gravatar

Keropok Lekor/Keping Marang

Aku anak jati marang terengganu...21 tahun aku menetap disana sepenuh masa...sekarang separuh masa...kerana sekarang duduk di bangi...nanti aku tamat belajar...nak cari kerja kat kampung halaman juga...

Well, Marang ni luas kawasannya...start dari sempadan marang dungun kat kuala abang hinggalah ke sempadan marang kuala terengganu kat chendering...tapi marang yang dirujuk orang adalah dari pantai kelulut hingga kampung rusila...marang yang betul-betul adalah bandar marang yang ada replika sotong dan udang, mulai dari jambatan marang(dari dungun) dan dari trafic light marang(dari kuala terengganu...itulah bandar marang...

Pada sesiapa yang pernah melalui kawasan marang, pasti tidak terlepas melihat betapa banyaknya gerai keropok dan hasil laut ditepi jalan...start dari pantai kelulut, rhu muda, seberang, marang, marang, paya, kijing, rhu rendang, rhu sila, rhu dua, rhu renggeh...aku sendiri pun tak pernah bilang ada berapa jumlahnya....tapi kalau 30 gerai tu lebih...Chalet dan rumah tumpangan pun banyak...kerana marang ni adalah kawasan yang berpantai...dan pulau kapas jelas kelihatan...kawasan pantai di pulau kapas pun jelas kelihatan jika cuaca baik...

Orang marang pasti tahu dimana nak dapatkan keropok keping dan keropok lekor yang sedap dan betul betul puas hati...bagi orang luar dari kawasan marang yang nak tahu...disini aku akan nyatakan namanya...Jika keropok lekor, nama syarikatnya adalah Keropok Lekor 008, ia terletak ditepi jalan di kawasan pantai semarak, kelulut, berhampiran rumah rehat semarak...dari jauh sudah kelihatan ramainya pelanggan...trademark kedai ini adalah bangunannya berwarna kuning...keropok lekor kat situ mmg unik...keropok lekor losong pun kalah kalau tanya pendapat aku...keropok lekor 008 ni amat lembut isi dalamnya...rasa ikan tu memang jelas...pelanggan boleh pilih nak makan kat situ atau tapau....Keropok Lekor Wakaf Kuning @ keropok lekor 008 ni baru saja melonjak naik namanya...resepi kelembutan isi dalamnya adalah rahsia, tiada orang dibenarkan masuk kedalam premis untuk melihat proses pembuatan...cuma dari jauh kita boleh lihat pekerja sedang menguli dan menggentel keropok lekor sebelum direbus dan digoreng...

Ok tamat bab keropok lekor, sekarang masuk bab keropok keping marang, yang paling terkenal dan tersohor adalah keropok lekor perusahaan keluarga dani...terkenal dan mampu buat sesiapa sahaja mandrem dengan kerangupan dan rasanya...yang ni memang aku boleh cerita panjang lebar kerana aku pernah bekerja dengan syarikat ini selama satu setengah tahun...bermula tahun 2003 hingga 2004 dan pertengahan tahun 2005...syarikat diasaskan pada tahun 1983...terkenal dengan jolokan keropok Haji Bakar, Dani merupakan anak kepada haji bakar. Perusahaan ini amat laris dan sentiasa mengejar permintaan pelanggan...jarang sekali dapat menyimpan stok dalam tempoh yang lama...musim cuti sekolah, pasti sekejap je habis licin stok yang berpuluh guni tu...

Kelebihan keropok keping keluarga dani terletak pada rasa dan saiznya yang mengembang 3x ganda apabila digoreng...amat rangup dan rasanya amat sedap...tapi tidak boleh dibiarkan terdedah lama selepas digoreng...nanti lemau atau masuk angin orang tempat aku cakap...keropok yang belum digoreng tu...setahun tahan...dan boleh dimakan begitu sahaja jika perut tahan...kerana keropok itu telahpun direbus, dihiris, dijemur, dan dipek kan...rahsia kesedapan keropok ini adalah kerana mereka hanya menggunakan satu jenis ikan sahaja...tidak dicampur dengan ikan lain...jika mereka guna ikan tambang, maka ikan tambang sahaja digunakan, jika ikan buru, ikan buru sahaja digunakan, jika ikan parang, maka ikan parang saja digunakan...tidak dicampur dengan ikan lain kerana ia menyebabkan keropok hancur dan patah ketika direbus...dan rasa juga akan kurang sedap jika dicampur...lagi satu...mereka tidak menggunakan mesin pengasing tulang sebaliknya menggunakan tenaga manusia....jadi air dalam isi ikan akan kekal berbanding jika menggunakan mesin, air dalam isi ikan akan turun kebawah mesin menyebabkan keropok menjadi tawar....

Mereka jarang sekali menggunakan penambah perisa, dan jika mereka guna, jumlahnya amat sedikit berikutan keadaan ikan yang telah lama disimpan atau ikan yang diperolehi telah lama disimpan dalam ais...jika ikan tersebut adalah segar, mereka hanya menggunakan sagu, garam dan tepung ubi sahaja...bau semerbak itu memang best...terutama selepas direbus...tapi ia bukan keropok lekor...jadi saiznya amat besar...sebatang keropok tu adalah lebih kurang 1 kilogram...lebih besar dari lengan aku...aku biasa menghasilkan dalam 250 batang sehari...

Keropok lekor keluarga dani pernah dipaparkan dalam tv1 program era bina...beberapa tahun lepas, pelakon ar badul pernah datang beberapa hari di kilang keropok tersebut yang letaknya cuma beberapa puluh meter dari rumah aku...satu lagi keunikan adalah keropok yang dihiris dengan mesin penghiris tu akan dijemur dibawah cahaya terik matahari selama lebih kurang 7-9 jam...lebih kurang 1.5 tan sehari...kerja mengangkat selepas dijemur paling aku tak suka kerana amat berat...satu hamparan jemuran boleh mencecah beratus kilogram...


Dijual dalam paket 100 gram, 500 gram, 1kg, 10kg...harga paling murah jika datang sendiri beli di kilang...5 ringgit=6 paket 100 gram, 10 ringgit=12 paker 100 gram, 20 ringgit=25 paket 100 gram... 1kg=RM 12 sahaja...sekarang ni mungkin dah naik harga...tapi 3 bulan lepas, itulah harga...masa aku mula2 kerja tahun 2003, 1 paket 120 gram, 1kg=RM 7, kemudian RM8, pastu RM 10, kerana harga ikan, sagu dan tepung ubi semakin meningkat. Sagu diperolehi dari johor, sagu sarawak kot....tepung ubi diimport dari thailand dan burma..itu yang jadi mahal...dulu ikan diperolehi dari kuantan, sekarang ni dari endau dan mersing...makin lama makin susah nak dapatkan ikan...nelayan terengganu dah ramai gulung tikar...

Lokasinya adalah di kampung seberang marang, jika nampak masjid seberang marang, kena masuk kiri(dari dungun) atau masuk kanan( dari kuala terengganu)...nak mudah, tanya orang kat situ mana keropok haji bakar atau keropok keluarga dani...kat pek tertera keropok cap ikan keluarga dani...nak beli...jangan beli sikit kerana ia tidak dijual di pasaraya....susah nak cari kat mana-mana kedai...pernah diberitahu bahawa keropok itu pernah dilihat di Mekah...selalu orang terengganu yang menetap diluar terengganu akan datang borong banyak...itulah punca cepat habis...aku pun tertekan dan iri hati melihat pelanggan tak pernah putus...pembuatannya memang memenatkan...tapi melihat ramai pelanggan datang...hilang rasa penat...time dapat gaji...pun hilang penat...

Akhir kata, andai mahukan keropok marang, ingat dua nama ini....untuk keropok lekor= KEROPOK LEKOR GERAI KUNING (nama panggilan setempat)@ KEROPOK LEKOR 008(nama rasmi)...untuk keropok keping= KEROPOK KEPING KELUARGA DANI, CAP IKAN(nama rasmi)@ KEROPOK HAJI BAKAR(nama panggilan setempat)...

Keropok lekor kalau kat terengganu namanya keropok gete atau keropok gonde...tapi sekarang ni semua dah panggil keropok lekor..cuma orang tua dia panggil gete atau gonde...sekian...selamat mencuba...

u penah keje jgk kt kilang kepok 2 ea...?

ye betul, pernah keje situ selama setahun lebih. Ia tak dirujuk sebagai kilang tapi "bangsal".

Sekarang harga keropok keping dah naik kepada RM15.00 (lima belas ringgit) sekilogram...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri