gravatar

Drama kejap #5

Semalam 29hb Disember aku telah pergi pusat pengajian aku...untuk berjumpa dengan boss kerana aku risau dengan dateline 3hb Januari yang mana 3hb Januari merupakan tarikh terakhir menghantar tesis supaya aku tak perlu daftar sekaligus tak perlu bayar yuran pengajian untuk semester ini...

Masa tunggu bas aku ada nampak sorang mamat afrika yang jelas tak biasa dengan tempat ini...bila bas tiba..aku naik, dia pun naik..dia duk tepi aku dan bertanya kat aku...macam biasa lah kat muka aku ini memang tertera "kaunter pertanyaan" kot...tanya pulak dalam african english...bukan black english...dia nak pergi pesta PC...aku cakaplah kat mana dia kena turun dan siap cakap kat drebar suruh turunkan dia kat mana...

Sembang punya sembang, mamat tu dari nigeria rupanya..patutlah bahasa dia lebih kurang bahasa dr alban...mujur aku minat dr alban...hahaha...dia ckp dia buat post doctorate kat sini...bagi yang tak tahu apa itu post doctorate...ia merupakan ijazah lanjutan selepas ijazah doktor falsafah atau PHD...maknanya kalau lepas PhD pun masih nak belajar lagi...ambil la post doctorate...setahun je katanya...Sembang punya sembang, dalam bahasa omputih, pastu aku nak turun dia tanya nama..aku jawabla...pastu dia kata nama dia victor...aku ckp nice meeting you...dan turun dari bas...

Sampai je pusat pengajian...dengan penuh otai dan tak tekan loceng kat kaunter pertanyaan...aku jalan slow2 nak menghala kat bilik boss aku...dan kelibat aku dilihat oleh staff kat situ...dia siap bangun dan iring aku ke bilik boss aku, dia ketuk pintu dan bukakan pintu untuk aku...aku terkesima...buleh tahan juga abang ni ye...

Dah masuk dalam bilik boss...aku melahirkan rasa kerisauan aku pasal 3hb Januari punya dateline...pasal aku rasa dah tak sempat kalau nak kejar 3hb tu...kerana nak jilidkan mengambil masa 3 hari...pembetulan baru selesai bab 1...lagi 4 bab belum dapat lampu hijau dari boss...kerana dia tengah menjalankan tugasnya sebagai penyelia aku...ditambah dengan aku tulis banyak merapu...kesian pulak rasanya...

Tapi aku lega bila dia cakap, "ala relaxla, hari ini baru berapa haribulan, sempat punya"...tapi aku masih belum betul-betul lega. Sempat lah dia suruh aku betulkan itu ini dalam bab 2 aku yang dia tengah periksa tu...siap bagi dua buah buku lagi...suruh rujuk...dan last dia cakap...dia nak guna hasil kerja aku itu...macam dia nak selarikan dengan kerja dia...memang tesis aku dari awal adalah idea dia...dia yang tetapkan tajuk dan memang dia menepati janji untuk menjadi penyelia yang baik...dia siap call pemeriksa aku cakap aku mahu datang jumpa dia jumaat 31hb pukul 3 petang...

Lepas tu kami sama-sama keluar pergi tanya staff yang iring aku tadi...mintak surat yang mana penyelia dan pemeriksa kena sign...dah dapat...bermula lah sesi soal jawab...aku tanya banyak benda..."berapa copy kena hantar, dia jawab dia tak minum kopi"...hahahaha..mood dia baik hari itu...aku tanya sempat ke aku nak kejar 3hb Januari...dia kata itu terpulang pada penyelia dan pemeriksa aku...cuma bagi kat dia surat yang dah di sain oleh kedua-duanya kat dia...dia akan hantar kat fakulti...aku tanya lagi...kalau hantar 3hb tu sempat ke? dia kata sempatlah, kalau 4hb tu lain cerita...kena daftar dan bayar...aku tanya lagi...hard cover (jilid kulit tebal) tu kena hantar 3hb juga ke...dia kata tak semestinya...yang penting surat perakuan dulu..hard cover 3 hari lepas tu pun buleh lagi..

Aku tanya lagi berapa copy(salinan) dia kata 2 salinan, 1 CD(cakera padat)...pastu dia kata...buatlah 3 salinan..kot2 pemeriksa pun hendak satu...paling best dia cakap.."tak payah buat banyak-banyak salinan, nanti duit awak pun banyak habis, lebih baik awak belanja saya je"...hehehe..mendalam tu maksudnya tu...dia ckp sebelum jilid..jumpa dia dulu...dia nak tunjuk macam mana nak tulis kat kulit depan tu...dan dia ckp better tulis  "S. Sa (MA. ELS)"...S. Sa= Sarjana Sastera, MA.=Master of Arts, ELS=English Language Studies(Pengajian Bahasa Inggeris).

Aku juga sempat tanya status kawan-kawan aku yang lain...dia kata semua itu kena buat rayuan pada fakulti...kerana dah tamat tempoh masa, belum juga siap...aku ni pun dah saat genting yang amat...dalam masa aku sembang dengan dia tu...ada pengerusi pusat datang...tanya aku..aku jawab dengan yakin sikit...lepas itu datang pulak ketua program/jabatan aku...tanya pasal tesis..aku cakap tengah tunggu supervisor buat last checking...mereka semua pun pasti dah jemu tengok muka aku yang dah 7 tahun kat situ...hahahaha..

HENDAK DIJADIKAN DRAMA...ESOK CUTI!!!!! WHAT THE....esok aku patut dapat tandatangan supervisor dan pemeriksa aku...tapi esok cuti...jadi aku kena tunggu isnin 3hb baru dapat sain...kalau apa2 jadi kat aku atau salah sorang dari mereka, boss, pemeriksa, staff...arghh....tensen sungguh...

Aku ingat esok dah merdeka...dah boleh hantar untuk dijilid...malang sekali...cuti umum pulak...adoi...lambat lagi lah aku dapat balik...bertambah lagi lah kos sara hidup aku kat sini...sehari 6 ringgit sewa bilik...oh tidak...aku dah tak ada duit sangat ni...nak bayar sewa, nak jilid, nak beli tiket bas...anggaran lagi 200 ringgit...mana aku nak dapat itu??? aku bukan ada ptptn, aku bukan ada biasiswa....aku betul-betul menganggur ni...jumaat sabtu ahad= bajet dah 50 ringgit(sewa dan makan)...adoi...aku masih tertekan bila fikirkan...

Namun aku rasa ada hikmahnya di sebalik yang berlaku tanpa dirancang ini...cuma aku terlalu tertekan untuk berfikir dengan baik...aku cuma nampak duit melayang...siapa yang nak berzakat dengan aku..silakan...hahahaha...aku mmg tergolong dalam asnaf penerima zakat...huhuhuhuhu...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri