gravatar

Journey to the North

Perancangan saat akhir membawa aku ke utara semenanjung termasuk negeri yang belum pernah aku jejak iaitu Perlis.

Pendek kata, memang tidak aku sangka dan hampir tak percaya bila aku dijemput oleh member aku di kolej aku ni. Bila aku lihat kereta dia dari jauh, aku rasa macam tak percaya, sampai sudah aku rasa ini semua mimpi. Tak pernah terlintas pun journey to the north dalam masa terdekat ni.

Mula-mula perak, singgah ipoh, rumah member sorang lagi, tidur kat situ semalaman. Pastu pergi Uitm Perlis di Arau, pertama kali pergi perlis, lalu jalan kampung, pergh...diakui memang aku ada risau, rupa2nya ada je highway, tapi member aku tak berapa pasti. Sampai perlis terus pegi arau cari tiket bas. Laa...banyak giler bas pegi kajang, 4-5 trip sehari tu...hahahah...Arau kajang=47 ringgit, lebih kurang 8 jam perjalanan.

Dah selesai tiket, pergi kat satu sekolah kat perlis, jupa member kepada member, sekolah dia yang teruk dilanda banjir, air naik sampai pinggang katanya, memang boleh nampak kesan lumpur lagi. Lepas itu pergi Uitm Perlis, member aku ada interbiu kat situ, pukul 2.30...sempat aku sembang dengan ibubapa yang teman anak dia yg turut interview kat situ...dia mula2 sangka aku cina, aku dah agak kalau aku pegi utara, for sure aku dianggap cina..hahaha..mata kecik kulit cerah(kulit cerah pasal jarang kena cahaya matahari).

Lepas tu pergi UUM Sintok, lalu highway....waaa...straight je jalan...betul-betul tamat depan pintu gerbang UUM, masuk situ kejap, round2..pergi the Mall dalam tu...UKM ada pusanika, UUM ada the Mall...not bad lah keluasan situ...bangunan semua baru2...memang universiti yang cantik..cuma lokasi je agak tercorot..pekan paling dekat adalah pekan Changlun...sempat pergi jalan2 kejap kat pekan Changlun.

Destinasi berikutnya adalah Kuala Perlis, member aku beria2 ajak makan laksa kuala, so aku pun try lah..waa..not bad...tak macam laksa penang yang aku xberapa nak gemar tu...lepas makan, pergi rehat kejap dekat rumah kawan kepada kawan ipoh tu...adoi...kenapalah layanan orang utara memang terbaik?peramah la aku rasa, asyik senyum je...hehehe..

 Kawan perlis tu memang terbaiklah, banyak cakap, macam dah lama kenal, siap bawak jalan2 bandar perlis yang kalau malam memang superb...penuh dengan lampu2 neon...tak lupa juga sempat aku melihat Mini Putrajaya versi perlis yg dikelilingi bendang..kampus UniMap yang berterabur, dan kampus tetap UniMap yang sedang giat dibina...Perlis memang negeri kecil yang dikelilingi sawah padi...ramai orang2 memancing ikan dalam tali air...pencemaran kurang...Sempat pergi Jusco, pastu makan kat area stesen bas kangar...sebelum naik bas...

Aku dihantar 3 orang anak dara...sebelum naik, ada sorang mamat tu yang cuba nak bersosial dengan kami..cepat2 aku suruh 3 orang anak dara tu balik...xpayah tunggu aku..lagi pun karbon monoksida banyak...mamat tadi tu dah jeling semacam kat member aku...atas bawah atas bawah...cepat2 aku suruh 3 member tu balik...

Naik bas...selesa juga..etika@etiqa express..dalam bas..sempat melayan perasaan...hampir sebak kejap...tapi lelaki mana buleh nangis...hahaha...tidur sepanjang perjalanan..naik bas pukul 10 malam..sampai kajang betul2 subuh...azan berkumandang bila turun dari bas...

Kepada  member2 yang kat utara tu...jaga diri elok2 lah..tak tahu bila lagi boleh jumpa..doakan aku dapat kerja yang mantap secepat mungkin..aku belum puas round2 utara...huhuhu...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri