gravatar

Macam Mana Lah Nak....

Macam mana lah nak pandai kalau:

Zaman dulu hanya 3 benda sahaja yang menjadi PENGACAU iaitu TV1, TV2, TV3 dengan masa siaran yang agak terhad. Tapi sekarang?Tidak terkira banyaknya PENGACAU atau PENGALIH TUMPUAN ni...dah ada astero yang boleh mencecah 100 lebih siaran dan 24 jam sehari.

Macam mana nak fokus kalau:

Zaman dulu paling hebat pun kena suruh pergi kedai atau pergi mengaji ketika nak buat kerja rumah atau tugasan sekolah. Tapi sekarang? Ada henset, sms, PS, nintendo, dan paling teruk sekali adalah internet yang ada fesbuk dan online game. Baru je nak start buat keje, ada sms masuk lah, ada orang ajak chatting lah, ada orang invite game lah...

Macam mana nak lah nak bersopan dengan orang lain kalau:

Zaman dulu kalau nak nak luah perasaan, kena cari orang yang betul2 kita percaya...Tapi sekarang? Ada banyak medium yang boleh jadi tempat orang luah rasa marah, benci, meluat, geram dan sebagainya...ada fesbuk, tuiter, belog, yang mana orang boleh tulis dan luahkan apa saja tanpa perlu risau lebih2 kerana orang sekarang pun kalau jumpa secara maya je..bukan jumpa betul2...komunikasi yang agak terhad ini menyebabkan jurang salah faham tu makin lama makin dekat...aku rasa lagi beberapa tahun...orang akan lebih cepat mendapat musuh dari mendapat kawan...kesan dari RASA TAKSUB pada diri sendiri...

Macam mana lah nak sihat kalau:

Dulu kalau orang nak habiskan masa petang, ada jugak kayuh basikal ke ronda2 kawasan rumah, pegi rumah kawan2, yang memerlukan kita bergerak dan bersenam...Tapi sekarang? duk mengadap komputer saja untuk main, bersosial dan habiskan masa. Tak perlu keluarkan peluh langsung.

Macam mana lah nak mata yang sihat kalau:

Dulu orang pakai spek mata sebab rabun kerana kerap sangat baca buku dengan pencahayaan yang kurang sempurna, Tapi Sekarang? Kecik lagi dah pakai spek, bukan pasal baca buku lebih, tapi selalu sangat mengadap komputer...kecik lagi dah silau mata, dah rabun malam...gara2 belajar depan komputer. Ditambah dengan saiz tv...dulu tv 21  inci tu dah kira besar...tapi sekarang orang dah tak pandang 21 inci...macam mana lah budak2 tak rabun cepat.

Macam mana lah nak elak gejala sosial kalau:

Dulu bukan main susah nak dapatkan benda2 berbaur lucah...paling senang pun gambar atau tape...itu pun budak2 susah nak dapat...Tapi sekarang?Budak seawal sekolah rendah dah biasa sangat dengan benda2 lucah, iklan2 lucah, vcd lucah, dvd lucah, klip video lucah, website lucah...itu pasal lah sampai kena buat sekolah pelajar mengandung, terbaru kes budak sekolah rendah yang buat aku tertanya2...kemana pergi akal mereka...budak sekarang otak pandai tapi akal xde...akhlak xde...agama lagilah...

hehehehe...wallpaper Fb la pulak...
saje je nk nyibuk kt cni....

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri