gravatar

Drama kejap #4

Setelah aku gagal menghadirkan diri untuk sesi viva yang pertama, aku telah diberikan tempoh lain untuk viva seterusnya dan ia telah pun berlangsung dengan jayanya pada 16hb Disember baru ni. Minggu lepas lah tu.

Hari itu memang hari yang sibuk, malam sebelum tu aku dah tak dapat tidur, awal2 pagi pukul 7 lebih aku dah tercongok tunggu bas, pakai kemeja dan tie dari london, kasut pejabat ihsan dari rumet, stokin yang baru beli kat kedai pada malam sebelum itu. Kat bustop boss aku ada sms dan dia tulis good morning and good luck...tapi aku yang blur2 ni cuma reply gud morning dr...tanpa thanks..aku naik bas yang mula2 sampai iaitu bas repid. Jarak kurang 1km je tapi aku naik bas, seringgit melayang...janji aku sampai cepat..

Pukul 8 pagi aku dah sampai pejabat, viva pukul 9 pagi, tapi pukul 8 aku dah terpacak kat situ, staff kat situ cakap awal lagi, siap suruh aku pergi sarapan pagi dulu, adoi..kat situ mana ada kantin, ada pun jauh kena naik turun bukit...jadi aku ambil keputusan untuk baca tesis aku sambil ditegur oleh beberapa muka yang memang tidak asing bagi aku...staff2 dan pensyarah2 semua...

Dekat 40 minit aku duduk kat tempat menunggu tu, paper pun belum sampai lagi...jadi aku baca tesis aku jelah...lepas itu aku pun diarah masuk bilik viva, dan buat persediaan, aku harap sangat dalam tu ada internet kerana aku belum sempat hafal ayat untuk kasi orang lembut hati...aku pergi masuk dalam bilik tu...pastu godek2 laptop tu kejap, dan connect pada wifi kat situ...sempat aku bukak blog sendiri dan sempat lagi komen kat chatbox...aku pun baca ayat kasi lembut hati tu berkali2...

Pastu masuklah panel viva, yang terdiri daripada boss aku, pengerusi viva, dan staff yang handle pasal budak2 master...yang aku sebut dalam drama sebelum ni...aku pun hairan kenapa minggu sebelumnya pengerusi orang lain, hari itu orang lain, dan aku amat bernasib baik kerana pemeriksa merangkap reader aku masih cuti pada hari itu...dia cuma tinggalkan komen...tapi tidak hadir..jadi viva aku cuma 2 orang jelah...nasib baik...

Oleh itu, berlangsunglah intro yang tak berapa nak rasmi diselang seli dengan english dan bm...dan aku pun mula lah present...pasal dah dekat 2 tahun xpresent, dan kerana kesuntukan masa, aku pun baca sebijik2 apa yang aku tulis dalam powerpoint slide aku tu...pengerusi kata 15 minit buleh?aku pun dengan selamba baca je..98 % baca, 2% hurai...boss aku dah jeling2 semacam, aku buat dek...aku tgk pengerusi, pengerusi pun biasa je..punya lah kalut sampai aku xprint sebarang handout utk mereka...aku baca dan baca..dah habis..pengerusi cakap...aku ambil masa 20 minit...pergh..aku xsangka punye lama aku present..ingatkan 10 minit camtu je...

Lepas tu berlangsunglah sesi komen mengkomen, mujur boss aku backup kaw2 aku punya kajian..aku tidak lupa cakap tentang kelemahan aku yang mengelak dari jupe boss...bincang punye bincang tentang pembetulan yang aku patut buat...aku diarahkan keluar kejap...

Dari luar, aku masih dengar mereka berbincang tentang berapa lama nak bagi masa kat aku untuk buat pembetulan...sememangnya aku memang ada sejarah hitam dengan pengerusi semasa aku ambil paper bawah dia...dia pun ada sebut...pastu aku dipanggil masuk...hairan tadi bukan main serius bincang, tapi bila aku masuk..macam dah reda...pastu pengerusi dengan muka senyumnya cakap tahniah sama aku, "kami telah berbincang dan dengan ini bersetuju meluluskan sarjana anda"..aku macam...pergh...gembiranya...terus aku salam sama staff kat sebelah aku...

Tapi lepas tu..kena basuh lagi..agar aku cepat2 buat pembetulan sebelum 3hb januari 2011..kalau tidak, aku kena bayar yuran lagi...aku pun disuruh keluar lagi...sambil abg staff tadi pegi fotostat borang markah yang mengandungi part mana aku patut buat correction...pastu aku dipanggil masuk dan berbincang tentang correction..serentak hari itu jugak aku kena jupe boss..aku ckp aku bizi pasal nak pindah bilik...boss ckp datang dalam kul 4 camtu...aku pun balik dengan gembira...

Dalam hati...aku dah dapat sarjana...i have masters now...hurray...akhirnya setelah 2 tahun...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri