Gila Bola
1. Sudah tidak kedengaran lagi kutukan dan kecaman terhadap kekejaman israel terhadap palestin.
2. Tidak kedengaran lagi boikot yahudi.
3. Profile pic kat facebook dah bertukar dari save gaza, kosong, boikot israel, save palestine menjadi jersi bola.
4. Kedai makan dikerumuni untuk menonton bola mengalahkan majlis ilmu kat masjid.
5. Mula nak pasang alarm agar bangun pukul 3.30 pagi dengan harapan dapat menonton bola, jika tidak terjaga, terasa kerugian yang amat, tapi subuh terlajak pasal tidak set alarm adalah lumrah.
6. Kalau time sahur memang tak akan bangkit untuk makan hatta minum seteguk air tapi demi bola, sanggup bersekang mata walaupun esok pagi masuk pejabat.
7. Demi semangat kesukanan dan tidak mahu ketinggalan, dan nak dijadikan modal sembang, orang yang seumur hidup tidak pernah main bola pun turut sama berjaga malam. Nanti sembang kat kedai makan, surau, masjid dan sebagainya.
8. Dunia hanya fokus pada piala dunia yang berlaku dua tahun sekali ini, dunia sudah tidak hirau lagi penindasan terhadap umat Islam yang berlaku di setiap benua dan di setiap masa dan ketika.
9. Kemana pergi semangat persaudaraan Islam, adakah ia sudah terarah kepada negara bukan islam yang kononnya hebat dipadang?
10. Andai kata israel sehebat brazil, sudah pasti israel pun akan menjadi pujaan umat islam atas nama semangat kesukanan.
11. israel adalah penaja pemain dan kelab, pemain bola pun ada yang berdarah yahudi dan penyokong kuat israel.
Catat Ulasan