gravatar

Drama Kejap

Di satu petang jumaat, lepas balik dari solat jumaat, takbir raya, pegi makan kat pizza member belanja. Singgah kejap kat pusat pengajian untuk bertanya tarikh viva(pembentangan tesis sarjana). Jam aku pukul 3.02 pm, pejabat buka pukul 3.00pm.

Terus masuk kerana aku otai kat situ, tak perlu nak tekan loceng ke apa dah. Nampak pak cik tu sedang mengadap komputer, sibuk kot.

Aku: (beri salam), selamat ari raya bang man.
Dia: Selamat hari raya, ooo (nama aku)
Aku: Nak tanya pasal tarikh viva.
Dia: Viva? dah hantar ke?
Aku: Dah hantar minggu lepas(actually dah 11 hari)
Dia: Bila masa..
Aku: Saya dah hantar, saya letak sini, time tu abang man cuti, ada abang lan kat situ, dia cakap nak bagitau abang man.
Dia: (sambil tengok balik beberapa draft yg dihantar) ooo yang ini ke?
Aku: Haa..yang ni.
Dia: Ooo...ala..ingat yang ni yang lama...
Aku: (Hairan kejap pasal yang lama tu dia sendiri pulangkan pada aku 4hb lepas.) Tak...ini yang baru..
Dia: Ooo..dah bagi supervisor?
Aku: Dah bagi dah..
Dia: Oo..jangan lupa tulis no telefon kat tesis tu..nanti saya inform...
Aku: ala..xde pen la pulak.
Dia: (sambil hulurkan pen).
Aku: Ok dah...
Dia: Kalau macam tu, awak tunggu lah dalam masa dua minggu, nnti sy contact awak..
Aku: ok..(tak dapat nak gambarkan camne emosi dan terus blah)

* dialog diubah ikut apa yang aku ingat.

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri