Dear blog...
Aku tidak boleh menjadi manusia yang tamak yang mahukan itu dan berkehendakan yg ini. Kalau aku luang masa untuk muhasabah diri, aku sentiasa bersyukur tentang apa yang telah aku kecapi selama ini. Nikmat yang kebanyakkannya tidak mampu dibeli contohnya nikmat kesihatan jasmani dan rohani
1. Dah hampir setahun habis belajar tp belum dapat kerja tetap lg.
2. Dah hampir dua bulan menganggur tp belum ada mana2 job offer lg.
3. Dah hampir mencecah usia 29 tahun tp belum dikira berjaya dalam hidup lg.
4. Dah hampir 5 tahun hidup single tp belum berhasil utk mencari pengganti lg.
5. Pun begitu, kesyukuran dipanjatkan kerana masih sihat walafiat.
6. Syukur kerana masih ada byk masa untuk menenangkan minda dan badan.
7. Syukur masih dapat menikmati kehidupan dengan aman dan selesa.
8. Syukur kerana masih ada saki baki kawan2 yg sejati di sisi.
9. Syukur kerana masih berpeluang menilai dan memperbaiki kelemahan diri.
10. Syukur kerana masih ramai yg simpati dan ambil peduli.
Sekian.
Catat Ulasan