gravatar

Ragam Pengguna Jalan Raya

Pagi tadi masa aku nak keluar rumah untuk ke pejabat yang hanya 5 minit perjalanan...hujan tiba-tiba turun...renyai-renyai sahaja...tapi bila aku dah berada di jalan raya...hujan makin lebat dan aku mula basah kuyup...dalam pada itu ada dua buah kereta proton kat depan tengah berbulan madu kat jalan raya...satu wira satu perdana(modified)...yang wira tu memang slow...hujan makin lebat...hampir seminit aku follow...aku sedar aku akan kebasahan teruk kalau sampai ofis...jadi aku pun nak memotong dua kereta tu...sedang aku dah tukar lane...si perdana modified tu pun tanpa bagi signal pun nak memotong...jalan memang lengang time tu...jalan kampung...nak dijadikan cerita...sama-sama nak memotong wira di depan tu...perdana tu pun sibuk nak potong...aku dah tak boleh nak slow, si perdana pun tak mahu laju...jadi aku macam terhimpit gitu...tiba-tiba si perdana hon aku bertubi-tubi macam polis pulak...aku jeling sekali dan terus memecut...sempat lagi aku jeling kereta itu nak cari sticker polis ke ape...tak ada pulak...dah jauh aku didepan..aku tengok dia masih lagi kat belakang wira...apa ke jadahnya tadi aku nak potong dia nak potong...last-last dia tak jadi potong...begitulah manusia...aku tak pasti dia hon aku kat belah kanan dia sedang memotong atau hon kat motor belah kiri dia yang tak ada niat memotong...tapi aku rasa dia hon aku...tapi tak mengapa...aku sampai tempat kerja dengan selamat dan basah 60%....kalau aku tak memotong tadi...pasti basah 100%...

Aku tak paham kenapa dia tak fikir dia tu kereta...orang dalam kena hujan tak basah...dia bawak slow tak mengapa lah...aku bukan kisah sampai lambat...aku cuma tak mahu basah kuyup je...mujur hujan kat sini..kalau hujan kat selangor...pasti dah demam aku ni...

Masuk tazkirah pagi pun ada sentuh pasal jalan raya dekat-dekat nak raya...hmm...apa-apa jelah...memang pengguna jalan raya kat pantai timur ni rata-rata samseng gitu...memang tak pikir kat orang...lantak dia lah...hari ini hari dia...mentang-mentang dia ada hon kuat...mujur aku tak ada heart attack...tak mengapa...tuhan maha adil...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri