gravatar

Aku Bergelar Sarjana

Walaupun senat belum meeting dan belum meluluskan nama aku secara rasminya sebagai calon untuk bergraduasi pada september ini...namun aku sudah pun buleh menarik nafas lega kerana dokumen-dokumen yang mengatakan aku telah tamat belajar sudah hampir siap...malah walaupun result akhir aku digantung kerana yuran berbaki 800++...aku tetap dapat tahu result aku...aku telah lulus sarjana dengan pointer yang "cukup makan" iaitu 3.28...sekaligus menghancurkan harapan untuk mendapat tajaan mudah untuk phd yang memerlukan pointer sekurang-kurang 3.50..

Dah dekat 8 tahun baru aku sedar bahawa pointer adalah penting dari tempoh masa yang dihabiskan untuk menghabiskan pengajian...ini bermakna...aku yang habis dalam 3 tahun ini lebih baik dari mereka yang habis dalam setahun jika pointer yang habis setahun itu lebih rendah dari aku...tidak guna habis cepat atau habis on time kerana akhirnya orang tanya pointer..bukan berapa lama mengaji...

Kerana itu aku menghadapi masalah nak cari kerja kerana pointer sarjanamuda yang macam hampeh itu...aku habis dalam 3 tahun..on time...tapi langsung tak ada kualiti...kalau aku tahu...sudah pasti aku akan extend pengajian dan bagi pointer itu lepas 3.00...satu semester sudah cukup...berbanding dengan seumur hidup terpaksa tanggung pointer yang 2.97 itu...yang mana akan direject awal-awal jika aku apply mana-mana ipta...Sarjanamuda aku gred C...sarjana gred B....aku adalah pelajar biasa...bukan cemerlang...pelajaran bukan segalanya...ada bende lain yang lebih penting iaitu pengalaman dan pengurusan emosi dan pembawaan diri...

Setakat jadi mesin fotokopi apa lah sangat...baca buku...hafal..time periksa..muntahkan balik...itulah mesin fotokopi namanya...kalau aku jadi majikan pun...aku lebih suke mesin fotokopi dari mesin yang menjawab...malangnya aku ini termasuk dalam kategori mesin yang menjawab...apa yang aku rasa tak sesuai...aku persoalkan...atau aku tinggal...aku tidak mahu dilayan macam robot yang tidak ada perasaan yang hanya menurut arahan tanpa pernah tanya dan persoal arahan yang diberi...terus berkhidmat dengan baik hingga rosak dan diganti baru..what a tragic life...

Cakap banyak pun tak guna pasal aku masih menganggur dan mengharapkan kerja makan gaji dalam sektor kerajaan...walaupun aku sebenarnya ingin mewujudkan peluang kerja...belajar tinggi-tinggi bukan untuk kerja makan gaji sampai bila-bila...aku bercita-cita mahu wujudkan peluang kerja...dalam sektor apa itu belum dapat dipastikan...rasanya nanti dah dapat kerusi empuk dan air cond...semua niat murni akan hilang...sekarang ni bulehla cakap itu ini...belum kena lagi penangan makan gaji dalam sektor kerajaan...yang mana aku lihat betapa ramai orang yang dulu bercita-cita tinggi telah mengkuburkan cita-cita mereka...yang dulu berani bersuara mulai senyap...yang dulu pengecut mula dabik dada...yang dulu lemah kini bongkak...semua itu kerana kerja makan gaji...kakitangan awam beb...bukan semua...tapi kebanyakan yang aku kenal...yang aku tak kenal aku tak ambil port...

Sekarang pukul 3 pagi...nanti pukul 10 pagi aku akan pergi kutip tesis aku yang harap-harap sudah siap dijilid...lepas itu kalau rajin aku nak pergi kepsi makan sampai kenyang...raikan kemenangan...walaupun 3 tahun buat master...macam buat phd je tempohnya...tapi aku gembira kerana dapat siap...berbanding mereka yang berhenti separuh jalan...ini membuktikan bahawa aku ini tidak lah malas sangat...mereka yang berhenti separuh jalan itu bukannya malas...tapi mereka dah nampak apa yang lebih penting...sarjana ini bukan ukuran kejayaan...ia cuma kelayakan dalam satu bidang sahaja...aku ulang...SATU BIDANG SAHAJA...dalam akademik ada berpuluh ribu bidang...barangkali berjuta...aku cuma layak dalam satu bidang saja...

Dulu kat henset nokia aku...nama profilenya adalah MA ELS...MA ELS merupakan target aku sejak aku semester satu BA ELS...sekarang aku dah capai target...tapi hati aku masih kosong...next target adalah PHD...bukan utk dapat kerja selesa...tapi kerana aku tak mahu otak aku berkarat...badan sihat otak cerdas...that is a serius BULLSHOOT for me...sekali lagi dijelaskan...kelayakan akademik bukan penentu kebahagian hidup...seperti juga duit yang banyak bukan penentu kebahagian hidup yang mutlak...tapi bagi kebanyakan orang memang begitu...

Rezeki boleh datang dan pergi...kalau dicari tak semestinya dapat...kalau tak cari pun tak semestinya tak dapat...tapi kalau ilmu...cari belum tentu dapat...tak cari confirm tak dapat...rezeki yang dicari belum tentu dapat...baru dapat gaji dah kena rompak...sedangkan yang duduk saja-saja pun ada yang belanja makan minum...pendek kata...rezeki tu memang dah ditetapkan...kalau dah takdir hak kita...tak payah cari pun akan dapat...dan kalau ditakdir bukan hak kita...cari macam mana pun tak akan dapat....

Tapi ilmu lain...makin dicari makin banyak...makin disebar makin banyak...cuma ia menurun bila tidak diamalkan...tapi tidaklah sampai lupa terus...jangan sesekali bercakap tentang ilmu dan duit dengan orang yang baru berkerjaya...kebanyakan orang yang aku jumpa....dah lama berkerjaya baru tahu dan akui bahawa ilmu lebih penting dari duit...dah tua baru terbuka hati nak mengaji semula...dan mereka ini memang bagus...mereka beri sokongan penuh pada aku agar aku cari ilmu...dan kata aku begitu bertuah kerana sedar awal-awal lagi...tidak seperti mereka...dah tua, beranak pinak baru terhegeh-hegeh nak sambung belajar...mereka belajar pun bukan untuk pangkat...tapi kepuasan diri...ilmu itu kepuasan yang tidak ada taranya...

Ilmu-ilmu jugak...duit kena cari jugak...nak bayar hutang...nak pergi mekah buat haji atau umrah...pastu baru nak kahwin kalau masih mampu...sekian...

Yang benar....
Scholars83

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri