gravatar

Macam Diari La Pulak

Adoi..dah nama pun online diari atau blog...nak tak nak memang akhirnya akan ala-ala jadi diari juga, caya lah cakap aku ni.

Okay, siang tadi cuti umum awal muharam atau new year Islam, tapi ada aku kisah dengan cuti? Sejak dua tahun lepas, setiap hari adalah cuti bagi aku. Okay itu dah lebih, tapi itulah kenyataan apabila tesis berpuaka itu mula menjengah dalam hidup aku, tapi aku dah nampak apa hikmahnya, hingga aku mampu menulis blog bagaikan dapat buat satu tesis phd lagi.

Siang tadi aku keluar pergi shopping sama dengan BFF(besfren forever) aku, Nor, nama glemer Cik Nor, tapi aku suka panggil Nor. Susah betul mau pau dia kebelakangan ini, rezeki awal tahun, dia ajak aku teman dia shopping barang. Pucuk dicita ulam mendatang, aku dah terbayang kepsi idamanku selalu dah. Tapi, malam semalam aku tak dapat tidur, dekat subuh baru dapat tidur. Jadi mataku dapat dibuka dengan jayanya pada pukul 11 pagi camtu.

Siap-siap ala tak siap, naik rapid, komuter, sampai la midveli, ukm-midveli=RM 3.20 je...rapid sekali naik singgit...sampai midveli round lah aku dengan dia, dia sampai sejam awal dari aku, dia dah siap round hampir semua kedai cenderamata lah, tapi last dia bawak juga aku pergi round sekali lagi, sampai penat dan lapar. Hurray, tapi aku belum lapo sangat pasal aku biasa makan lepas asar. Tapi bila dah lalu berpuluh tempat makan, bau macam-macam, perut pun jadi lapo, sume restoran memang penuh, mekdi, kepsi, piza, ciken rice, keni rogers, sume beratur panjang kat luar...restoran jepun memang aku pantang tak nak, pasal aku tak yakin dengan kehalalan...last pergi noodle station, makan situ, berdua je tapi 42 hengget melayang, duit dia, aku mampu jeling jelah bil tu. Sekali makan dah bersamaan bajet makan seminggu aku. Nor, moga tuhan tambah rezeki mu atas kemurahan hatimu.

Puas cari kat midveli, tak jumpa yang berkenan, barang yang dicari merupakan hadiah tukaran, bersyarat bukan frame, bukan voucer, bukan candle, unisex, dan tidak lebih 30 ringgit. Buat tebal muka masuk tanya ada ke gift dalam 30 ringgit, dengan spesifikasi sekian-sekian. Last dia kata, jom pergi sogo, kerana ada item yang bertepatan kat situ. Lepas makan, pergilah sogo, midveli ke sogo naik komuter=singgit. Sebelum beli tiket, dia sempat beli kasut baru, penat sakit kaki pakai heels.(beauty is pain). Penat dah kaki jalan midveli, pastu sogo pulak, ini kali kedua aku ke sogo, last pergi tahun 2004, dengan member pempuan yang sekarang ni dah jadi ibu orang. Sogo memang tempat pempuan, pempuan mesti suke tempat tu, mana-mana ada je 70% diskaun. Akhirnya beli lah barang itu kat sogo, pastu minum petang kat oldtown tepi tu, sejuk giler macam ice room bangi. Pastu balik dari stesen bank negara, bank negara-ukm=RM3.70.

Dia naik koc pempuan, aku naik koc umum, err...komuter memang ada macam-macam ragam manusia. Naik sendiri baru tahu macam mana. Thanks a lot nor, kerana sudi dipau aku, nanti kalau aku dah senang, jangan segan silu pau aku balik, aku dah tulis offer kat sini sebagai bukti kalau aku lupa diri bila dah senang, macam kebanyakan orang yang bila dah senang sikit, mula lupa diri. Aku pun ada potensi lupa diri so aku tulis siap-siap kat sini.

Aku dah hampir buta warna nak bezakan mana satu peach, oren, pink, sambil pegang butang peach tu, duk halakan kat mana-mana baju yang aku rasa peach. Aku hampir buta warna tadi, lawak sungguh aku rasa, terbukti aku lelaki sejati yang tidak boleh mengecam variasi warna sebagaimana pempuan.

Bagi orang yang nampak macam aku kat area midveli atau sogo siang tadi, memang aku lah tu(bajet glemer).

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri