Goodbye to u the patient of old me
Tajuk memang sadis sekarang ini kerana aku berada dalam yang amat teramat down sekarang ini...tidak ada apa yang akan menggembirakan aku dan buat aku tersenyum secara sukarela...sekarang ini aku dah jadi hipokrit...aku dah jadi plastik...semuanya tipu...
Aku memang rasa inilah masa paling baik untuk aku menyendiri...masa dah sampai untuk jadi contributing ape aka kera sumbang...aku hilang semangat untuk semuanya...sikit punya hal pun aku dah tak boleh nak kawal perasaan aku...jadi sebelum jadi perkara yang tidak diingini...lebih baik aku menyendiri...aku tak mahu menyinggung perasaan orang sekeliling dimasa aku hilang kawalan ni...aku betul-betul maksudkannya...sarang tebuan jangan dijolok...masalah aku dah cukup banyak hingga ia mampu buat aku hilang senyuman dan happy go lucky dan kesabaran aku...
Rasanya semua masalah ini berpunca dari duit...aku jadi malas kerana duit...aku jadi kurang sabar kerana duit...semuanya berpunca dari duit...aku harap aku sorang je dalam dunia yang ada masalah ini...tak boleh nak bayangkan kalau orang lain ditempat aku...dan aku tak mahu orang lain merasainya walaupun orang itu adalah orang yang paling aku benci...kerana berada ditempat aku ni pasti menyebabkan seseorang itu berubah sepenuhnya...
Aku pun dah berubah dengan ketara, aku cuma berlakon je depan orang...tapi dalam hati tuhan je yang tau...senyuman aku agak mahal sekarang ini...mungkin kerana lapar di bulan puasa...aku belum nampak lagi jalan penyelesaian ini...aku tak ada masa yang sesuai nak berfikir dengan semasaknya...aku cuma harap ia akan berakhir tak lama lagi...
Masalah ini pasti dapat diatasi dengan singkat jika aku mempunyai duit yang cukup...sekarang ini semua benda pakai duit...duit dalam jumlah yang banyak...apa yang buat aku tertekan adalah jumlah yang aku perlukan itu tidak lebih dari sebulan gaji pekerja biasa...tapi nak buat macam mana aku memang tidak mampu...aku kerja 5 bulan kat sini baru boleh dapat jumlah itu...
Mengeluh banyak pun tak guna...kerana duit tak cukup...banyak perancangan aku tak boleh dilaksanakan...aku tak mahu roh aku tergantung kerana tak bayar hutang...hutang aku dah cukup banyak...ibarat aku tak ada keluarga kat dunia ini...aku betul-betul cemburu dengan orang yang keluarganya sanggup bantu...aku tidak sebertuah itu...dari dulu lagi aku terpaksa cari sendiri dan hutang sendiri tanpa bantuan keluarga...kalau keluarga tolong pun...akibatnya amat sengsara bagi aku...belum apa-apa dah ungkit itu ini...inilah padahnya jadi anak yang ke 4...ada 3 orang abang atas daripada aku...
Daripada stpm hingga ijazah hingga master...aku tidak pernah mendapat restu keluarga...semuanya atas kedegilan aku...aku terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk itu....dah terpaksa berhutang sana sini kerana itu...hutang itu tidak banyak pun...sebulan gaji dah mampu langsaikan...tapi nak buat macam mana...aku terkandas kat sini..jadi kuli terhormat...kuli yang ada master...berkhidmat utk lepasan sijil, diploma dan ijazah..aku tak mahu pandang rendah kerana setiap orang ada kekurangan sendiri...tapi kalau dah jelas sangat tu...dan ianya tak ada kena mengena dengan akademik...tapi sikap...aku memang tak boleh nak toleransi...
Kuli terhormat...disanjung kerana prestasi...tapi bila masuk bab upah atau pulangan atas prestasi itu? tidak ada apa2...apa guna kehadiran penuh, punch kad xpernah merah, xpernah keluar minum pagi, xpernah keluar lunch kalau upah tetap sama dengan yang asik cuti, keluar minum lama, keluar lunch lama, datang lambat, suruh orang tolong punch untuk dia...
Itulah maksud aku jadi kuli terhormat...pujian tidak mampu nak bayar hutang2 aku...tak mampu nak isi perut aku...tak mampu belikan aku pakaian baru...
Catat Ulasan