Temuduga kerja
Hari ini aku pergi temuduga kerja kali kedua dalam hidup. Jawatan pensyarah sambilan b inggeris...Temuduga ringkas ini cuma perlu menunggu giliran dipanggil mengadap panel, tiada esei dan temuduga kumpulan..
Tiba turn aku,aku menjadi jujur sejujurnya..Aku tak suka menipu..Kalau aku tak diterima..Memang bukan rezeki aku..Aku siap terangkan macam mana nak buat student luar bandar minat english..Menggunakan pengalaman peribadi sebagai contoh..Aku ditanya tentang tesis master aku,tentang pengalaman kerja aku,expectation aku dan akhir sekali pasal nama aku...
Dah agak nama aku akan ditanya kerana menyamai seseorang yang berpengaruh di sini..Aku menjawab jujur sejujurnya..Tiada ada perlu sembunyi..Lagipun aku cuma nak menilai sejauh mana pengajian peringkat master mematangkan aku..Mujur panel cuma dua orang saje..Mereka kelihatan tidak berminat dengan penerangan aku..Taktik kot..Yang pasti english mereka biasa saja..Tipikal orang pantai timur..Aku tidak yakin tapi aku ada sekelumit harapan
Catat Ulasan