gravatar

Aku Tak Mahu Jawab Boleh?

Soalan-soalan ini aku malas betul nak jawab jika ditanya.

1. Bila Konvo?
2. Bila habis belajar?
3. Bila nak kerja?
4. Bila nak kahwin?
5. Nak kerja apa?

1. Kalau pun aku konvo, ia adalah pada bulan ogos tahun 2011. Itu pun aku teringin lagi nak sambung belajar.

2. Kalau pun aku habis belajar, ianya hanya setelah aku viva, sedangkan aku belum viva dan belum tahu berapa lama tempoh pembetulan aku kena buat, sebulan ke dua bulan ke tiga bulan ke. Tapi aku berhajat mahu menyambung lagi pelajaran arah lebih tinggi atau pun ke arah bidang lain. Aku juga berhajat nak masuk pondok nak belajar agama. Jadi jangan tanya bila aku akan habis belajar kerana aku dah ketagih ilmu ibarat orang ketagih dadah.

3. Aku dah mintak kerja tapi belum dapat mintak guna kelayakan masters, jadi aku amat tertekan bila memikirkan pointer aku masa bachelor yang bawah dari 3.00.

4. Aku kalau buleh nak kawin sekarang juga, tapi kalau hidup pun merempat, menganggur, masih belajar, macam mana nak kahwin, melainkan perempuan yang dah bekerja mahu kat aku.

5. Aku malas betul nak jawab aku nak kerja apa, cita-cita aku sentiasa berubah mengikut keadaan, daripada juruterbang kepada angkasawan saintis kepada jurutera kepada pakar ekonomi kepada guru kepada pensyarah kepada ahli perniagaan kepada pegawai kepada mekanik kepada pelumba kepada juruelektrik kepada tukang paip kepada ahli politik kepada kebajikan masyarakat kepada pemandu pelancong kepada penulis dan banyak lagi yang malas aku nak nyatakan semua. Semua itu aku minat.

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri