difficulties in completing  masters thesis.

16. For full time students, you will have lots of free time, but still you have to be very alert because lots of free time makes you become lazier.

17. If you expecting better job or better payment after you graduated with masters thesis, its a big possibilities that you will be dissapointed. So its better if you aim for development of knowledge, for the sake of knowledge.

18. The more you learn, the more you felt that you have learnt nothing.

19. Its all mostly about research, so make sure you are alright with academic style of writing and publishing.

20. Last but not least, I think that my English has not improved as I expected even though my 1st degree was English, and I'm currently doing masters in English. But one thing for sure, I've learnt lots of things apart from my studies. My English might not as good as I expected, but I think my view about life is far more better now.

Read More...
gravatar

Drama Kejap #2

Malam semalam aku mengantuk yang amat lepas makan kat ciken rice koner metropoint kajang. Balik bilik memang mengantuk, hairan juga kerana time tu ramai aweks online, tapi aku tidur juga walaupun jam belum pukul 12 malam. Pagi sebelum subuh dah bangun, online, tgk situ sini, chek situ sini, tegur member itu pastu say gudmoning dan selamat hari jumaat(melodi raya) kat beberapa orang lagi. Sampai pukul 9 pagi, aku dah mengantuk balik hendak tidur. Member sana dah suruh tido dah...tiba-tiba...

Hanset bergetar, pasal dah dekat setahun aku put on silent mode, ingat sms, tapi call, tertera nama boss aku, apa hal dia call pagi2 ni...nak bagitau tarikh viva kot, suruh datang jupe consult slide viva barangkali...

Aku: (angkat call) hello dr...hello..hello...(senyap tak ada bunyi pasal henset aku dah bengong kadang2 aku tak dapat dengar suara orang yang call-aku letak)

Bergetar lagi..

Boss: Hello hadi? hello are you there?
Aku: Hello dr...yeah, hello, i can hear you..hello...(boss letak)

Bergetar lagi...
Aku: Ya dr..hello...
Boss: Hello hadi...ish...(letak lagi)

Aku pun sms kata hanset aku buat hal, that i can hear her voice but she cant hear mine...

Bergetar lagi...
Aku: Hello...
Boss: Hadi where are you? ur suppose to have your viva this morning at 9 am...where are you now..they are waiting for you..
Aku: But..but...tak dengar apa2 berita pun(terkeluar cakap melayu pasal dah lama speaking-mujur boss dihujung sana)
Boss: How come you dont know..did encik XXXXX tells you about your viva date?
Aku: No..ingat petang ni baru nak pergi tanya dia..
Boss: So how?where are you now?
Aku: At xxxx kolej..ukm...
Boss: What do you got with you? you got your slides or not?
Aku: Belum buat lagi...
Boss: You better come here right now, they are waiting for you, i said to postpone until 9.30 because you are not around.
Aku: Ok dr..
Boss: Make sure you come here and we can talk.
Aku: Ok..

Adoi...what the tutt...aku tak dapat apa2 berita bila aku akan viva, tiba2 dah viva...silap aku pasal tak tanya, aku ingat ada call atau surat..rupanya tak ada..tiba2 je dapat tahu tanpa aku bersedia langsung. Try call jiran paras atas, untuk mintak tolong hantar.

Aku: Hello...paiz tolong hantar aku ppbl kejap...
Jiran: err..hadi..aku baru bangun...
Aku: Aku viva pagi ni kul 9 ni..
Jiran: Hah!!!viva pagi ni?
Aku: Ye..pagi ni..aku baru tahu ni boss aku baru call..
Jiran: Ok2 jom2..
Aku: Jap aku nak mandi jap..

Dah siap mandi..turun bawah..jiran dah sedia kat ketenya..adoi...cepat2 dia memacu kereta yang selesa itu...hahahaha...kejap je sampai..

Jiran: Ok aku tunggu sini, kalau jadi viva pagi ni..misscall je aku tau..
Aku: Ok..

Dari jauh dah nampak boss aku turun tangga...

Boss: So how?
Aku: I didnt get any news la dr...
Boss: How come you didnt know..suppose you got the letter already..
Aku: No i didnt get any..
Boss: Ok you stay here..I'm going to discuss with them, hope we can postpone next time...stay here ok..

Selepas beberapa ketika...dari jauh...bekas boss aku 3 tahun lepas..

Bekas boss: Mana dia? where is he? mana ustaz hadi niey? apa ni orang duk tunggu dia tak dak..
Aku: I dont know anything la dr..(sambil hulur tangan salam)
Bekas boss: Hmmm..macam mana jadi mcm ni ni...but its ok i've given some comments..you can look at it..(sambil dia beredar)
Boss: Ok hadi i tell you what, i'm going to postpone ur viva, it will be on 16th...
Aku: Ooo...same with zul?
Boss: Yeah..same date, because what, i'm away next week monday to wednesday, and dr XXXXXX(my reader) also mc today, but she did leave some comments..so next week you better get ready. Dr xxxxxx(bekas boss) already commented on why you only choose only two cases.
Aku: Because i thinks it kinda repetitive
Boss: You can say that you have gathered quite number of data but when you have read it...it shows basically the same thing..right?
Aku: Ooo..ok..
Boss: One more thing, you touch a little bit of politeness in chapter 4 but u didnt mentioned it in chapter 2 and chapter 3...
Aku: Alamak..dah agak dah...so what can i do now dr..
Boss: All you can do is bla bla bla....(sambil explain dalam beberapa minit) ok?
Aku: Ok dr..so this 16th la? is it fixed already?
Boss: Not yet but i will fixed it with dr xxxxx(sepupu sabit aku)...

Cepat2 aku keluar dari pejabat tu...pergi mendapatkan jiran yang tunggu dalam kete...balik bilik..aku chatting kejap..sambung tidur..mood aku hari ini amat stress...3/4 mood dah hilang...

Alkisah pulak..ada kawan yang kerja kat UM mintak emel aku...aku pun bagi lah...petang tu aku chek emel aku..dia 4ward tentang jawatan kosong kat umt...aku pun tgk..ok..buleh isi..sekali nak isi..ciiiilakkk...error apa pulak ni..

Suruh kawan si comel kat kuantan tengah bercuti bukak link..buleh pulak..aku suruh dia isikan dulu..dengan gegehnya dia berusaha tolong...berjaya juga...tapi aku tetap tak puas hati selagi tak tengok sendiri borang tu...

Sementara tu ada kawan baik aku tegur kat fesbuk, dalam keadaan aku tengah dirasuk angin ape..dekat maghrib kot...aku terus remove dia...aku dah kata mood aku 3/4 dah hilang...jadi tindakan memang diluar kawalan...maafkan aku..aku memang teruk sejak akhir2 ni..tekanan banyak sangat...buat yang kawan yang memahami tu...aku dah teramat malu...belum pernah aku semalu begini...huhuhu...setelah menyuruh kawan yang memahami tu open link..dia buleh je..aku masih xleh..suruh jiran paras atas buka pun tak buleh...last aku try godek2 gugel..jupe lah website bagus yang buleh masuk link yg diblock..."sembunyikankeldaiaku" dalam bahasa omputih...lepas tu isi lah borang...pastu isi lagi..isi dan isi...

Malam dah berlabuh, jiran atas ajak makan, dia mengidam ayam marmite...pegi makan kat "kualimerah"...katanya awal lagi ni..nak pergi mana ya..aku ckp..tengok wayang lah..tapi i got no money...hahaha...tapi sekarang tak ada cerita best katanya..memang betul pun...

Last sekali dia datang bilik aku ambil beberapa movie dan alat2 dan buku2nya...tgklah dia movie kat laptopnya...

So here i am..depan pc, mengadap monitor malap ni yang setia dengan aku sejak tahun 2004 lagi...samsung flat screen crt monitor 17"...menulis blog ni...menyambung drama kejap...

Dah...bersambung lagi...entah bila...

Sebelum itu...tengok ni jiran paras atas dah beli tiket online...esok celebrate lagi katanya...aku dah cakap dengan syarat, FOC...dia kata mestilaa...ni kan mood celebrate lagi ni...

Read More...
gravatar

Evening Snack

Inilah yang dimaksudkan, ayam goreng regular dan frenc frais sumbangan dari jiran floor atas. Aku memang paling suke mengikut turutan kefavouritean:
1. Ayam goreng regular mekd
2. Ayam goreng spicy kepsi
3.Ayam goreng spicy mekdi
4.Ayam goreng ori kepsi

Read More...
gravatar

Genap Sebulan Dah Ni

Adoi, dah genap sebulan dari tarikh aku hantar final draf tesis aku untuk urusan viva(pembentangan).

Aku dah sebulan tidak tengok tesis.

Aku dah sebulan tidak baca jurnal artikel berkaitan tesis.

Aku dah sebulan tidak melakukan komen kat laman fesbuk itu.

Aku dah sebulan tidak menerima sebarang tarikh bila sebenarnya viva itu.

Aku dah sebulan tidak dibebani rasa bersalah yang disebabkan oleh tesis tidak siap.

Aku dah sebulan tidak mengalami sakit belakang yang teramat sampai kena sapu ubat counter pain.

Aku dah sebulan tidak berjumpa dengan supervisor dan juga ketua program aku yang mana aku patut jumpa.

Read More...
gravatar

Macam Diari La Pulak

Adoi..dah nama pun online diari atau blog...nak tak nak memang akhirnya akan ala-ala jadi diari juga, caya lah cakap aku ni.

Okay, siang tadi cuti umum awal muharam atau new year Islam, tapi ada aku kisah dengan cuti? Sejak dua tahun lepas, setiap hari adalah cuti bagi aku. Okay itu dah lebih, tapi itulah kenyataan apabila tesis berpuaka itu mula menjengah dalam hidup aku, tapi aku dah nampak apa hikmahnya, hingga aku mampu menulis blog bagaikan dapat buat satu tesis phd lagi.

Siang tadi aku keluar pergi shopping sama dengan BFF(besfren forever) aku, Nor, nama glemer Cik Nor, tapi aku suka panggil Nor. Susah betul mau pau dia kebelakangan ini, rezeki awal tahun, dia ajak aku teman dia shopping barang. Pucuk dicita ulam mendatang, aku dah terbayang kepsi idamanku selalu dah. Tapi, malam semalam aku tak dapat tidur, dekat subuh baru dapat tidur. Jadi mataku dapat dibuka dengan jayanya pada pukul 11 pagi camtu.

Siap-siap ala tak siap, naik rapid, komuter, sampai la midveli, ukm-midveli=RM 3.20 je...rapid sekali naik singgit...sampai midveli round lah aku dengan dia, dia sampai sejam awal dari aku, dia dah siap round hampir semua kedai cenderamata lah, tapi last dia bawak juga aku pergi round sekali lagi, sampai penat dan lapar. Hurray, tapi aku belum lapo sangat pasal aku biasa makan lepas asar. Tapi bila dah lalu berpuluh tempat makan, bau macam-macam, perut pun jadi lapo, sume restoran memang penuh, mekdi, kepsi, piza, ciken rice, keni rogers, sume beratur panjang kat luar...restoran jepun memang aku pantang tak nak, pasal aku tak yakin dengan kehalalan...last pergi noodle station, makan situ, berdua je tapi 42 hengget melayang, duit dia, aku mampu jeling jelah bil tu. Sekali makan dah bersamaan bajet makan seminggu aku. Nor, moga tuhan tambah rezeki mu atas kemurahan hatimu.

Puas cari kat midveli, tak jumpa yang berkenan, barang yang dicari merupakan hadiah tukaran, bersyarat bukan frame, bukan voucer, bukan candle, unisex, dan tidak lebih 30 ringgit. Buat tebal muka masuk tanya ada ke gift dalam 30 ringgit, dengan spesifikasi sekian-sekian. Last dia kata, jom pergi sogo, kerana ada item yang bertepatan kat situ. Lepas makan, pergilah sogo, midveli ke sogo naik komuter=singgit. Sebelum beli tiket, dia sempat beli kasut baru, penat sakit kaki pakai heels.(beauty is pain). Penat dah kaki jalan midveli, pastu sogo pulak, ini kali kedua aku ke sogo, last pergi tahun 2004, dengan member pempuan yang sekarang ni dah jadi ibu orang. Sogo memang tempat pempuan, pempuan mesti suke tempat tu, mana-mana ada je 70% diskaun. Akhirnya beli lah barang itu kat sogo, pastu minum petang kat oldtown tepi tu, sejuk giler macam ice room bangi. Pastu balik dari stesen bank negara, bank negara-ukm=RM3.70.

Dia naik koc pempuan, aku naik koc umum, err...komuter memang ada macam-macam ragam manusia. Naik sendiri baru tahu macam mana. Thanks a lot nor, kerana sudi dipau aku, nanti kalau aku dah senang, jangan segan silu pau aku balik, aku dah tulis offer kat sini sebagai bukti kalau aku lupa diri bila dah senang, macam kebanyakan orang yang bila dah senang sikit, mula lupa diri. Aku pun ada potensi lupa diri so aku tulis siap-siap kat sini.

Aku dah hampir buta warna nak bezakan mana satu peach, oren, pink, sambil pegang butang peach tu, duk halakan kat mana-mana baju yang aku rasa peach. Aku hampir buta warna tadi, lawak sungguh aku rasa, terbukti aku lelaki sejati yang tidak boleh mengecam variasi warna sebagaimana pempuan.

Bagi orang yang nampak macam aku kat area midveli atau sogo siang tadi, memang aku lah tu(bajet glemer).

Read More...
gravatar

Aku Tak Mahu Jawab Boleh?

Soalan-soalan ini aku malas betul nak jawab jika ditanya.

1. Bila Konvo?
2. Bila habis belajar?
3. Bila nak kerja?
4. Bila nak kahwin?
5. Nak kerja apa?

1. Kalau pun aku konvo, ia adalah pada bulan ogos tahun 2011. Itu pun aku teringin lagi nak sambung belajar.

2. Kalau pun aku habis belajar, ianya hanya setelah aku viva, sedangkan aku belum viva dan belum tahu berapa lama tempoh pembetulan aku kena buat, sebulan ke dua bulan ke tiga bulan ke. Tapi aku berhajat mahu menyambung lagi pelajaran arah lebih tinggi atau pun ke arah bidang lain. Aku juga berhajat nak masuk pondok nak belajar agama. Jadi jangan tanya bila aku akan habis belajar kerana aku dah ketagih ilmu ibarat orang ketagih dadah.

3. Aku dah mintak kerja tapi belum dapat mintak guna kelayakan masters, jadi aku amat tertekan bila memikirkan pointer aku masa bachelor yang bawah dari 3.00.

4. Aku kalau buleh nak kawin sekarang juga, tapi kalau hidup pun merempat, menganggur, masih belajar, macam mana nak kahwin, melainkan perempuan yang dah bekerja mahu kat aku.

5. Aku malas betul nak jawab aku nak kerja apa, cita-cita aku sentiasa berubah mengikut keadaan, daripada juruterbang kepada angkasawan saintis kepada jurutera kepada pakar ekonomi kepada guru kepada pensyarah kepada ahli perniagaan kepada pegawai kepada mekanik kepada pelumba kepada juruelektrik kepada tukang paip kepada ahli politik kepada kebajikan masyarakat kepada pemandu pelancong kepada penulis dan banyak lagi yang malas aku nak nyatakan semua. Semua itu aku minat.

Read More...
gravatar

Kemeja & Tie From London, Keychain From Paris



Susulan daripada entri bertajuk Apa Mau Tulis?


"11. Sempat demand kemeja dari london, kemeja utk viva, dan juga eifel tower dari paris..kerana ada member aku sedang bercuti disana. Kemeja tu aku acah2 je, tapi kalau eifel tower tu aku betul2 harap..."

Member aku yang dimaksudkan sudah pun balik sini pada 4hb yang lalu...pagi tadi dia dah tercongok kat kerusi ini...sambil hulurkan hadiah dari London n Paris...aku saje buat muka selamba...dalam hati tuhan je tahu...xkan aku nak melonjak2 mcm budak2..dengan aku yg muka serabai baru bangun...hehehe...

Ada kemeja kelabu dengan tie kaler coklat...sekali dengan keychain eifel tower kaler chrome...hehehehe...jgn marah...aku ni entah bila baru akan sampai sana..mmg xpenah plan langsung...kalu plan luar negara yg aku nak pegi adalah pegi mekah buat umrah dan haji..itu je...hehehe...

Read More...
gravatar

Bestnya Fesbuk Part 1

Buka fesbuk(ciptaan terbaik dikala ini)rank kedua lepas gugel...fuyyo...bestnya gambar-gambar yang ada. Antaranya ialah:

1. Gambar orang yang masa sekolah dulu elok je bertudung tapi dah 10 tahun lebih tidak jumpa, pergh...dah bukak tudung nampak rambut dah...best giler tu...tercapai jugak cita-cita aku nak tengok macam mana rambut depa ni..dulu kat sekolah bukan main tutup ye...sekarang satu dunia boleh tengok...cayalah..

2. Gambar orang yang dulu sekolah agama, siap ada bukti lagi ambil gambar kelas, tudung labuh tak hengat walaupun waktu itu belum ada apa2 pun...sekarang ini sudah terbukak situ sini...laa..sekolah agama ke dulu?adoi...tak sangka langsung...terima kasih fesbuk kerana membongkar rahsia silam mereka ini...

3. Gambar orang kawin, waa..ini yang paling best..macam2 posing duk ada...macam dunia mereka yang punya..peluk cium dakap rangkul...pergh...tercapai juga impian aku dapat tengok mereka ini macam ini...bukan senang woo mau tengok melayu peluk cium dakap rangkul...tahniah kerana ada fesbuk...kalauaku  nak tgk album kawin bertuahla depa bagi aku tgk..

4. Gambar isteri dipeluk oleh majikan yang bukan Islam...pergh...yang ini memang terbaik lah..tahniah pada suami yang moden tersebut..selamba rock je isteri publish gambar begitu...hahaha..tahniah pada fesbuk..at least ada juga bukti..kalau cakap je orang tak mau percaya...

5. Gambar bercuti...waa..best giler bercuti bersama bf/gf...posing mengalahkan orang kawin pulak tu...yang dah kawin pulak siap posing dengan anak sekali...best giler tengok..real tu..xtutup aurat..macam kat rumah sendiri je padahal itu tempat awam..fesbuk ni pulak macam album peribadi padahal satu dunia buleh tgk...

6. Gambar couple...inilah paling best..posing utk primary picture...tapi pakai baju tidur..mcm suami isteri yang baru bangun pagi selepas membunuh setan...hahahaha..baru nak puji tapi bila tengok gambar2 begitu..aku tarik balik pujian..apa motiflah share kat fesbuk...suami isteri pun xde buat mcm itu..hahahaha..

7.Gambar bajet cantik..hello..webcam itu bukan cermin ye..so kalau nak posing macam pandang cermin...sambil pegang rambut ke ape ke, posing macam depan cermin besar ke...tak payahla nak share kat fesbuk ni...kalau cantik tak pe lah jugak..ini buruk..usia dah lanjut..bawak2 bertaubatla woi...kubur dah panggil dah..rumah dah babai dah...lepas mati gambo tu org tgk lagi..tak ke naya dalam kubur nanti...apepun tahniah fesbuk kerana aku dapat tengok gambar-gambar mereka..aku rasa mata aku mcm cermin je...hahahaha...

8. Gambar artis pujaan...ini aku paling menyampah...dah la nama pun tukar..gambar pun tukar..sekali dah lama baru tau..ooo..budak ni rupanya...giler fanatik sampai nama pun ala-ala artis pujaan..dah elok parent bagi nama yang baik lagi mulia..dia pegi tukar nama agar menyamai artis pujaan..dengan profilenya penuh dengan gambar artis pujaan...woi...kalau dah suka sangat..beli poster tampal kat bilik lah kasi penuh...macamlah itu artis buleh kasi syafaat lepas mati...tahniah fesbuk kerana tidak menyaman mereka yang guna gambo artis sebagai profile pic..

Oklah...dah penat mengata...bersambung lagi part 2..tunggu...

Read More...
gravatar

Kesan minyak dan gula naik

Menu biasa: Nasi+kuah daging+ayam goreng+telur mata+ulam timun+teh ais=RM 5.20

Hari ini: Nasi+kuah daging+ayam goreng+ulam timun+teh ais-(tanpa telur mata, pasal dah abeh)=RM 5.00.

Read More...
gravatar

Wayang 3D 1st Time


Pertama kali dalam hidup aku tengok wayang adalah cerita azura, ia adalah wayang kampung, petang ada van datang heboh, malam tu semua pakat pergi padang..tengok kat skrin putih...yang pasti umur aku time tu kurang dari 5 tahun, bapak aku kendong aku menyeberangi baruh depan rumah.

Pertama kali tengok wayang betul2 wayang dalam pawagam adalah citer kungfu hustle pada tahun 2004 kat tgv mines serdang, seat paling depan. Kali kedua cerita hitman kat midvalley tahun 2007...lepas tu kerap tengok wayang sampai dah tak boleh nak recall berapa banyak.

Pertama sekali tgk wayang 3D adalah cerita rapunzel pada tahun 2010, baru je balik ni..kat midvalley..harga 19 hengget...member belanja, thanks Nadia and Norsiah...u guys i will never forget..huhuhu...pengalaman pakai spek 3D dan tgk cerita 3D memang susah nak bayang...hampir histeria aku tengok gambar yang superb...pasni rasanya dah tak mau tgk filem biasa dah..giler hebat..mabeles...xsangka aku ini rupanya 3D...memang 3D..rasa macam baca buku bergambar yang bila kita selak page...gambarnya naik...

Thank you guys...lately aku cepat terharu sket...how do i live after this...u guys are the best among the best...because after a long time..u guys are still the best...so lucky that u pick me as ur friend...

Read More...
gravatar

Faktor penyekat rezeki?Buleh caya ke ni?

Antara faktor yang menyekat rezeki...betul atau tidak? Wallahua"lam...Yang kaler lain tu pernah aku buat...secara sengaja atau tidak sengaja...macam pelik je bende2 ni..sesetengahnya memang aku biasa dengar..sesetengahnya macam melampau pun ada..Pakai seluar sambil berdiri?


1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Read More...
gravatar

Agar Mudah Dapat Jodoh.

Alkisah pada suatu malam yang sunyi, sempat berchatting dengan kawan masa sekolah, pastu chat sama suami dia pulak, last sekali aku suruh suami dia doakan aku agar cepat dapat jodoh. Dia kata dia nak bagi petua. Berikut adalah doa dan petua yang dia bagi. Terima kasih...

Doa Agar Cepat Dapat JODOH:

"ALLAHUMMAB'ATS BA'LAN SHOOLIHAN LIKHITHBATHII WA'ATTHIF QOLBAHU 'ALAYYA BIHAQQI KALAAMIKAL QODIIMI WABIROSUULIKAL KARIIMI BI ALFI ALFI LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM WA SHOLLALLOOHU 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA'ALAA AALIHII WA SHOHBIHI WA SALLAMA WALHAMDULILLAAHIROBBIL 'AALAMIIN.


Ertinya:

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Amalan Lain:
Keberkatan Yasin - Ayat 36
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

  
36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.
 

Read More...
gravatar

Baru aku perasan

1. Orang yang lazimnya baca Quran tiap2 hari...urusan hidupnya dilancarkan.

2. Aku dah lama tak hadap Quran dan baca.

3. Banyak urusan hidup aku tergendala.

4. Mulai hari ini aku nak ubah.

5. Harap2 berjaya.

6. Amin.

Read More...
gravatar

Apa Mau Tulis?

1. Dapat reconnect balik dengan kengkawan lama masa zaman sekolah dulu seawal zaman tingkatan 1 tahun 1996...Majoriti dah kahwin dah beranak pinak.

2. Bizibodi duk promote orang agar buat blog atau update blog atau share blog mereka.

3. Berjaya juga tolong member buat satu blogshop siap sekali dengan order form.

4. Sempat lagi buat dua group kat fesbuk iaitu group coursemate zaman sarjanamuda dan group kelas form 5 tahun 2000.

5. Penat dan teruja bila dapat cuba bermacam template blog sekaligus membuktikan aku memang teruk bab design. Aku inovatif tapi tidak cukup kreatif.

6. Sempat cipta istilah baru iaitu EB=Expired bachelor, aka bujang lapok kerana sampai sekarang aku belum laku lagi...hahahahah...

7. Bukak website kerja kosong, tapi hampa bila lihat tarikh tutup permohonan semua dah lepas.

8. Kebelakangan ini kerap sekali mimpi ngeri, aritu mimpi aku cincang orang, tadi mimpi aku dicincang oleh kawan baik, pempuan pulak tu...

9. Dulu perbelanjaan sebulan 500, pastu 300, sekarang 200 je...ikat perut...sehari kena belanja kurang dari 10 ringgit.

10. Masih menunggu tarikh viva(pembentangan tesis sarjana/master) yang aku rasa paling awal minggu depan.

11. Sempat demand kemeja dari london, kemeja utk viva, dan juga eifel tower dari paris..kerana ada member aku sedang bercuti disana. Kemeja tu aku acah2 je, tapi kalau eifel tower tu aku betul2 harap...

12. Ketagih minum teh ais, malam pulak teh o panas.

13. Sekian, terima kasih.

Read More...
gravatar

Kencing Berglukosa


Terjadi apabila berlaku kerosakan pada pankreas dimana dia tidak dapat merembeskan hormon insulin yang secukupnya bagi merendahkan kadar gula dalam darah. Untuk tahu lebih lanjut, sila KLIK SINI....

Antara tanda atau simptom.
  1. Always tired (Selalu kepenatan)
  2. Frequent urination (Kerap kencing)
  3. Sudden weight loss (*Kurus mendadak)
  4. Wounds that wont heal (Luka lambat atau tak akan sembuh)
  5. Always hungry (Selalu lapar)
  6. Sexual problems (Masalah seksual)
  7. Blurry vision (Penglihatan kabur)
  8. Vaginal infections (**Jangkitan alat kelamin)
  9. Numb or tingling hands of feet (***Kebas atau geli pada tangan atau kaki)
  10. Always thirsty (Selalu dahaga)

*     Walaupun makan banyak

**   Biasanya perempuan
*** Biasanya rasa macam dicucuk jarum halus

Read More...
gravatar

Abstrak dan penghargaan tesis sarjanamuda aku


ABSTRACT

The utilizations of English reading materials at the university level have become one of the toughest challenges for university students who have low proficiency in English. This study attempts to find out the problems faced by selected non-English major students in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in reading English materials. This study involved 35 non English major students mainly from the Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK), Faculty of Islamic Studies (FPI) and also from the Faculty of Education (FPEND).  This study is a quantitative study and used a questionnaire to obtain data from selected students. The data have been analyzed using Statistical Packages for Social Sciences version 13.0 (SPSS 13.0) and the findings of this study show that the respondents do faced many problems in reading English materials mainly due to the lack of vocabulary because most of them have difficulties understanding English words which cause them to read and used English materials lesser than it suppose to be. They also have problems in selecting the best English materials that they can refer to. Because of this situation, there are some respondents who are putting a lot of effort to correct their problems in reading English materials.

 



ABSTRAK

 
Penggunaan bahan-bahan berbahasa Inggeris pada peringkat universiti telah menjadi salah satu cabaran yang sukar bagi pelajar universiti yang mempunyai kecekapan berbahasa Inggeris yang rendah. Kajian ini cuba mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tertentu bukan major dalam Bahasa Inggeris di UKM dalam membaca bahan-bahan berbahasa Inggeris. Kajian ini telah melibatkan seramai 35 orang pelajar bukan major dalam Bahasa Inggeris terutama dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Fakulti Pendidikan (FPEND).  Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang tertentu. Data-data telah dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences versi 13.0 (SPSS 13.0) dan hasil kajian menunjukkan bahawa responden-responden sememangnya mempunyai banyak masalah dalam membaca bahan-bahan berbahasa Inggeris yang disebabkan oleh kurangnya perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris kerana kebanyakan mereka mempunyai masalah untuk memahami perkataan tertentu dalam Bahasa Inggeris yang menyebabkan mereka kurang membaca dan menggunakan bahan-bahan berbahasa Inggeris berbanding yang sepatutnya. Mereka juga menghadapi masalah untuk memilih bahan-bahan berbahasa Inggeris yang terbaik untuk dirujuk. Berikutan itu, terdapat di antara mereka telah mempergiatkan usaha untuk mengatasi masalah-masalah mereka dalam membaca bahan-bahan berbahasa Inggeris.


ACKNOWLEDGEMENT


First of all I would like to express my gratitude to Allah S.W.T and also to all the respondents for this research because I might not be able to finish this research without them. As for my supervisor and all other helpful kind lecturers, I felt that I was indebted to them for my entire life for they have given me the support and motivation since I step my feet in UKM.

           
I also would like to give my appreciation to Miss Wong Fook Fei from School of Language Studies and Linguistics, Universiti Kebangsaan Malaysia, my supervisor who has been so patient with me all the time and who has given me the most valuable guidance and supervision in finishing my project paper.

           
My big and humble appreciation also goes to all good and helpful staff of School of Language Studies and Linguistics (SOLLS), all my fellow course mates, my friends and my family. There are too much people who get involved in my research and if I were to mention it here, it will be too many of them. All of them have been giving me moral support and financial support as well.



Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri