gravatar

A little Update

Well, kepada pembaca yang aku percaya ramai yang dah lari...mana tak lari kalau dulu hari-hari ada update tapi sekarang ni sebulan sekali pun susah...wahahahaha..

Nak cerita bahawa aku sekarang ini sedang menjalani latihan on-job training di salah satu pejabat kerajaan di tempat kelahiran aku...aku diberi masa selama 6 bulan untuk mendapat pengalaman dan lepas itu pandai-pandai lah aku untuk cari kerja lain...kerana kat sini aku tak akan diserap..hehehe..

Cuma nak kongsi bahawa kat sini memang banyak sekali label yang bertulis "HAK KERAJAAN"...siap ada logo jata negara or rimau tu...hampir semua bende kat sini ada label tu...

Bagus juga ada label tu..at least orang yang nampak tu ingat..ianya bukan milik mak bapak mereka tapi milik rakyat...hak kerajaan adalah hak rakyat semua lah tu kan? Rakyat lantik kerajaan untuk urus rakyat...kalau rakyat tak bagi kuasa...maka tak ada kerajaan..

Oleh kerana kat sini ada akta kerahsiaan...aku belum berani nak bagi tau terang-terangan aku ni kat jabatan mana...yang pasti ianya peringkat negeri...

Aku kat sini mostly jadi urusetia kursus, fotostat borang pendaftaran peserta, borang penilaian kursus, label event pada hari yang ada aktiviti...pastu tampal kat lobi dan kat bilik berkenaan...tidak lupa label makan untuk peserta dan urusetia kursus...bagi kursus yang dianjurkan oleh unit aku...maka aku sendiri akan siapkan senarai kehadiran, dan menyalin kembali maklumat dari borang pendaftaran untuk direkodkan bagi tujuan update data dan pengurniaan sijil...

Aku juga bertanggungjawab untuk mengupdate jumlah kursus, seminar, persidangan, lawatan penanda aras, bengkel dan taklimat untuk pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan kat sini...

Lepas tu kena wujudkan satu fail untuk menyimpan segala hard copy dan satu fail lagi bagi soft copy...format semuanya dah ada...template pun dah ada..aku cuma isi dan tukar tarikh dan perkara tertentu sahaja...

Terpaksa lah aku berpakaian mat pejabat ketika kat sini..lengkap dengan neck tie sume...mujur kat sini aku dapat bilik sendiri yang membolehkan aku buat kerja tanpa gangguan...cuma kadang-kadang ada call masuk..tapi itu bukan gangguan...tapi tugasan la tu...kalau tanpa kerja boring juga nak menghabiskan masa sampai pukul 5 petang tu...

Kena masuk kerja pukul 8 pagi...buleh keluar pada pukul 5 petang...aku pertama kalinya ada punch kad...mujur thumb print belum ada lagi...hehehe...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri