Master of Arts? Sarjana Sastera? MA?
Entri ini khusus bagi mereka kat luar sana yang belum faham apa itu Master of Arts, MA atau Sarjana Sastera dan cabaran-cabaran getir yang terpaksa dilalui oleh pelajar yang bergelar pascasiswazah...belum cuba belum tahu...Nampak kami relax je kan...well ini aku nak bagitau realiti yang sebenarnya...
Aku tak ada hak nak berbangga bila aku belum lagi dapat menghabiskan master aku ini walaupun dah lebih 3 tahun...aku mula-mula masuk pada 27 Disember 2007...hari ini sudah 29 Disember 2010 tapi aku belum lagi tamat pengajian...
Ek eleh ngko ni ape hal, orang buat master setahun je..ngko ni dah 3 tahun belum setel...
Laa...dah 3 tahun rupanya ngko buat master...orang biasa buat setahun setengah atau dua tahun je paling lama pun...
Ngko ni bila nak habis belajar ni? Tak boring ke belajar bertahun-tahun...
Ooo...ngko belum habis belajar ye...ingatkan dah kerja..ingatkan dah kawin...
Stop lah belajar tu...pergi lah cari kerja pulak...
Ngko ni buat ape sampai 3 tahun ni...orang lain setahun dah siap..banyak main lah ngko ni...
Bagi aku dan juga sesetengah dari kengkawan aku yang kategori "sangkut" dalam master ni...dialog-dialog kat atas tu dah lumrah...paling menyampah bila orang duk compare tempoh pengajian master sains dengan sastera...
Well, aku ambil bahasa inggeris ok..bahasa asing...dan bukan bahasa ibunda aku...dan bukannya aku berada kat negara inggeris...sana sini orang cakap melayu...seminggu sekali nak cakap inggeris pun susah..so tolonglah faham sikit...
Nama pun budak bahasa, so bahasa memang kena jaga, bahasa kedua apa pun..kalau dah lama tak praktik..memang akan hilang kelancarannya apabila nak bercakap dan menulis...faham lah sikit bahasa inggeris yang korang belajar dari darjah satu sampai tingkatan 5 tu..berapa ramai yang fasih?
Aku ambil pengajian master by coursework, iaitu kena hadir kelas...dan aku dapati kelas master tak lah sukar sangat...dalam dua semester pun aku mampu pulun...walaupun semester kedua aku dah hampir terbabas...kerana mengambil sejumlah 5 paper...tak sama ye beban paper master dengan degree..
Bab rujukan berbahasa inggeris bagi aku tak ada masalah, kalau kena rujuk bahasa melayu tu baru bermasalah...dengan bantuan microsoft word..kalau salah eja pun dia betulkan...internet pun kebanyakan berbahasa inggeris...jadi ia merupakan satu kelebihan bagi aku...
Cuma bagi mereka kat luar sana yang bercadang nak sambung master...terutamanya master of arts, MA...sila buat persediaan rapi...sudah ramai aku lihat kawan-kawan yang quit master kerana tak sanggup nak hadap tesis...aku sendiri pun dekat setahun stop hadap tesis..tapi hari-hari duk fikir nak buat..beban tu sentiasa ada...tesis MA bukan main-main ye..meskipun kalau betul-betul buat, tak sampai sebulan...malah 2-3 minggu pun dah buleh siap...tapi ia tidak semudah itu...
Kawan aku gelarkan tesis MA sebagai "TESIS BERPUAKA"...yang aku rasa memang betul...bila aku start nak buat je..mesti ada rasa nak terkucil, sakit belakang, sakit itu sakit ini...memang berpuaka wa cakap lu...aku pun sepanjang buat tesis...memang sakit belakang non stop...cuma aku buat bodo je...time tu dah tak kisah pasal duit dah...
Banyak masa yang aku rasa nak quit je...pasal tesis MA amat mencabar...tapi kalau nak banding tesis PhD...PhD lagi giler...tesis MA dalam 100 muka surat...PhD dalam 300 muka surat...MA cuma 1/3 tapi beban dan berat yang amat...
Jadi bagi siapa yang baru lepas degree tu nak kutuk-kutuk orang ambil MA..silakan...kutuk jangan tak kutuk...kerana korang bukannya tahu penderitaan kami semua ni...nampak memang relax...kelas 2 hari seminggu...paling banyak pun 3 hari seminggu...masa lapang banyak..unit ambil pun sedikit...tapi nampak je macam tu..cuba lah daftar masuk tengok...kalau part time tu lagi lah gila...lebih gila dari full time...
Bab duit dan tajaan tak perlu risau...cuma perlu sediakan persediaan fizikal dan mental yang kukuh dan mantap...untuk menghadapi saat-saat getir yang bakal dialami setiap kali hujung semester semakin hampir...dengan dateline tugasan yang bertimbun-timbun, dengan pembentangan yang berderet-deret...dengan komitmen ahli kumpulan yang macam-macam karenah...dan tidak lupa ragam pensyarah yang kadang kala amat strict mempunyai harapan yang tinggi terhadap prestasi pelajar MA ini...semua itu merupakan cabaran...kerana berbilang bangsa, agama, jantina, umur, negara, dan cara kerja...kalau degree boleh la..lebih kurang sebaya...kalau MA...jurang umur tu kadang-kadang menjadi penghalang...begitu juga jurang budaya kerana tak akan sama cara kerja pelajar sini dengan pelajar luar negara...
Kesimpulan, lebih baik daftar sekarang sementara masih sempat dan masih senang...kalau dalam 5 tahun nanti..aku pasti proses akan jadi lebih rumit...zaman aku cuma 36 unit...sekarang dan 40 unit..zaman aku paper tu tak wajib..sekarang dah wajib..zaman aku yuran 1300++ sekarang dah dekat 2000++...ayuhla bangsaku...jangan berhenti setakat degree sahaja...sekarang ini melayu yang sambung lepas degree amat kurang dan sadis...agaknya asik fikir nak kawin dan beranak pinak je kot...kerana lagu, drama, filem, novel melayu...semuanya kearah tangkap leleh tangkap cintan camtu...
Jangan salahkan siapa-siapa andai satu hari nanti tak ramai melayu yang berpendidikan tinggi...jangan salahkan siapa-siapa kalau melayu kena tindas kerana tak mahu belajar tinggi-tinggi...jangan salahkan siapa-siapa kalau melayu makin terpinggir dalam semua bidang...terutamanya dalam bidang pendidikan...cikgu-cikgu ramai melayu..tapi pensyarah-pensyarah? profesor-profesor? berapa ramai yang melayu? Siapa yang nak tolong anak melayu kat universiti kalau bukan pensyarah melayu? fikir-fikirkan wahai tuan puan...
Catat Ulasan