Archives

gravatar

Ombak tengkujuh

Tadi aku sempat tangkap gambar kat pantai kelulut..Ada signboard dilarang mandi..Mmg cari nahas kalau mandi..

Nasibla henset kuno aku ni dpt juga tangkap gambar walaupun kualiti rendah..

Kalau zoom betul2 memang nampak pulau kapas tu..Aku memang aim ke pulau tu..

Read More...
gravatar

Bertuahnya pelajar2 dulu...

Mana tak bertuahnya jika:

1. Belajar sampai darjah 6 dah buleh jadi cikgu.
2. Soalan exam mudah sahaja.
3. Syarat kemasukan U rendah sahaja.
4. Masuk U ada biasiswa.
5. Belum keluar U kerja dah panggil.
6. Result spm hebat sket dpt belajar luar negara.
7. Nak mintak kerja xpayah susah2 lalui exam2 dan temuduga berkali2.
8. Persaingan kerjaya langsung xsengit.
9. Gaji 100 sebulan ibarat 5000 sekarang.
10. Masa belajar tak ada gangguan fesbuk,sms,internet.
11. Tak ada hutang puluh2 ribu lepas habis belajar.
12. Tidak perlu risau nama kena blacklist kerana enggan byr loan.
13. Tak perlu byr kos pentadbiran pinjaman pendidikan.
14.Tidak perlu risau kena saman kerana gagal byr pinjaman pendidikan.
15. Tidak perlu menganggur lama selepas tamat pengajian.
16. Masa tengah belajar pun dah ramai yg kahwin.
17. Harga makanan dikampus dan yuran pengajian tidaklah tinggi mana.
18. Nak berdemo dan berpolitik tak ada halangan.
19. Tidak gentar nak bersuara menentang penindasan terhadap pelajar.

Read More...
gravatar

Syoknya kalau...

1. Syoknya kalau dapat pekena menu baru kepsi dan mekdi yg berasaskan ayam tu.

2. Syoknya kalau tengok wayang 3D yg skrin mcm timbul tu.

3. Syoknya kalau hujung2 tahun mcm ni dpat bercuti makan2 angin dengan mmber2 bujang.

4. Lebih syok kalau member2 dah kerja yg masih bujang itu sponsor percutian itu kan?Hahaha..

5. Pastinya lebih syok jika aku mampu...Malangnya aku cuma ada masa,fulusnya tak ada,cukup utk dana kecemasan saja.

6. Alangkah syoknya kalau dalam masa terdekat ni aku ditawarkan kerja yg sepadan dgn kelayakan dan tahap kemahiran aku.

7. Gerenti syok kalau impian ini menjadi realiti.

8. Semestinya syok kalau dapat buktikan kemahiran aku yg sebenarnya, tentu dapat mengunci sejenak mulut2 busuk yg sekarang ini mengata aku, dulunya mulut2 busuk itulah yang menyanjung aku tinggi menggunung.

9. Confirm syok kalau dapat kembali ke masa dulu, masa dimana tiada kerisauan,tiada tekanan,tiada kekangan, yang ada cuma semangat menuju kejayaan.

10. Lagi syok kalau aku tido dulu.

Read More...
gravatar

Sejarah kerjayaku...

Zaman kanak2 xbrapa nak riang=berus lantai rumah dapat sposen untuk sekeping. Part time pergi kedai dapat upah 20-30 sen.

Darjah 2=kerja cabut bulu ayam,20 sen seekor.

Tahun 2003-2004=kerja kat perusahan kerepok keping,20 ringgit sehari.

Hujung tahun 2003= kerja mengecat rumah,20 ringgit sehari.

Cuti semester tahun 2005=kerja kerepok lagi, 18 ringgit sehari.

Tahun 2007=kerja pembantu penyelidik,1419 ringgit sebulan.Tolong kawan convert picture kpd teks dpt upah 300 ringgit lebih.

Tahun 2008= kerja freelancer upah menaip, singgit setengah untuk satu page. Singgit satu esei pendek. 2 ringgit setengah utk satu page tukar dr hardcopy kepada softcopy.

Tahun 2008 hingga 2010=kerja pembantu penyelidik 13 bulan kontrak,1600 sebulan.

Tahun 2010-2011=kerja terjemahan tanpa tauliah, 3.5 satu page,pernah dibyar 10 ringgit utk satu page,pernah juga belum dibayar smpai skrg.

Tahun 2011=kerja sangkutan kat agensi kerajaan,600 ringgit sebulan.

Pernah dapat 50 ringgit sekali repair komputer.

Read More...
gravatar

Dear blog...

Aku tidak boleh menjadi manusia yang tamak yang mahukan itu dan berkehendakan yg ini. Kalau aku luang masa untuk muhasabah diri, aku sentiasa bersyukur tentang apa yang telah aku kecapi selama ini. Nikmat yang kebanyakkannya tidak mampu dibeli contohnya nikmat kesihatan jasmani dan rohani

1. Dah hampir setahun habis belajar tp belum dapat kerja tetap lg.

2. Dah hampir dua bulan menganggur tp belum ada mana2 job offer lg.

3. Dah hampir mencecah usia 29 tahun tp belum dikira berjaya dalam hidup lg.

4. Dah hampir 5 tahun hidup single tp belum berhasil utk mencari pengganti lg.

5. Pun begitu, kesyukuran dipanjatkan kerana masih sihat walafiat.

6. Syukur kerana masih ada byk masa untuk menenangkan minda dan badan.

7. Syukur masih dapat menikmati kehidupan dengan aman dan selesa.

8. Syukur kerana masih ada saki baki kawan2 yg sejati di sisi.

9. Syukur kerana masih berpeluang menilai dan memperbaiki kelemahan diri.

10. Syukur kerana masih ramai yg simpati dan ambil peduli.

Sekian.

Read More...
gravatar

My Second Convocation

Pada hari ahad 25hb september 2011 pada pukul 7.30 pagi adalah tarikh dimana sesi konvokesyen aku akan berlangsung...bertempat di DECTAR, UKM, Bangi...Jubah aku dah ambil..yuran pulak member aku tolong advancekan dulu...

Esok 22hb adalah raptai...tapi sampai sekarang elaun aku untuk kerja penat lelah bulan lepas belum masuk...aku sangat kecewa...tak tahu nak marah kat siapa.

Read More...
gravatar

Slide Viva Sarjana@Master Aku


Berikut adalah merupakan slideshow bagi presentation tesis sarjana aku...my master's thesis presentation...my viva slide..tujuan aku upload sini bukan nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi..kalau tak nampak..pandai-pandailah klik gambar untuk besarkan...










Read More...
gravatar

Ragam Pengguna Jalan Raya

Pagi tadi masa aku nak keluar rumah untuk ke pejabat yang hanya 5 minit perjalanan...hujan tiba-tiba turun...renyai-renyai sahaja...tapi bila aku dah berada di jalan raya...hujan makin lebat dan aku mula basah kuyup...dalam pada itu ada dua buah kereta proton kat depan tengah berbulan madu kat jalan raya...satu wira satu perdana(modified)...yang wira tu memang slow...hujan makin lebat...hampir seminit aku follow...aku sedar aku akan kebasahan teruk kalau sampai ofis...jadi aku pun nak memotong dua kereta tu...sedang aku dah tukar lane...si perdana modified tu pun tanpa bagi signal pun nak memotong...jalan memang lengang time tu...jalan kampung...nak dijadikan cerita...sama-sama nak memotong wira di depan tu...perdana tu pun sibuk nak potong...aku dah tak boleh nak slow, si perdana pun tak mahu laju...jadi aku macam terhimpit gitu...tiba-tiba si perdana hon aku bertubi-tubi macam polis pulak...aku jeling sekali dan terus memecut...sempat lagi aku jeling kereta itu nak cari sticker polis ke ape...tak ada pulak...dah jauh aku didepan..aku tengok dia masih lagi kat belakang wira...apa ke jadahnya tadi aku nak potong dia nak potong...last-last dia tak jadi potong...begitulah manusia...aku tak pasti dia hon aku kat belah kanan dia sedang memotong atau hon kat motor belah kiri dia yang tak ada niat memotong...tapi aku rasa dia hon aku...tapi tak mengapa...aku sampai tempat kerja dengan selamat dan basah 60%....kalau aku tak memotong tadi...pasti basah 100%...

Aku tak paham kenapa dia tak fikir dia tu kereta...orang dalam kena hujan tak basah...dia bawak slow tak mengapa lah...aku bukan kisah sampai lambat...aku cuma tak mahu basah kuyup je...mujur hujan kat sini..kalau hujan kat selangor...pasti dah demam aku ni...

Masuk tazkirah pagi pun ada sentuh pasal jalan raya dekat-dekat nak raya...hmm...apa-apa jelah...memang pengguna jalan raya kat pantai timur ni rata-rata samseng gitu...memang tak pikir kat orang...lantak dia lah...hari ini hari dia...mentang-mentang dia ada hon kuat...mujur aku tak ada heart attack...tak mengapa...tuhan maha adil...

Read More...
gravatar

Goodbye to u the patient of old me

Tajuk memang sadis sekarang ini kerana aku berada dalam yang amat teramat down sekarang ini...tidak ada apa yang akan menggembirakan aku dan buat aku tersenyum secara sukarela...sekarang ini aku dah jadi hipokrit...aku dah jadi plastik...semuanya tipu...

Aku memang rasa inilah masa paling baik untuk aku menyendiri...masa dah sampai untuk jadi contributing ape aka kera sumbang...aku hilang semangat untuk semuanya...sikit punya hal pun aku dah tak boleh nak kawal perasaan aku...jadi sebelum jadi perkara yang tidak diingini...lebih baik aku menyendiri...aku tak mahu menyinggung perasaan orang sekeliling dimasa aku hilang kawalan ni...aku betul-betul maksudkannya...sarang tebuan jangan dijolok...masalah aku dah cukup banyak hingga ia mampu buat aku hilang senyuman dan happy go lucky dan kesabaran aku...

Rasanya semua masalah ini berpunca dari duit...aku jadi malas kerana duit...aku jadi kurang sabar kerana duit...semuanya berpunca dari duit...aku harap aku sorang je dalam dunia yang ada masalah ini...tak boleh nak bayangkan kalau orang lain ditempat aku...dan aku tak mahu orang lain merasainya walaupun orang itu adalah orang yang paling aku benci...kerana berada ditempat aku ni pasti menyebabkan seseorang itu berubah sepenuhnya...

Aku pun dah berubah dengan ketara, aku cuma berlakon je depan orang...tapi dalam hati tuhan je yang tau...senyuman aku agak mahal sekarang ini...mungkin kerana lapar di bulan puasa...aku belum nampak lagi jalan penyelesaian ini...aku tak ada masa yang sesuai nak berfikir dengan semasaknya...aku cuma harap ia akan berakhir tak lama lagi...

Masalah ini pasti dapat diatasi dengan singkat jika aku mempunyai duit yang cukup...sekarang ini semua benda pakai duit...duit dalam jumlah yang banyak...apa yang buat aku tertekan adalah jumlah yang aku perlukan itu tidak lebih dari sebulan gaji pekerja biasa...tapi nak buat macam mana aku memang tidak mampu...aku kerja 5 bulan kat sini baru boleh dapat jumlah itu...

Mengeluh banyak pun tak guna...kerana duit tak cukup...banyak perancangan aku tak boleh dilaksanakan...aku tak mahu roh aku tergantung kerana tak bayar hutang...hutang aku dah cukup banyak...ibarat aku tak ada keluarga kat dunia ini...aku betul-betul cemburu dengan orang yang keluarganya sanggup bantu...aku tidak sebertuah itu...dari dulu lagi aku terpaksa cari sendiri dan hutang sendiri tanpa bantuan keluarga...kalau keluarga tolong pun...akibatnya amat sengsara bagi aku...belum apa-apa dah ungkit itu ini...inilah padahnya jadi anak yang ke 4...ada 3 orang abang atas daripada aku...

Daripada stpm hingga ijazah hingga master...aku tidak pernah mendapat restu keluarga...semuanya atas kedegilan aku...aku terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk itu....dah terpaksa berhutang sana sini kerana itu...hutang itu tidak banyak pun...sebulan gaji dah mampu langsaikan...tapi nak buat macam mana...aku terkandas kat sini..jadi kuli terhormat...kuli yang ada master...berkhidmat utk lepasan sijil, diploma dan ijazah..aku tak mahu pandang rendah kerana setiap orang ada kekurangan sendiri...tapi kalau dah jelas sangat tu...dan ianya tak ada kena mengena dengan akademik...tapi sikap...aku memang tak boleh nak toleransi...

Kuli terhormat...disanjung kerana prestasi...tapi bila masuk bab upah atau pulangan atas prestasi itu? tidak ada apa2...apa guna kehadiran penuh, punch kad xpernah merah, xpernah keluar minum pagi, xpernah keluar lunch kalau upah tetap sama dengan yang asik cuti, keluar minum lama, keluar lunch lama, datang lambat, suruh orang tolong punch untuk dia...

Itulah maksud aku jadi kuli terhormat...pujian tidak mampu nak bayar hutang2 aku...tak mampu nak isi perut aku...tak mampu belikan aku pakaian baru...

Read More...
gravatar

The why of the it happen to me...

gugel jangan harap nak dapat no hanset aku...

Dah lama tak lepaskan geram kat sini...sekarang ini masanya sudah sampai untuk aku lepaskan geram...geram pasal aku kena tindas...aku dizalimi...

Memang betul aku orang bawahan, tapi adakah aku ini tidak punya hati dan perasaan? adakah aku ini tidak perlu makan minum tidur dan rehat? adakah aku tidak berhak marah ketawa sedih geram bengang?

Aku ingatkan nasib semakin lama semakin ok...tapi rupanya semakin lama semakin teruk kena...aku tak kisah kerja 24 jam sehari kalau pulangannya kena dengan kerja 24 sehari...ini tidak, aku dikehendaki kerja macam orang lain tapi pulangannya adalah amat rendah sekali...aku pun punya hati dan perasaan...aku pernah dibayar 1600 sebulan tapi kerjanya adalah 1/5 sahaja daripada kerja sekarang ini...

Well, kalau ikut kertas, aku bukan pekerja pun...aku cuma membantu...tapi realitinya...aku ini pelaksana..bukan lagi pembantu...aku menjalankan kerja ketua jabatan, ketua unit dan pegawai...tapi tidak ada sebarang pertambahan elaun...cuma pertambahan penat dan stress...

Aku xmenyangka sume ini berlaku pada aku...tapi aku percaya ada hikmah disebalik sume ini dan hikmah itu pastinya menjadikan aku orang yang lebih berkebolehan di masa akan datang...

Read More...
gravatar

Aku Mahu Berleter

Ye...aku mahu belebel(dialek aku)...tapi sebelum tu...f*$%* off pada sape2 yang senang butthurt bila baca tulisan aku...kalau tak suka...jangan sesekali baca...

aku tengah lapo ni...kerja dah nak masuk 3 bulan..tapi elaun belum dapat walau satu sen...hutang pulak dan mencecah 400 dalam masa tu sahaja...campur semua hutang dengan orang semua sekali ada dekat 7 ribu kot...sorang tu 3000, sorang lagi 1150, sorang lagi 1050, sorang lagi 200, yang tu pun 200, yang 100++ pun ada beberapa orang termasuklah boss aku yang sekarang ni..

Kalau mati syahid sekarang pun xda makna bagi aku kerana hutang terlalu banyak...hutang masa buat master dulu lah...gara2 nak elak loan berbunga tu...pastu dengan bajet senang nak dapat keje kalau master english lagi...pastu sangkut tesis dua tahun..pergh...

Bukan aku xda mak bapak...tapi aku bukan anak tunggal, depa bagi pinjam pun adik beradik lain bising...itu bagi pinjam..bukan mintak terus...dan pinjam itu pun nak bayar yuran tertunggak..bukan mahu beli motor atau joli...adoi...kang jadi lain pulak topik ni...

Enuff dengan family, dengan mmber2 pun sama...xpelah...aku banyak dosa...memang patut pun sengkek sejak tahun 2007...bermula episod kedua2 hp aku kena curi..lepas tu..aku xpenah rasa mewah lagi...

ada duit pun kena bayar yuran pengajian...bukan sikit tapi banyak...satu semester dekat 2000...itu yuran saje..belum campur makan lagi...xda guna ungkit bende yang dah lepas...cuma orang yang betul2 rapat je paham...faham dan melihat sendiri penderitaan aku...

Dahla derita...ada pulak suara2 sumbang...ish...kalau dia kat tempat aku xpelah nak sound pun..ini tak..nak samakan aku dengan orang lain..orang lain ada ke hutang gadai gelang emas ibu sendiri untuk bayo yuran pastu kena marah kaw2 dengan adik beradik sendiri?sampai sekarang pun belum tertebus lagi 3000 tu...itu pun ada lagi orang nak kutuk..xpelah kutuklah...

Ini pulak dah keje dekat 3 bulan...satu sen haram pun aku belum rasa lagi...yang rasa cuma hutang situ hutang sini..tebal muka mintak dengan boss...kerja aku mmg ringan je...hari2 buleh ngadap internet...hahaha...

Ringan dari segi fizikal...tapi dari segi mental...aku ini merangkap PA boss aku...keje aku sekarang ada 3x ganda lebih teruk dari keje aku masa jadi RA dulu..tapi elaun RA adalah 1600 sebulan manakala keje yang ni cuma 600 sebulan...

600 tu dah cukup kerana aku duk rumah...xperlu bayar yuran...tak perlu beli makanan...tak perlu beli tiket bas...mmg dah cukup klu 600 tu...masalahnya bil astero atas nama aku tu sape nak bayo? minyak moto tu sape nak isi? hanphone aku sape nak topup?

dan yang penting sekali..hutang berkilo2 tu bila nak dibayo? aku bukan nak banyak pun...tapi daripada xda hasil langsung...keje yang ringan pun jadi berat...keje xpenah stop..tapi mana hasilnya?bulan pertama kosong. bulan kedua kosong...ini bulan ketiga kalau kosong jugak...aku akan quit tanpa notis...

Ha..lagi 30 minit nak balik ni..arini khamis..3.30 dah buleh balik..habis seminggu...lagi seminggu kena lalui kekeringan poket ni...harap tak ada yang cari pasal dengan aku kerana aku dalam mood yang amat teruk sejak beberapa minggu lepas...sikit punya hal pun dah buat aku menggelegak...

Ok sekian...

Read More...
gravatar

Last Call Ever


Bersambung lagi pada kali ini...pada bulan mei lalu aku telah kehilangan seorang kawan yang bernama Mohd Anuar Bin Harun...tapi dikalangan member2 yang rapat...Allahyarham dikenali sebagai "robert"...kurang pasti kenapa...justeru aku pun turut sama save namanya sebagai robert harun dalam hanset aku...

Gambar di atas adalah screenshot dari hanset aku yang menunjukkan call yang terakhir darinya iaitu pada 30 april yang lepas...waktu itu jam 6.18 petang...katanya ingin pergi kerumah aku untuk mengambil koleksi assignment2 aku...tapi waktu itu aku sedang menunggu kawan sorang lagi dari rompin...jadi aku kata...kita jumpa malam jelah...

Jadinya pada malam 30 april tu...dia datang juga ke rumah aku dah kami bersembang2 dekat 2 jam gitu...xsangka sungguh itulah kali terakhir dapat jumpa dia...kerana dua minggu lepas tu...dia telah kembali ke rahmatullah...

Seluruh negara gempar dengan berita kematiannya...hampir semua paper melaporkan...

To be continued...

Read More...
gravatar

Keropok Lekor, Karipap Ubi, Karipap Sardin

Nak dipendekkan cerita...malam tadi tengah layan all men are brothers...mak sedara aku dari penang call...sembang punya sembang last sekali dia mintak aku iklan kan perniagaan dia kat internet...mula-mula dia suruh aku iklankan kat mudah..ternyata bukan mudah nak iklan kat situ..masih lagi pending...so dengan rasa tanggungjawab..aku pun tengah bengang tunggu elaun belum masuk...dah dua bulan lebih berhempas pulas...jadi aku gunakan kesempatan yang ada ini untuk mengiklankan perniagaan beliau..

Well..beliau memang dah lama terlibat dalam industri membuat karipap ubi kentang dan ubi keledek serta satu lagi jenis karipap sardin yang bentuknya empat segi, bahannya sama cuma tidak dimasukkan dalam acuan karipap ubi.....rasanya pun sedap...saiz pun besar..harga pun murah lagi...baru-baru ini beliau telah memulakan perniagaan menjual kerepok or keropok lekor pulak...versi terengganu yang banyak ikan tu...kerana kecewa dengan keropok lekor yang kat penang tu yang rata-rata pucat dan menggunakan banyak sagu dan kanji sehingga menjadi liat dan susah hendak makan serta rasa yang cukuplah sekali beli..

Dah dekat setengah tahun dah beliau mulai serius dalam penjualan keropok lekor secara kecil kecilan kat kawasan rumah dan tempat beliau...disamping itu karipap ubi dan sardin masih lagi berjalan cuma jumlahnya tidaklah sebanyak dahulu...

Oleh kerana tiada gambar...jadi aku pun carilah gambar kat internet...dan kalau pemilik asal gambar itu suruh delete...maka aku akan delete..lagipun apa tujuan letak gambar kat internet kalau bukan untuk dikongsi kan...gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata..mungkin berbeza dari produk yang sebenar..

Tanpa melengahkan masa...aku telah edit sikit gambar-gambar tersebut guna fotoshop...dan inilah hasilnya...

TADA!!!!






Wow....tak sangka editor blogger yang baru menyukarkan aku untuk upload gambar...huhuhu...

Bagi mereka yang berkenan dan ingin mencuba nak buat tempahan...bolehla menghubungi nombor yang tertera...atau bagi siapa yang berdekatan...bolehla terus pergi ke rumah beliau di Sungai Semilang Juru, Bukit Mertajam...

"No. 112, Sungai Semilang Juru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang"

No Telefon Rumah: 04-5074602
No Hp: 012-4159837
: 019-1514610



Read More...
gravatar

Inventori bilik tempat aku kerja sementara

Berikut adalah senarai inventori yang berada dalam ofis tempat aku menjalankan tugas...

1. CPU IBM Windows Xp SP3
2. Monitor LCD HP 17''
3. Printer Canon BJC-1000SP-lama punya...
4. Mouse Sony-problem punya
5. Meja beralas cermin lutsinar
6. Kerusi empuk(armchair)
7. Kerusi empuk(no arm)
8. Kerusi banquate-ada dua
9.Meja kecil-ada tiga
10.Rak CD
11.Almari bercermin
12.Almari Besi Bertingkat
13. Almari Pejabat
14. Whiteboard dan noticeboard
15. Vertical blind
16. Pintu kayu
17. Jam dinding-sudah mati
18. Kipas Dinding
19. Penyaman udara-lama punya
20. Cermin
21. Telefon
22. Extension kabel-ada 4
23. Kertas A4 dable A-2 rim
24. Fail Keras-banyak
25. Fail kertas-pun banyak
26. Tong sampah
27. Frame gambar
28. Hanger baju-ada dua
29. Bunga hiasan
30. Speaker-2 set
31. Speaker umum
32. Sejadah
33. CD Kosong-banyak
34. Air mineral-beberapa
35. Puncher-ada dua
36. Minyak ubat-dua jenis
37. Alat tulis-banyak
38. Karpet
39. Febreze
40. Air Freshener-lama punya

Rasanya macam dah banyak tu...kan?

Read More...
gravatar

Oh My Blogs

Yesterday I had my 7th interviews...yet as a normal guy, I'm still having that kind of feeling..you know..the feeling that most of us had...especially when we are in the state of "so much hope"...this is the first time in my life that i really felt that i want this job...seriously..I've put too much hope for that...and not to forget that I also has spent a lot money for that...

Maybe due to the "nervousness" when i had to face 6 panel of interviewers and one of them asked me if i have a blog...i said i have many blogs...he asked me to name one of the blogs..i suddenly mentioned.."scholars83"...oh my...

To say that i regret doing that..not really..i'm proud of this blog you see..its a controversial blog after all..i wont share it if i dont want others to "step into" my personal life..right?

So at the end of the story...he said that i can use my blog to practice my english..rather than just talking to myself using english..in which i've been doing that for more than 10 years...what to expect when you are not in the english speaking environment...

 So if one of panels decided to actually visit this blog...i would like to say...welcome to my blog...this is a bilingual blog...but 90% of this blog is in malay...yet nowadays i dont really have much time to spend updating and managing my blogs...due to the limited internet access...

Most of the contents in this blog can be very sensitive to others...i have to admit that...but there are saying in malay.."buang yang keruh, ambil yang jernih"...

Read More...
gravatar

Trips To Kelate #1

Pasal apa yang jadi trips? pasal ia dah jadi plural la kot...nak cerita aku mula jejak kaki ke kelantan bila aku berumur 27 tahun..iaitu tahun lepas bulan jun..itu pun lalu je nak pegi kedah..nak dijadikan cerita lagi..pada 2hb jun 2011 aku sekali lagi kena pergi ke kelantan...lebih tepat lagi untuk menduduki ujian saringan untuk jawatan akademik kat usm kubang kerian...

1hb jun..aku ambil half day pasal nak cari tiket..dah survey tiket bas online..ada trip awal pagi..siap buleh book lagi..tapi bila sampai kat kaunter..terkejut beruk bila kaunter tiket cakap tak ada trip pagi...pergh..aku masa tu dah ingat nak lupakan saja trip tu...tapi mujurla dengan ejen2 tiket kat luar kaunter yang kadang kala orang panggil ulat tu cakap..mmg tiket pagi xjual kat kaunter..tapi kena pergi sendiri dan deal sendiri pada pukul 3 pagi...so aku dengan tak berapa confidentnya pegi lah jugak dalam kul 2 pagi..dekat kul 3..aku berjaya juga naik bas...pergh..aku mabuk naik bas tu..trip cuma dua jam aku aku mabuk mengalahkan trip 12 jam...pukul 5 pagi aku sampai kat stesen bas kota bharu..pergh..sunyi dan lengang..nak cari surau ingat nak tido...last2 jupe teksi dan dia ckp usm dah buleh masuk time tu...aku pun ikutla naik..20 hengget melayang...teksi 5 minit lebih mahal dari bas 2 jam..oklah akhirnya sampai usm...lebih tepat lagi hospital usm...aku terus bergegas tanya orang kat situ kat mana surau...akhirnya jumpalah dengan susah payah..lepas solat subuh aku pun tidur sampai 7.30...guard jaga parking hospital cakap kampus buka pukul 7 pagi...aku sampai 5 lebih..jadi kena cari port untuk tidur dulu lah...

Pukul 7.30 aku pun tukar pakaian...pergi kat tempat ujian saringan..pukul 9 pagi start..mula dengan soalan objektif lepas tu esei...lepas tu ada micro teaching atau mock teaching...malas nak cerita pasal rasanya english aku dah teruk sangat masa tu..

Paling aku xkan lupa hari itu aku tumpang keluarga sorang budak pempuan yang baru aku kenal masa ujian tu balik ke terengganu...aku igt dia datang berdua dengan ayah dia..sekali dengan mak dan adik dia pun ada..penuh satu viva...adoi..aku pun xpikir panjang pasal tak mahu mabuk bas lagi..buat keluarga yang aku ganggu aritu..moga ALLAH Taala saja yang membalas...dahla aku tumpang..dijamu lagi dengan sate jabi...

Sebelum tu singgah pasar pasir puteh dan berhenti solat kat masjid hadhari..harap2 agar anak pempuan mereka dapatla jawatan tu...bersungguh sangat nampaknya nak kerja dekat2 dengan terengganu...aku pulak..hmm..aku tak berani nak mengharap sangat...cukuplah kecewa beberapa bulan lepas...hahahahaha...

Kalau aku lulus ujian baru ni..maka aku akan pergi ke sana lagi pada 13hb jun untuk temuduga peringkat universiti...dengar kata mereka nak pakai ramai orang...xtau lah berapa ramai nak pakai..yang pergi ujian hari itu cuma 12 orang je...dan macam biasa aku sorang je lelaki...ish3...mujur dah biasa dengan keadaan begitu...

 Cukuplah untuk part one ni...part two akan menceritakan pengalaman bercuti di kota bharu, pasir mas, tumpat dan rantau panjang...

Read More...
gravatar

Goodbye Friend

Yesterday around noon one of my ex schoolmate called and in normal tone he said “you already knew about him right?” I said who? He said _____ has gone this morning? I’m speechless and can hardly believe that…how could it be? Last two weeks we just had a long chat till midnight…about him pursuing his dreams furthering his studies as undergraduate in one public university in northern Malaysia. And I can still remember that he keeps on repeating that he will gone bald before he can finished his study.

A few days before I received a call from him asking about subjects that I’ve taken during my bachelor, whether I’ve taken this and that and asking whether I still keeps the books or not…I said I left all the books at the university but I still have my brother there and he might took the subject and I told him that I will asked from my brother when he came back. But then he seems to be in the state of emergency and frequently sms me asking about my brother’s assignments. I’m amazed to see how he did his follow up between me and my brother.
Around that few days, he frequently called and sms me, I told him that I can just email those assignment to him but he insist of coming to my house and put it in his thumbdrive. On that day I wait and waited but still no sign of him coming…until at about 6 pm he called and said he want to come to my house…I said I cant meet him that time because I had another friend waiting for me…a friend from a far..he said..ok tell him when I arrived home…

I thought I might finished seeing my friend in about 30 minutes but then I had to accompany them for few hours..by that time I deeply apologized because of the delay and he said..it ok…don’t let them down, they come from a far…
I rushed home around 10pm…and I sms him to notify him that I’m home…then after a while..he came, alone with his beloved motorcycle..Last time I met him was on March 2010…then I showed him all my assignment from my undergrads to post grads  together with the thesis..both bachelor and masters…I compiled it earlier together with my brother’s assignment…I said to him..you can refer but you should not copy it directly…it was just a guideline for him…he was so worried about the format, and confuse with APA, footnote, and endnote…then I showed to him what I knew…not so long before the laptop shutdown due to the low battery…and he said…If he knew that..he will bring his laptop instead…

Luckily I have copied all the folder in his newly bought thumbdrive…”specially for assignment” he said…and then quickly rename it with his name…then he told me about the problems he has to face after he resume his study to undergrads level…I said I’ve experience it all..its a normal stuff for me…and he also complained about the new systems that was not so user friendly that it took him sometime to adapt…
At around 12 midnight…he leaves my house…saying that he will depart to his school at the morning…and hopes that I will be able to help him in the future when it comes to his study…I said that I’m so proud of him that he continue his study and I will try to assist him the way I could…

People said that a person will act weird 40 days prior they actually gone…sadly all that weirdness make sense when the person already gone…the same thing with him…I knew him for more that 10 years…since 1996…he was my classmate from 1996 to 2001… he was my partner in class from 1999 to 2000…yet I’m still puzzled on the way he thanks me for the small favor I did to him…he did asks a number of our friend…I gave it to him and he replied…thanks a lot my friend…”sahabatku dunia akhirat”…so silly of me for not noticing that…by that time..I think “whats wrong with this guy”…that was quite extreme for the small favour I did to him…

Now after he’s gone…all of that make sense…why he insisted of seeing me when I can simply email to him…and that he still come to my house even though its quite late…I can see now how that make sense…he said that I better be at the place where I worked now so that I can be quite close to him…I’m sorry bro…my eyes were shed with tears when I tried to recall what you have said last two weeks…it turns out to be that you will be leaving us this soon…

Hope you will be ok in your new world bro...may your heroic actions last forever in our memories...you did not vanished just like that…you are still a hero that brings us together…may ALLAH blessed HIS mercy on your soul…I will remember what you have said last two weeks…to all my friend who read this…lets not forget  about our “Hero” ya…

To be continued…

Read More...
gravatar

A little Update

Well, kepada pembaca yang aku percaya ramai yang dah lari...mana tak lari kalau dulu hari-hari ada update tapi sekarang ni sebulan sekali pun susah...wahahahaha..

Nak cerita bahawa aku sekarang ini sedang menjalani latihan on-job training di salah satu pejabat kerajaan di tempat kelahiran aku...aku diberi masa selama 6 bulan untuk mendapat pengalaman dan lepas itu pandai-pandai lah aku untuk cari kerja lain...kerana kat sini aku tak akan diserap..hehehe..

Cuma nak kongsi bahawa kat sini memang banyak sekali label yang bertulis "HAK KERAJAAN"...siap ada logo jata negara or rimau tu...hampir semua bende kat sini ada label tu...

Bagus juga ada label tu..at least orang yang nampak tu ingat..ianya bukan milik mak bapak mereka tapi milik rakyat...hak kerajaan adalah hak rakyat semua lah tu kan? Rakyat lantik kerajaan untuk urus rakyat...kalau rakyat tak bagi kuasa...maka tak ada kerajaan..

Oleh kerana kat sini ada akta kerahsiaan...aku belum berani nak bagi tau terang-terangan aku ni kat jabatan mana...yang pasti ianya peringkat negeri...

Aku kat sini mostly jadi urusetia kursus, fotostat borang pendaftaran peserta, borang penilaian kursus, label event pada hari yang ada aktiviti...pastu tampal kat lobi dan kat bilik berkenaan...tidak lupa label makan untuk peserta dan urusetia kursus...bagi kursus yang dianjurkan oleh unit aku...maka aku sendiri akan siapkan senarai kehadiran, dan menyalin kembali maklumat dari borang pendaftaran untuk direkodkan bagi tujuan update data dan pengurniaan sijil...

Aku juga bertanggungjawab untuk mengupdate jumlah kursus, seminar, persidangan, lawatan penanda aras, bengkel dan taklimat untuk pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan kat sini...

Lepas tu kena wujudkan satu fail untuk menyimpan segala hard copy dan satu fail lagi bagi soft copy...format semuanya dah ada...template pun dah ada..aku cuma isi dan tukar tarikh dan perkara tertentu sahaja...

Terpaksa lah aku berpakaian mat pejabat ketika kat sini..lengkap dengan neck tie sume...mujur kat sini aku dapat bilik sendiri yang membolehkan aku buat kerja tanpa gangguan...cuma kadang-kadang ada call masuk..tapi itu bukan gangguan...tapi tugasan la tu...kalau tanpa kerja boring juga nak menghabiskan masa sampai pukul 5 petang tu...

Kena masuk kerja pukul 8 pagi...buleh keluar pada pukul 5 petang...aku pertama kalinya ada punch kad...mujur thumb print belum ada lagi...hehehe...

Read More...
gravatar

Pre Comeback

Apa ye nak tulis? sementara ada peluang ciput ni...hmm...aku beronline dari ofis yang ada aircond, kipas, pc, timbunan fail dan dokumen...kira ok lah walaupun tanpa gaji...kekeke...nak tulis panjang2 nnti xbest pulak..maklumlah dari harta rakyat...guna share aku sudahla...aku pun rakyat juga..

Read More...
gravatar

Teori makin terbukti

Tajuk tak boleh blah..Hanya aku je yg paham..Tp bukan aku sorang je yg mengalaminya..

Sampai masa panjang umur ada kesempatan..Akan aku huraikan dgn panjang lebar..

Dalam masa yg sama aku harap agar tak perlu sambung lagi..Cukuplah aku je yg paham..

Sorry blog..I dont have much input to feed u lately..It has been a month..

Not that i quit blogging..It just that i want to see how far my theory might go..

Before that..To all my butthurt readers..Who felt that i purposely wrote about them..I just wanna say..Dont blame me if u're some kinda tuttt..

Via Nokia 3220 that cannot support gmail..

Read More...
gravatar

Blog pun ada sebatikal jugak

Aku dah tamat master...yeeaahhaaa...itu juga bermakna tiada lagi intenet 24 jam dan tiada lagi setiap hari adalah hujung minggu...

Tak sampai target 100 entri...blog ini pun tak sampai setahun...tapi oklah ada jugak orang nak ambil tahu...kalah blog pak menteri tau...hahahaha...

Entah bila aku dapat sambung menulis...aku pun tak pasti...entah hidup ke mati ke aku pun tak pasti...

Babai...

Read More...
gravatar

Aku Bergelar Sarjana

Walaupun senat belum meeting dan belum meluluskan nama aku secara rasminya sebagai calon untuk bergraduasi pada september ini...namun aku sudah pun buleh menarik nafas lega kerana dokumen-dokumen yang mengatakan aku telah tamat belajar sudah hampir siap...malah walaupun result akhir aku digantung kerana yuran berbaki 800++...aku tetap dapat tahu result aku...aku telah lulus sarjana dengan pointer yang "cukup makan" iaitu 3.28...sekaligus menghancurkan harapan untuk mendapat tajaan mudah untuk phd yang memerlukan pointer sekurang-kurang 3.50..

Dah dekat 8 tahun baru aku sedar bahawa pointer adalah penting dari tempoh masa yang dihabiskan untuk menghabiskan pengajian...ini bermakna...aku yang habis dalam 3 tahun ini lebih baik dari mereka yang habis dalam setahun jika pointer yang habis setahun itu lebih rendah dari aku...tidak guna habis cepat atau habis on time kerana akhirnya orang tanya pointer..bukan berapa lama mengaji...

Kerana itu aku menghadapi masalah nak cari kerja kerana pointer sarjanamuda yang macam hampeh itu...aku habis dalam 3 tahun..on time...tapi langsung tak ada kualiti...kalau aku tahu...sudah pasti aku akan extend pengajian dan bagi pointer itu lepas 3.00...satu semester sudah cukup...berbanding dengan seumur hidup terpaksa tanggung pointer yang 2.97 itu...yang mana akan direject awal-awal jika aku apply mana-mana ipta...Sarjanamuda aku gred C...sarjana gred B....aku adalah pelajar biasa...bukan cemerlang...pelajaran bukan segalanya...ada bende lain yang lebih penting iaitu pengalaman dan pengurusan emosi dan pembawaan diri...

Setakat jadi mesin fotokopi apa lah sangat...baca buku...hafal..time periksa..muntahkan balik...itulah mesin fotokopi namanya...kalau aku jadi majikan pun...aku lebih suke mesin fotokopi dari mesin yang menjawab...malangnya aku ini termasuk dalam kategori mesin yang menjawab...apa yang aku rasa tak sesuai...aku persoalkan...atau aku tinggal...aku tidak mahu dilayan macam robot yang tidak ada perasaan yang hanya menurut arahan tanpa pernah tanya dan persoal arahan yang diberi...terus berkhidmat dengan baik hingga rosak dan diganti baru..what a tragic life...

Cakap banyak pun tak guna pasal aku masih menganggur dan mengharapkan kerja makan gaji dalam sektor kerajaan...walaupun aku sebenarnya ingin mewujudkan peluang kerja...belajar tinggi-tinggi bukan untuk kerja makan gaji sampai bila-bila...aku bercita-cita mahu wujudkan peluang kerja...dalam sektor apa itu belum dapat dipastikan...rasanya nanti dah dapat kerusi empuk dan air cond...semua niat murni akan hilang...sekarang ni bulehla cakap itu ini...belum kena lagi penangan makan gaji dalam sektor kerajaan...yang mana aku lihat betapa ramai orang yang dulu bercita-cita tinggi telah mengkuburkan cita-cita mereka...yang dulu berani bersuara mulai senyap...yang dulu pengecut mula dabik dada...yang dulu lemah kini bongkak...semua itu kerana kerja makan gaji...kakitangan awam beb...bukan semua...tapi kebanyakan yang aku kenal...yang aku tak kenal aku tak ambil port...

Sekarang pukul 3 pagi...nanti pukul 10 pagi aku akan pergi kutip tesis aku yang harap-harap sudah siap dijilid...lepas itu kalau rajin aku nak pergi kepsi makan sampai kenyang...raikan kemenangan...walaupun 3 tahun buat master...macam buat phd je tempohnya...tapi aku gembira kerana dapat siap...berbanding mereka yang berhenti separuh jalan...ini membuktikan bahawa aku ini tidak lah malas sangat...mereka yang berhenti separuh jalan itu bukannya malas...tapi mereka dah nampak apa yang lebih penting...sarjana ini bukan ukuran kejayaan...ia cuma kelayakan dalam satu bidang sahaja...aku ulang...SATU BIDANG SAHAJA...dalam akademik ada berpuluh ribu bidang...barangkali berjuta...aku cuma layak dalam satu bidang saja...

Dulu kat henset nokia aku...nama profilenya adalah MA ELS...MA ELS merupakan target aku sejak aku semester satu BA ELS...sekarang aku dah capai target...tapi hati aku masih kosong...next target adalah PHD...bukan utk dapat kerja selesa...tapi kerana aku tak mahu otak aku berkarat...badan sihat otak cerdas...that is a serius BULLSHOOT for me...sekali lagi dijelaskan...kelayakan akademik bukan penentu kebahagian hidup...seperti juga duit yang banyak bukan penentu kebahagian hidup yang mutlak...tapi bagi kebanyakan orang memang begitu...

Rezeki boleh datang dan pergi...kalau dicari tak semestinya dapat...kalau tak cari pun tak semestinya tak dapat...tapi kalau ilmu...cari belum tentu dapat...tak cari confirm tak dapat...rezeki yang dicari belum tentu dapat...baru dapat gaji dah kena rompak...sedangkan yang duduk saja-saja pun ada yang belanja makan minum...pendek kata...rezeki tu memang dah ditetapkan...kalau dah takdir hak kita...tak payah cari pun akan dapat...dan kalau ditakdir bukan hak kita...cari macam mana pun tak akan dapat....

Tapi ilmu lain...makin dicari makin banyak...makin disebar makin banyak...cuma ia menurun bila tidak diamalkan...tapi tidaklah sampai lupa terus...jangan sesekali bercakap tentang ilmu dan duit dengan orang yang baru berkerjaya...kebanyakan orang yang aku jumpa....dah lama berkerjaya baru tahu dan akui bahawa ilmu lebih penting dari duit...dah tua baru terbuka hati nak mengaji semula...dan mereka ini memang bagus...mereka beri sokongan penuh pada aku agar aku cari ilmu...dan kata aku begitu bertuah kerana sedar awal-awal lagi...tidak seperti mereka...dah tua, beranak pinak baru terhegeh-hegeh nak sambung belajar...mereka belajar pun bukan untuk pangkat...tapi kepuasan diri...ilmu itu kepuasan yang tidak ada taranya...

Ilmu-ilmu jugak...duit kena cari jugak...nak bayar hutang...nak pergi mekah buat haji atau umrah...pastu baru nak kahwin kalau masih mampu...sekian...

Yang benar....
Scholars83

Read More...
gravatar

Bestnya Fesbuk Part 3

Oleh kerana ada permintaan yang hangat dari peminat...bagi aku sorang dua pun dah kira peminat...walaupun kawan sendiri...aku dengan ini akan meneruskan dengan sekuel ketiga bestnya fesbuk part 3...hello..fesbuk memang best ok..aku pun dua tahun lebih ketagih layout biru putih tu...yang sesetengah overthinking nobatkan sebagai cara nak buatkan orang islam selesa dengan kaler bendera zionis yang biru putih tu...ada kaitan ke...ada kot...

Kali ini tentang tabiat pengguna fesbuk dari kacamata(point of view) aku...btw...aku tak pakai kaca mata...

1. Fesbuk memang sangat bagus bagi mereka yang ingin menghabiskan masa berjam-jam tanpa berasa jemu...ini kerana selain dari main game...kita juga boleh berchatting dan bersembang...siapa hantu chatting memang paham chatting ni kalau 3 jam pun tak rasa apa...lebih-lebih lagi bila berchatting dengan orang berlainan jantina...apa barang lelaki macam aku chatting berjam-jam dengan member lelaki aku...eiii..geli lah...lainlah dengan perempuan..baru ada feeling..jual minyak..oleh itu..tahniah pada fesbuk kerana menjadi agen pengisi masa dengan mengadakan fungsi chatting...sekarang ini pun dah canggih..ada chatting berkumpulan lagi...so kalau nak bergosip kumpulan itu..tidak jadi masalah lagi...

2. Fesbuk juga amat sesuai bagi ibubapa yang tak ada masa nak jaga anak yang masih bersekolah...bagi saja laptop kat anak masing-masing...sorang satu laptop pun ok...dengan berukban sekali...pastu ajarlah anak-anak main fesbuk...aku jamin anak-anak mereka tidak akan berganjak dan tidak perlu risau anak-anak merayau dan tidak perlu risau berebut chanel tv dengan anak-anak...kerana fesbuk memang sesuai untuk kanak-kanak khususnya dengan bermacam jenis game yang ada kat dalam tu...jadi tahniah kepada fesbuk kerana berjaya mengurangkan masalah anak keluar bermain sampai lewat petang tak reti-reti nak balik dan anak-anak yang sibuk nak tengok kartun memanjang...

3. Fesbuk juga amat ideal bagi isteri-isteri yang kesunyian tetatkala menunggu suami pulang dari kerja atau suami sibuk outstesen beberapa hari...ini kerana isteri pasti akan berjumpa dengan geng-geng yang senasib dengan mereka kat fesbuk...dari situ boleh lah berkongsi-kongsi cerita, bersembang tentang menu masakan, tabiat suami, tabiat anak-anak..sambutan itu sambutan ini...maklumlah...sesama kaum sejenis..senasib pulak tu..pasti banyak benda yang boleh dikongsi...jadi para suami tak perlu risau isteri mereka bosan kerana dengan adanya fesbuk...masa yang berlalu tidak begitu terasa sangat berbanding zaman sebelum fesbuk dicipta..so tahniah lah fesbuk kerana menjadi tali penghubung sesama isteri-isteri yang bosan menunggu suami balik dari kerja atau suami outstesen...

4. Fesbuk juga amat sesuai bagi mereka yang ingin berkongsi lagu apa yang selalu didengar...tidak cukup post kat profile...dipostkan lagi kat group agar ahli-ahli group pun tahu dan sama-sama dengar dan bertukar-tukar pandangan...waa...ini dah kira bagus...lebih laju dari deejay radio...pasal nak tunggu deejay lambat...nasib baik dengan adanya pengguna fesbuk yang rajin post lagu terbaru atau lagu best (best ke?)...tak perlu lagi dengar radio atau masuk utube..kat fesbuk semua dah ada wa cakap lu...lagu siap dengan video klip versi karaoke lagi...jom sama-sama hayati...tahniah pada fesbuk kerana ada fungsi sharing lagu sekali...fesbuk pasti bosan kalau tak ada lagu..asyik komen-komen dan like-like mana best...selang seli dengan lagu baru lah best...betul tak?

5. Bagi blogger macam aku pulak...fesbuk memang sesuai sebagai agen promosi yang berkesan...nak harap google direct aku punya blog berapa lah sangat...nak harap backlinks lagi lah...sebulan sekali pun susah...jadi tekan aja share button kat blog tu...dah terpampang entri dan snippet kat situ...tapi fungsi ini tak berguna bagi mereka yang dah kena hide...mengabih beras je sharing kat profile...jadi tahniah pada fesbuk kerana fesbuk masih lagi rank no 1 sebagai website "wajib buka" kat dunia ni...jadi blogger boleh menumpang sekali...aku pun dah banyak kali tumpang populariti fesbuk untuk tingkatkan pembaca...

6. Fesbuk ini bagaikan rahmat bagi isteri yang suaminya king control dan jenis tak bagi isteri keluar bersosial...ini kerana melalui fesbuk..isteri tanpa segan silu boleh berhubung dengan teman-teman sosial termasuk lelaki yang bujang macam aku ni...kalau tanpa fesbuk..jangan harap dapat sembang dengan bini orang tanpa dapat renungan dan amaran keras dari suami mereka...bukan aku sorang je..ramai lelaki lain pun begitu...dengan adanya fesbuk...kami boleh bersembang dengan isteri orang tak kira masa...dan paling best..suami mereka pun tak jeles...secara tidak langsung...isteri-isteri dapat meluahkan masalah mereka yang kadang kala susah nak cakap depan suami yang tidak memahami...jadi sekali lagi aku ucapkan tahniah pada fesbuk...para perempuan tidak lagi berasa sunyi dan tertekan bila dilarang keluar bersosial...kat fesbuk ni dah ok...tak perlu mekap cantik-cantik pun...tak perlu tutup aurat pun...

7. Tidak dinafikan fesbuk memang platform terbaik bagi mereka yang tidak berkesempatan menjadi artis...dengan fesbuk..mereka berpeluang menjadi seperti artis dengan selalu mengupdate status dan apa yang sedang dilakukan...bajet popular kata orang tu...dulu masa fesbuk belum ada butang hide...memang merana kalau teradd orang macam tu..tapi sekarang tidak jadi masalah sangat...orang yang kerap update ni ibarat mencapub(mencari publisiti) dengan mudah...setiap satu jam update...mujurlah ada butang hide...aku pun dalam kategori kerap update juga..sampai aku tak akan add orang...kerana takut ganggu...well...tahniah pada fesbuk kerana membantu mereka yang tak dapat jadi artis tu menjadi popular...kerana satu dunia dapat baca update mereka...tak ke popular namanya tu...

Jangan jadi macam kartun kat bawah tu...ada 9 jenis semuanya.. itu baru satu...

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri