gravatar

Ini bukan diari romeo

Tajuk tak boleh blah betul. Sampai sekarang pun aku rasa ia bukan suatu yang bersifat kelakian bila lelaki menulis tentang hati dan perasaan. Bagi aku ia sesuatu yang amat kegadisan dan keperempuanan.

Penat buih mulut terangkan pasal hati dan perasaan lelaki pun, berapa ramai perempuan yang ambil port?

Better aku jadi diri aku, yang memang suka tengok perempuan cantik, yang mudah jatuh cinta sama perempuan, yang malu dengan perempuan, yang risau lebih-lebih tentang perempuan.

Aku tak ada kerja lain selain dari mengingatkan perempuan tentang bahaya lelaki, bahaya tipu daya dan alim kucing lelaki. Aku bukan belot pada jantina tapi aku cuma nak bagi peringatan, ramai perempuan yang tak tahu macam mana otak lelaki berfungsi, macam mana mata, dan lidah lelaki berfungsi.

Kalau mereka tahu, sudah pasti mereka tidak berani nak dekat dengan lelaki, melainkan suami sendiri.

Rasa nak share sesuatu tapi ia terlalu explicit atau terlalu merapu. Nak saja aku tunjuk bukti macam mana lelaki perdaya perempuan. Tapi hold dulu lah.

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri