gravatar

1000 times Sayang

Orang yang kurang reti english berpeluang present paper kat luar negara, present dalam bahasa omputih lagi...

Orang yang tahu english tapi cgpa rendah masa kat unibesiti, kerana kebanyakan paper dia dalam english, susah nk dapat keje kerana cgpa kurang 3.00...walaupun keje itu bukan dalam english...

Orang yang cgpa bachelor bawah 3.00, ibarat langsung tidak mempunyai bachelor...terutama kalau nak mintak jawatan akademik kat mana2 ipta...

Orang cuma nak tengok berapa pointer cgpa bachelor, orang tak mahu tahu berapa tahun dihabiskan untuk dapat bachelor...

Orang yg dapat cgpa bawah 3.00 tapi sempat habiskan bawah 3 tahun lebih malang dari yang habiskan dalam 5 tahun tapi pointer lebih 3.00...

Cgpa bachelor aku memang kurang dari 3.00, cuma 2.97...beza 0.03 tu amat besar kerana sebab itu...permohonan aku awal2 dah kena reject dan tak akan diproses...hahahahha...

Kalau aku tahu betapa penting sangat dapat 3.00 tu..aku pasti akan repeat dua tiga paper dan buat tugasan secara sendiri...kerana kebanyakan pointer aku teruk kerana tugasan kumpulan...

Sekarang aku dah ada sarjana, tapi belum betul2 sah...kena tunggu senat meeting...

Kerja ke sambung belajar? aku pilih sambung belajar...hutang dah melambung, nama dah kena blacklist...tapi degil nak sambung belajar...

Rumet aku yang sekarang kata "Cuba perhatikan, berapa ramai yang masa sekolah dulu hebat giler, yang masih sambung belajar selepas bachelor"...aku pun cuba ingat balik...ooo...tak ada...mereka semua dah kerja dan beranak pinak selepas bachelor...di mana mereka yang 4A 5A upsr dulu, dimana mereka yang 8A 9A pmr dulu, dimana mereka yg cemerlang spm dulu? aku dapati mereka dah kerja dan tidak sambung belajar selepas bachelor..

Aku tak mahu cakap lebih, aku sambung master bukan nak berlagak, tujuan utama adalah aku rasa ilmu aku belum cukup...dan aku tak yakin dapat beri prestasi yang baik dengan hanya bachelor tu...kerana master dengan bachelor..memang beza...ibarat upsr dengan spm....

Master dengan phd pulak...mcm upsr dengan spm juga...orang akan berlagak kalau ada bachelor...tapi setakat ini aku tak pernah jumpa orang berlagak kalau ada master dan phd...mungkin ada...tapi aku tak pernah jumpa...yang ada cuma orang yang bandingkan...dan orang itu tidak ada master atau phd...

Nak tahu betapa bangganya ambil master? bolehla bangga dalam bulan pertama..sebelum dapat tugasan...itu je aku boleh cakap...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri