gravatar

Mencari Salah Part 3

1. Orang kita ramai dah mula nak bela anjing, setelah tahu dalam mazhab maliki anjing itu tidak najis. Tapi tidak mahu tahu tentang hukum bela anjing untuk suka-suka.

2. Orang kita majoriti tidak ambil kisah sangat pasal apa yang menimpa kepada saudara sesama Islam dinegara lain. Hasil dari persempadanan yang diwujudkan oleh barat.

3. Adat disanjung hukum syarak dihina adalah lumrah. Jika ada cakap hukum syarak melarang, pasti dituduh ekstremis.

4. Bomoh adalah bahasa klasik, doktor adalah bahasa moden, tapi bomoh sering dikaitkan dengan syirik, tapi tidak ada persoal kandungan ubat doktor moden yang sesetengahnya haram.

5. Selayaknya orang yang tidak mahu ditegur dalam hal keagamaan, orang itu patut dah gali lubang kubur sendiri...dah tak perlu nak menyusahkan orang hidup menguruskan mayatnya...

6. Bapak lembu tidak kisah anak lembu bertelanjang keluar ke padang ragut, begitu juga bapak manusia yang tidak menegur anak perempuan dan isteri tidak menutup aurat. Golongan ini adalah termasuk dalam firman ALLAH S.W.T dalam Al Quran iaitu mereka ini lebih sesat dari binatang.

7. Lembu apabila diajak pergi ke majlis ilmu, tiada seekor pun akan pergi. Begitu juga manusia zaman ini yang selalu bagi macam-macam alasan agar tidak pergi ke majlis agama. Tidak ada beza antara manusia dengan lembu kan?

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri