Drama Kejap #3
Hari ini jiran paras atas akan menamatkan zaman studentnya di sini, justeru dia akan balik ke rumahnya. Sebelum itu kena angkat barang dulu, pukul 10 pagi dapat panggilan darinya mintak angkat barang, aku memang suka tolong pindah barang ni. "Bila kita nak jumpa lagi ni?" dia duk ulang je. Aku cakap bukannya jauh pun, dalam 3 jam je. Goodbye to you my trusted friend...
Pastu balik bilik, mata masih pedih, chatting dengan kawan jauh kejap(sempat lagi tu). Pastu aku yang dah tak tahan pedih mata, sambung tidur..tapi sebelum itu kena slowkan volume radio era yang dipasang rumetku itu. Aku memang tak boleh tidur jika ada suara berbahasa melayu berkumandang.
Berjaya tidur semula dengan susah payah kerana bunyi radio, tiba-tiba henset bergetar lagi...tengok nama yang tertera adalah nombor pusat pengajian aku.
Aku: Hello..
Dia: Hello hadi..ini ha abang leman ni..
Aku: Ooo ha..
Dia: Hadi tahukan pasal viva hari khamis ini kan? Dr xxxx(Boss) ada cakap kan?
Aku: Haa...ada...pukul berapa ye?
Dia: Haa..hari khamis 16hb ni pukul 9 pagi...
Aku: Ooo 9 pagi ye...
Dia: Haa..ni saya dah inform ni, jangan nanti jadi macam hari itu pulak cakap kat (boss) yang saya tak bagitau.
Aku: Haa...
Dia: Kenapa yang hari tu ngko tak call aku tanya pasal tarikh viva?
Aku: Laa..ingatkan ada hantar emel ke ape..
Dia: Tak ada, itu pasal la kena call dulu tanya, biasalah kadang-kadang kami pun terlupa nak bagitau...
Aku: Haa..
Dia: Ini saya dah bagitau ni, jangan jadi macam hari itu pulak, cakap kat Dr xxxx(boss) yang saya tak inform...
Aku: Ooo...tak de tak de...(call ended)
Aku sempat mengeluh kejap, ya...memang aku yang salah kerana tidak jumpa dia tanya pasal tarikh viva. Oklah, whatever memang silap aku lah, I'll take the blame as real man. Terlalu mengharapkan teknologi, harapkan orang telefon, orang emel, last-last kena jumpa jugak.
Ini cuti semester, bas ada ada sejam 2 kali kot, itu yang aku malas tu nak pergi...tapi oklah ni...dia dah call..so aku kena ready dengan slide powerpoint jelah, ready dengan soalan-soalan yang bakal ditanya tentang tesis aku. Harap jangan kena 3 bulan correction dan 2nd viva dahla...aku nak balik. Duit dah kering tahap ape ni...bertambah lagi lah debit aku dengan kawan yang memahami tu...
Siapa yang baca dan simpati, doakan yang terbaik untuk aku...
Catat Ulasan