Bestnya Fesbuk Part 3
Oleh kerana ada permintaan yang hangat dari peminat...bagi aku sorang dua pun dah kira peminat...walaupun kawan sendiri...aku dengan ini akan meneruskan dengan sekuel ketiga bestnya fesbuk part 3...hello..fesbuk memang best ok..aku pun dua tahun lebih ketagih layout biru putih tu...yang sesetengah overthinking nobatkan sebagai cara nak buatkan orang islam selesa dengan kaler bendera zionis yang biru putih tu...ada kaitan ke...ada kot...
Kali ini tentang tabiat pengguna fesbuk dari kacamata(point of view) aku...btw...aku tak pakai kaca mata...
1. Fesbuk memang sangat bagus bagi mereka yang ingin menghabiskan masa berjam-jam tanpa berasa jemu...ini kerana selain dari main game...kita juga boleh berchatting dan bersembang...siapa hantu chatting memang paham chatting ni kalau 3 jam pun tak rasa apa...lebih-lebih lagi bila berchatting dengan orang berlainan jantina...apa barang lelaki macam aku chatting berjam-jam dengan member lelaki aku...eiii..geli lah...lainlah dengan perempuan..baru ada feeling..jual minyak..oleh itu..tahniah pada fesbuk kerana menjadi agen pengisi masa dengan mengadakan fungsi chatting...sekarang ini pun dah canggih..ada chatting berkumpulan lagi...so kalau nak bergosip kumpulan itu..tidak jadi masalah lagi...
2. Fesbuk juga amat sesuai bagi ibubapa yang tak ada masa nak jaga anak yang masih bersekolah...bagi saja laptop kat anak masing-masing...sorang satu laptop pun ok...dengan berukban sekali...pastu ajarlah anak-anak main fesbuk...aku jamin anak-anak mereka tidak akan berganjak dan tidak perlu risau anak-anak merayau dan tidak perlu risau berebut chanel tv dengan anak-anak...kerana fesbuk memang sesuai untuk kanak-kanak khususnya dengan bermacam jenis game yang ada kat dalam tu...jadi tahniah kepada fesbuk kerana berjaya mengurangkan masalah anak keluar bermain sampai lewat petang tak reti-reti nak balik dan anak-anak yang sibuk nak tengok kartun memanjang...
3. Fesbuk juga amat ideal bagi isteri-isteri yang kesunyian tetatkala menunggu suami pulang dari kerja atau suami sibuk outstesen beberapa hari...ini kerana isteri pasti akan berjumpa dengan geng-geng yang senasib dengan mereka kat fesbuk...dari situ boleh lah berkongsi-kongsi cerita, bersembang tentang menu masakan, tabiat suami, tabiat anak-anak..sambutan itu sambutan ini...maklumlah...sesama kaum sejenis..senasib pulak tu..pasti banyak benda yang boleh dikongsi...jadi para suami tak perlu risau isteri mereka bosan kerana dengan adanya fesbuk...masa yang berlalu tidak begitu terasa sangat berbanding zaman sebelum fesbuk dicipta..so tahniah lah fesbuk kerana menjadi tali penghubung sesama isteri-isteri yang bosan menunggu suami balik dari kerja atau suami outstesen...
4. Fesbuk juga amat sesuai bagi mereka yang ingin berkongsi lagu apa yang selalu didengar...tidak cukup post kat profile...dipostkan lagi kat group agar ahli-ahli group pun tahu dan sama-sama dengar dan bertukar-tukar pandangan...waa...ini dah kira bagus...lebih laju dari deejay radio...pasal nak tunggu deejay lambat...nasib baik dengan adanya pengguna fesbuk yang rajin post lagu terbaru atau lagu best (best ke?)...tak perlu lagi dengar radio atau masuk utube..kat fesbuk semua dah ada wa cakap lu...lagu siap dengan video klip versi karaoke lagi...jom sama-sama hayati...tahniah pada fesbuk kerana ada fungsi sharing lagu sekali...fesbuk pasti bosan kalau tak ada lagu..asyik komen-komen dan like-like mana best...selang seli dengan lagu baru lah best...betul tak?
5. Bagi blogger macam aku pulak...fesbuk memang sesuai sebagai agen promosi yang berkesan...nak harap google direct aku punya blog berapa lah sangat...nak harap backlinks lagi lah...sebulan sekali pun susah...jadi tekan aja share button kat blog tu...dah terpampang entri dan snippet kat situ...tapi fungsi ini tak berguna bagi mereka yang dah kena hide...mengabih beras je sharing kat profile...jadi tahniah pada fesbuk kerana fesbuk masih lagi rank no 1 sebagai website "wajib buka" kat dunia ni...jadi blogger boleh menumpang sekali...aku pun dah banyak kali tumpang populariti fesbuk untuk tingkatkan pembaca...
6. Fesbuk ini bagaikan rahmat bagi isteri yang suaminya king control dan jenis tak bagi isteri keluar bersosial...ini kerana melalui fesbuk..isteri tanpa segan silu boleh berhubung dengan teman-teman sosial termasuk lelaki yang bujang macam aku ni...kalau tanpa fesbuk..jangan harap dapat sembang dengan bini orang tanpa dapat renungan dan amaran keras dari suami mereka...bukan aku sorang je..ramai lelaki lain pun begitu...dengan adanya fesbuk...kami boleh bersembang dengan isteri orang tak kira masa...dan paling best..suami mereka pun tak jeles...secara tidak langsung...isteri-isteri dapat meluahkan masalah mereka yang kadang kala susah nak cakap depan suami yang tidak memahami...jadi sekali lagi aku ucapkan tahniah pada fesbuk...para perempuan tidak lagi berasa sunyi dan tertekan bila dilarang keluar bersosial...kat fesbuk ni dah ok...tak perlu mekap cantik-cantik pun...tak perlu tutup aurat pun...
7. Tidak dinafikan fesbuk memang platform terbaik bagi mereka yang tidak berkesempatan menjadi artis...dengan fesbuk..mereka berpeluang menjadi seperti artis dengan selalu mengupdate status dan apa yang sedang dilakukan...bajet popular kata orang tu...dulu masa fesbuk belum ada butang hide...memang merana kalau teradd orang macam tu..tapi sekarang tidak jadi masalah sangat...orang yang kerap update ni ibarat mencapub(mencari publisiti) dengan mudah...setiap satu jam update...mujurlah ada butang hide...aku pun dalam kategori kerap update juga..sampai aku tak akan add orang...kerana takut ganggu...well...tahniah pada fesbuk kerana membantu mereka yang tak dapat jadi artis tu menjadi popular...kerana satu dunia dapat baca update mereka...tak ke popular namanya tu...
Jangan jadi macam kartun kat bawah tu...ada 9 jenis semuanya.. itu baru satu...
Catat Ulasan