Archives

gravatar

Nuffnang Income

Minggu 1= 1.00
Minggu 2=  4.450
Minggu 3= 14.25
Minggu 4= 24.00
Minggu 5= 49.00=2 blog
Minggu 6= 89.00=2 blog

Minggu 7=14.75=2 blog
Minggu 8=49.00=2 blog
Minggu 9=73.50=2 blog

Setakat ini aku dah request cek bernilai RM160.50

Terima kasih pada siapa saja yang bertungkus lumus dan bersengkang mata mengklik iklan-iklan dalam blog aku...aku amat menghargainya...

Read More...
gravatar

Framework

Beberapa hari ini otak aku tak boleh lari dari memikirkan framework hingga termimpi-mimpi. Kenapalah tesis akademik ini menyusahkan hidup aku. Padahal masa buat ijazah pertama, tidak pernah terpikir apa itu framework masa nak buat tesis.

Pada siapa yang luar sana yang nak buat master dalam sastera...sila buat kajian awal-awal bagi mengelakkan masalah kemudian hari.

Read More...
gravatar

I Cant Sleep

Difficulties in sleeping for me means that I have been thinking so much, that my brain were so active, resulting to difficulties in sleeping. Last few days I manage to change my sleeping routine to almost normal sleeping habits. One thing for sure, when I am very tense or very stressful, I will have the tendencies to sleep more than usual, maybe up to 8-9 hours perday.

When I set in my mind that I need to do some important works such as working on my master's thesis, I would end up being so sleepy although I have enough sleep for that day. This strange behavior is quite normal for a student like me.

Talking about my thesis, I'm still stuck at the theoretical framework, academic writing can be very extremely annoying sometimes but that is the only way to do it if you are in academic world. I would not let myself being attached or being bound by the academic style of writing for my entire life. I viewed academic as a very boring genre but it is very crucial to know it. It is like the necessary evil.

Enough with that, I end up my entry for today. In a few days, I will leave this campus for couple of weeks and so was my blogging and internet related activity.

Read More...
gravatar

Blog Income

Minggu 1= 1.00
Minggu 2=  4.450
Minggu 3= 14.25
Minggu 4= 24.00
Minggu 5= 49.00=2 blog
Minggu 6= 89.00=2 blog

Minggu 7=14.75=2 blog
Minggu 8=49.00=2 blog

Perlu kah aku tambah satu lagi blog?

Read More...
gravatar

Berkenaan 40

40 tahun kalau belum berubah lagi, maka payahla nak berubah.
40 kalau belum khusyuk lagi ketika solat, adalah benda yang tak kena.
40 barulah bermulanya kehidupan. Nabi dilantik menjadi Rasul.

40 hari tolak ibadat jika lintas orang solat.
40 tahun umat nabi Musa disesatkan digurun.
40 hari sembahyang berjemaah tanpa tinggal takbir pertama, terpelihara dari sifat munafik dan api neraka.

Read More...
gravatar

Semangat Yang Hilang

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang...

Ok blog ini bukan blog lirik lagu...btw lagu ini adalah lagu xpdc...semangat yang hilang...album kita peng yu(pang yau) bermakna kita kawan...

Aku cuma nak kata semangat aku untuk buat tesis dah hilang....pendrive yang tercicir pun dah kembali ketangan tapi semangat nak jeling even bukak files word itu pun tidak ada...cuma sempat copy folder je...lain kali hilang ke cicir ke aku dah backup awal-awal.

Adoi tesis sarjana...aku dah mengambil masa yang banyak untuk menghadapi mu...yuran sahaja dah melebihi 6 ribu...tapi engkau belum juga siap...huhuhu...sampai sekarang pun aku dah malas nak hadap mu...hahaha...

Read More...
gravatar

Gila Bola

1. Sudah tidak kedengaran lagi kutukan dan kecaman terhadap kekejaman israel terhadap palestin.

2. Tidak kedengaran lagi boikot yahudi.

3. Profile pic kat facebook dah bertukar dari save gaza, kosong, boikot israel, save palestine menjadi jersi bola.

4. Kedai makan dikerumuni untuk menonton bola mengalahkan majlis ilmu kat masjid.

5. Mula nak pasang alarm agar bangun pukul 3.30 pagi dengan harapan dapat menonton bola, jika tidak terjaga, terasa kerugian yang amat, tapi subuh terlajak pasal tidak set alarm adalah lumrah.

6. Kalau time sahur memang tak akan bangkit untuk makan hatta minum seteguk air tapi demi bola, sanggup bersekang mata walaupun esok pagi masuk pejabat.

7. Demi semangat kesukanan dan tidak mahu ketinggalan, dan nak dijadikan modal sembang, orang yang seumur hidup tidak pernah main bola pun turut sama berjaga malam. Nanti sembang kat kedai makan, surau, masjid dan sebagainya.

8. Dunia hanya fokus pada piala dunia yang berlaku dua tahun sekali ini, dunia sudah tidak hirau lagi penindasan terhadap umat Islam yang berlaku di setiap benua dan di setiap masa dan ketika.

9. Kemana pergi semangat persaudaraan Islam, adakah ia sudah terarah kepada negara bukan islam yang kononnya hebat dipadang?

10. Andai kata israel sehebat brazil, sudah pasti israel pun akan menjadi pujaan umat islam atas nama semangat kesukanan.

11. israel adalah penaja pemain dan kelab, pemain bola pun ada yang berdarah yahudi dan penyokong kuat israel.

Read More...
gravatar

12 Malam 12 Tengahari

Ini adalah waktu iklan nuffnang keluar...kalau tak sanggup tunggu 12 malam...boleh tunggu 12 tengahari...daripada bazir masa duk klik kuiz, game, dan aplikasi mengarut facebook tu..baik aku klik iklan yang bernilai 25 sen setiap satu tu...ada juga hasilnya...daripada duk menyemak page orang dengan aplikasi dan game mengarut...

Read More...
gravatar

Nuffnang Income

Minggu ni dapat 14 ringgit lebih...memandangkan internet yang slow...orang nak klik pun tak ada mood...harap minggu depan income dapat naik lagi...aku pun sepanjang minggu lepas serata semenanjung aku round...tak ada kesempatan nak klik iklan...hehe...

Read More...
gravatar

Kecuali Perlis

1. Semalam aku jejak kaki pertama kali kat Johor. Sebelum tu pertama sekali jejak Kelantan dan Kedah, dalam masa kurang seminggu.

2. Dalam masa kurang seminggu, semua negeri semenanjung aku dah lawati...kecuali Perlis. Penat tapi pengalaman menyeronokkan...

3. Terima kasih pada kengkawan yang sudi mengajak dan menumpangkan...

4. Travelling is fun, get lost is another story...

Read More...
gravatar

Roadtrip

Sudden wakeup call in the morning telling me to get ready asap..I thought it is tonight but tonight i've already here at kulim kedah..

Today marks the history of me taking a very long journey from east to north...Around 10 hours of trip from Terengganu accross kelantan to gerik to kulim..It was a tough journey for me...But i just sat at the back seat..Its the bride wannabe who passionately drove a convoy of 4 cars with 19 members...

We have been charge rm180 for a lunch...Quite costly regarding to the menu...There are so many unpredictable situations along the journey..

Tomorrow is the wedding ritual, after that i'm planning to head to kajang and hope to be at kajang at the morning for a journey to Batu Pahat Johor...Another wedding waits ahead..Hope I can make it...I love travelling to new places...Its a good feeling to proudly says "I've been there".

Update via nokia 3220...

Read More...
gravatar

Temuduga kerja

Hari ini aku pergi temuduga kerja kali kedua dalam hidup. Jawatan pensyarah sambilan b inggeris...Temuduga ringkas ini cuma perlu menunggu giliran dipanggil mengadap panel, tiada esei dan temuduga kumpulan..

Tiba turn aku,aku menjadi jujur sejujurnya..Aku tak suka menipu..Kalau aku tak diterima..Memang bukan rezeki aku..Aku siap terangkan macam mana nak buat student luar bandar minat english..Menggunakan pengalaman peribadi sebagai contoh..Aku ditanya tentang tesis master aku,tentang pengalaman kerja aku,expectation aku dan akhir sekali pasal nama aku...

Dah agak nama aku akan ditanya kerana menyamai seseorang yang berpengaruh di sini..Aku menjawab jujur sejujurnya..Tiada ada perlu sembunyi..Lagipun aku cuma nak menilai sejauh mana pengajian peringkat master mematangkan aku..Mujur panel cuma dua orang saje..Mereka kelihatan tidak berminat dengan penerangan aku..Taktik kot..Yang pasti english mereka biasa saja..Tipikal orang pantai timur..Aku tidak yakin tapi aku ada sekelumit harapan

Read More...
gravatar

Cash Out Nuffnang

1. Selepas 6 minggu penuh penantian.

Minggu 1= 1.00
Minggu 2=  4.450
Minggu 3= 14.25
Minggu 4= 24.00
Minggu 5= 49.00=2 blog
Minggu 6= 89.00=2 blog

2. Aku dah cashkankan earning dengan sekali klik...tapi ada masalah tentang nama kat chek tu...tak sama dengan nama kat ic...tidak ada "BIN"..what the....nnti bank reject tak pasal-pasal aku tak boleh nak cashkan...

3. Dah hantar aduan...satu aduan dia caj seringgit, kira ok lah tu kot.

4. Orang kat luar sana janganlah ragu-ragu nak join nuffnang ni...daripada duk main game online...baik klik iklan...

Read More...
gravatar

Keropok Lekor/Keping Marang

Aku anak jati marang terengganu...21 tahun aku menetap disana sepenuh masa...sekarang separuh masa...kerana sekarang duduk di bangi...nanti aku tamat belajar...nak cari kerja kat kampung halaman juga...

Well, Marang ni luas kawasannya...start dari sempadan marang dungun kat kuala abang hinggalah ke sempadan marang kuala terengganu kat chendering...tapi marang yang dirujuk orang adalah dari pantai kelulut hingga kampung rusila...marang yang betul-betul adalah bandar marang yang ada replika sotong dan udang, mulai dari jambatan marang(dari dungun) dan dari trafic light marang(dari kuala terengganu...itulah bandar marang...

Pada sesiapa yang pernah melalui kawasan marang, pasti tidak terlepas melihat betapa banyaknya gerai keropok dan hasil laut ditepi jalan...start dari pantai kelulut, rhu muda, seberang, marang, marang, paya, kijing, rhu rendang, rhu sila, rhu dua, rhu renggeh...aku sendiri pun tak pernah bilang ada berapa jumlahnya....tapi kalau 30 gerai tu lebih...Chalet dan rumah tumpangan pun banyak...kerana marang ni adalah kawasan yang berpantai...dan pulau kapas jelas kelihatan...kawasan pantai di pulau kapas pun jelas kelihatan jika cuaca baik...

Orang marang pasti tahu dimana nak dapatkan keropok keping dan keropok lekor yang sedap dan betul betul puas hati...bagi orang luar dari kawasan marang yang nak tahu...disini aku akan nyatakan namanya...Jika keropok lekor, nama syarikatnya adalah Keropok Lekor 008, ia terletak ditepi jalan di kawasan pantai semarak, kelulut, berhampiran rumah rehat semarak...dari jauh sudah kelihatan ramainya pelanggan...trademark kedai ini adalah bangunannya berwarna kuning...keropok lekor kat situ mmg unik...keropok lekor losong pun kalah kalau tanya pendapat aku...keropok lekor 008 ni amat lembut isi dalamnya...rasa ikan tu memang jelas...pelanggan boleh pilih nak makan kat situ atau tapau....Keropok Lekor Wakaf Kuning @ keropok lekor 008 ni baru saja melonjak naik namanya...resepi kelembutan isi dalamnya adalah rahsia, tiada orang dibenarkan masuk kedalam premis untuk melihat proses pembuatan...cuma dari jauh kita boleh lihat pekerja sedang menguli dan menggentel keropok lekor sebelum direbus dan digoreng...

Ok tamat bab keropok lekor, sekarang masuk bab keropok keping marang, yang paling terkenal dan tersohor adalah keropok lekor perusahaan keluarga dani...terkenal dan mampu buat sesiapa sahaja mandrem dengan kerangupan dan rasanya...yang ni memang aku boleh cerita panjang lebar kerana aku pernah bekerja dengan syarikat ini selama satu setengah tahun...bermula tahun 2003 hingga 2004 dan pertengahan tahun 2005...syarikat diasaskan pada tahun 1983...terkenal dengan jolokan keropok Haji Bakar, Dani merupakan anak kepada haji bakar. Perusahaan ini amat laris dan sentiasa mengejar permintaan pelanggan...jarang sekali dapat menyimpan stok dalam tempoh yang lama...musim cuti sekolah, pasti sekejap je habis licin stok yang berpuluh guni tu...

Kelebihan keropok keping keluarga dani terletak pada rasa dan saiznya yang mengembang 3x ganda apabila digoreng...amat rangup dan rasanya amat sedap...tapi tidak boleh dibiarkan terdedah lama selepas digoreng...nanti lemau atau masuk angin orang tempat aku cakap...keropok yang belum digoreng tu...setahun tahan...dan boleh dimakan begitu sahaja jika perut tahan...kerana keropok itu telahpun direbus, dihiris, dijemur, dan dipek kan...rahsia kesedapan keropok ini adalah kerana mereka hanya menggunakan satu jenis ikan sahaja...tidak dicampur dengan ikan lain...jika mereka guna ikan tambang, maka ikan tambang sahaja digunakan, jika ikan buru, ikan buru sahaja digunakan, jika ikan parang, maka ikan parang saja digunakan...tidak dicampur dengan ikan lain kerana ia menyebabkan keropok hancur dan patah ketika direbus...dan rasa juga akan kurang sedap jika dicampur...lagi satu...mereka tidak menggunakan mesin pengasing tulang sebaliknya menggunakan tenaga manusia....jadi air dalam isi ikan akan kekal berbanding jika menggunakan mesin, air dalam isi ikan akan turun kebawah mesin menyebabkan keropok menjadi tawar....

Mereka jarang sekali menggunakan penambah perisa, dan jika mereka guna, jumlahnya amat sedikit berikutan keadaan ikan yang telah lama disimpan atau ikan yang diperolehi telah lama disimpan dalam ais...jika ikan tersebut adalah segar, mereka hanya menggunakan sagu, garam dan tepung ubi sahaja...bau semerbak itu memang best...terutama selepas direbus...tapi ia bukan keropok lekor...jadi saiznya amat besar...sebatang keropok tu adalah lebih kurang 1 kilogram...lebih besar dari lengan aku...aku biasa menghasilkan dalam 250 batang sehari...

Keropok lekor keluarga dani pernah dipaparkan dalam tv1 program era bina...beberapa tahun lepas, pelakon ar badul pernah datang beberapa hari di kilang keropok tersebut yang letaknya cuma beberapa puluh meter dari rumah aku...satu lagi keunikan adalah keropok yang dihiris dengan mesin penghiris tu akan dijemur dibawah cahaya terik matahari selama lebih kurang 7-9 jam...lebih kurang 1.5 tan sehari...kerja mengangkat selepas dijemur paling aku tak suka kerana amat berat...satu hamparan jemuran boleh mencecah beratus kilogram...


Dijual dalam paket 100 gram, 500 gram, 1kg, 10kg...harga paling murah jika datang sendiri beli di kilang...5 ringgit=6 paket 100 gram, 10 ringgit=12 paker 100 gram, 20 ringgit=25 paket 100 gram... 1kg=RM 12 sahaja...sekarang ni mungkin dah naik harga...tapi 3 bulan lepas, itulah harga...masa aku mula2 kerja tahun 2003, 1 paket 120 gram, 1kg=RM 7, kemudian RM8, pastu RM 10, kerana harga ikan, sagu dan tepung ubi semakin meningkat. Sagu diperolehi dari johor, sagu sarawak kot....tepung ubi diimport dari thailand dan burma..itu yang jadi mahal...dulu ikan diperolehi dari kuantan, sekarang ni dari endau dan mersing...makin lama makin susah nak dapatkan ikan...nelayan terengganu dah ramai gulung tikar...

Lokasinya adalah di kampung seberang marang, jika nampak masjid seberang marang, kena masuk kiri(dari dungun) atau masuk kanan( dari kuala terengganu)...nak mudah, tanya orang kat situ mana keropok haji bakar atau keropok keluarga dani...kat pek tertera keropok cap ikan keluarga dani...nak beli...jangan beli sikit kerana ia tidak dijual di pasaraya....susah nak cari kat mana-mana kedai...pernah diberitahu bahawa keropok itu pernah dilihat di Mekah...selalu orang terengganu yang menetap diluar terengganu akan datang borong banyak...itulah punca cepat habis...aku pun tertekan dan iri hati melihat pelanggan tak pernah putus...pembuatannya memang memenatkan...tapi melihat ramai pelanggan datang...hilang rasa penat...time dapat gaji...pun hilang penat...

Akhir kata, andai mahukan keropok marang, ingat dua nama ini....untuk keropok lekor= KEROPOK LEKOR GERAI KUNING (nama panggilan setempat)@ KEROPOK LEKOR 008(nama rasmi)...untuk keropok keping= KEROPOK KEPING KELUARGA DANI, CAP IKAN(nama rasmi)@ KEROPOK HAJI BAKAR(nama panggilan setempat)...

Keropok lekor kalau kat terengganu namanya keropok gete atau keropok gonde...tapi sekarang ni semua dah panggil keropok lekor..cuma orang tua dia panggil gete atau gonde...sekian...selamat mencuba...

Read More...
gravatar

Menikmati Hidup Part 1

Mesin air tempat aku bengong sikit...dia tidak mahu terima duit kertas yang renyuk...puas cuba tapi dia reject...

Penyelesaian: Rendam duit itu dalam air...lepas itu kasi iron sama itu duit...dia akan jadi keras....lepas tu aku pergi cuba...3 keping aku iron...satu je dia terima balik...lagi dua tu memang dah teruk sangat kot...dah keras elok pun mesin tak mahu terima...duit tu boleh digunakan untuk beli air dengan orang...bayar tol...bagi derma dan sebagainya...nilainya tetap sama..cuma keadaannya tidak elok...

Read More...
gravatar

Putus Kasih

Siapa yang hidup kebanyakan mengalami putus kasih...putus cinta...putus hati..putus jari dan sebagainya...

1. Otak kita bukan komputer, jangan nak lupakan orang secara mengejut, kena slow-slow.

2. Jangan busykan diri dengan kerja, ia cuma berkesan untuk jangka pendek.

3. Jika boleh, jangan pendam seorang diri, dapatkan nasihat dari orang yang boleh dipercayai.

4. Mencintai tak semestinya memiliki, cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

5. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, kena sabar dengan ujian.

6. Jangan nak salahkan diri atas perkara yang lepas, fikir ke hadapan, pasti ada harapan.

7. Cinta pertama memang akan kekal sampai mati, itu hakikat, jadi kena terima walaupun cinta itu dah tidak wujud, jadikan ia kenangan terindah dalam hidup.

8.  Berikan peluang pada diri untuk membina cinta baru selepas gagal dalam cinta pertama. Kehidupan adalah singkat...

Read More...
gravatar

Mencari Salah Part 3

1. Orang kita ramai dah mula nak bela anjing, setelah tahu dalam mazhab maliki anjing itu tidak najis. Tapi tidak mahu tahu tentang hukum bela anjing untuk suka-suka.

2. Orang kita majoriti tidak ambil kisah sangat pasal apa yang menimpa kepada saudara sesama Islam dinegara lain. Hasil dari persempadanan yang diwujudkan oleh barat.

3. Adat disanjung hukum syarak dihina adalah lumrah. Jika ada cakap hukum syarak melarang, pasti dituduh ekstremis.

4. Bomoh adalah bahasa klasik, doktor adalah bahasa moden, tapi bomoh sering dikaitkan dengan syirik, tapi tidak ada persoal kandungan ubat doktor moden yang sesetengahnya haram.

5. Selayaknya orang yang tidak mahu ditegur dalam hal keagamaan, orang itu patut dah gali lubang kubur sendiri...dah tak perlu nak menyusahkan orang hidup menguruskan mayatnya...

6. Bapak lembu tidak kisah anak lembu bertelanjang keluar ke padang ragut, begitu juga bapak manusia yang tidak menegur anak perempuan dan isteri tidak menutup aurat. Golongan ini adalah termasuk dalam firman ALLAH S.W.T dalam Al Quran iaitu mereka ini lebih sesat dari binatang.

7. Lembu apabila diajak pergi ke majlis ilmu, tiada seekor pun akan pergi. Begitu juga manusia zaman ini yang selalu bagi macam-macam alasan agar tidak pergi ke majlis agama. Tidak ada beza antara manusia dengan lembu kan?

Read More...
gravatar

Google Is a Friend

Why am I bothering to make this entry....no other than to make google frequently crawl into my blog...

Naah...actually I have been using google as my homepage since the 1st day my pc have internet connection...back when it was 2007...May 2007...since that google have always been my 1st choice to search for anything...

I can search almost anything I want...the success rate would be 90% and above...with the right search key or keywood...I can easily get what I needed...since google bought youtube...my life have become easier...those who cant find videos in youtube...try the google video..the database are wider and you can even get the full movie...

Unlike yahoo search, google search based on the popularity...so the more popular the result the higher the ranking you get in google 1st page and 1st suggestion...my blog has some keywords that has become the 1st page 1st suggestion in google search...

Read More...
gravatar

Musim Kahwin

Berapa banyak jemputan kahwin aku dapat...melalui surat...melalui yahoo messenger, melalui facebook, melalui lisan...adalah dalam 5 jemputan...yang tak tahannya...pada 6hb Jun...06.06.10...ada 3 jemputan...dua kat kelantan, satu kat sepang...semata-mata nak raikan tarikh kalendar masihi...berebut nak buat tarikh yang unik kononnya itu...tapi tak salah..cuma orang kristian pasti bangga...hahahah...tengok tu org Islam sedang membesarkan tarikh kalendar masihi...(maybe itulah kata hati mereka)...apa pun...dah kahwin tu lepaslah satu masalah...yang jadi masalah dah tua masih belum kahwin...bukan tak ada nafsu...tapi tak ada duit...nak kahwin paling koman 10 ribu dalam tangan...

Read More...
gravatar

Lawak Dalam Kemarahan

Salah seorang pengomen dekat blog gosip menulis macam ni...

"Betul ke ni boleh kutuk-kutuk? unlimited eiy??
CELAKALAH SELURUH ISRAEL DAN SEKUTU-SEKUTUNYA!!
Aku bab kutuk,caci maki,keji-keji ni tak reti sangat..
Haa..kepada para bomoh,pawang,sape2 yang ada ilmu batin,ilmu jarak jauh,jomla bersama-sama kita menentang kezaliman Israil laknat ni!
Kita hantar gerombolan Toyol untuk mencuri duit diorang!
Kita kerahkan hantu-hantu untuk sampuk tentera Israil,biar diorang bunuh sesama sendiri!
Kita hantar saka-saka ganggu hidup diorang!"

Aku tolong letak saja.

Read More...
gravatar

Zaman Batu Lagi

Ipta aku kena catu lagi hari ini..Mula dengan tiada air dan sekarang ini tiada elektrik..Air secara otomatik akan tiada bila air tangki habis..Pam air tak berfungsi...Dahla duduk atas bukit...Semalam pukul 6 lebih baru ada elektrik..Hari ini tak tahulah pukul berapa..Tahun 2010 memang tahun bajet..Air dan api selalu tak ada..Sampai menteri kena datang..Budak semua kepanasan..Ada yang duduk dalam kereta nak aircond..Ada yang lepak kat luar..Aku tiada kenderaan sendiri..Nak dating tiada awek..Member semua sibuk..

Tertekan juga kalau tiap hari begini..Aku dahla guna desktop..Laptop tak mampu beli..Tengah syok depan pc tetiba semua padam..Mujur ada bateri..Boleh aku hidupkan kipas usb hadiah harijadi aku..Aku dah besarkan bilah kipas tu guna kotak detergen..Tahanla bateri itu untuk beberapa jam..Cuaca mendung je..Syukurlah..Pasti Ipta aku dapat jimatkan berpuluh ribu dah ni..Ratus ribu mungkin..Mujur malam ada karan..Kalau tidak..Aku balik kampung saje..Hehe..

.:Updated via nokia 3220:.

Read More...
gravatar

70 Ribu Malaikat

70 000 malaikat akan jaga dan doa pada orang yang menjaga orang yang sakit...

70 000 malaikat akan turun bersama orang yang menuntut ilmu...ilmu yang tidak haram lah...

Rahmat dari ALLAH...diutuskan malaikat yang begitu ramai...untuk doakan kedua golongan.

Read More...
gravatar

Belajarlah Bersabar

SABARLAH SABARIAH SABARUDIN TUKANG KASUT....

1. Hidup ini penuh dengan ujian...yang bertujuan untuk menguji iman dan meningkatkan martabat.

2. Sabarlah dengan ujian...setiap yang berlaku pasti ada hikmah...percayalah pasti ada hikmah.

3. Marah itu datang dari syaitan...manusia jadi gila jika marah...nak marah biarlah bertempat...

4. Marah kat israel memang patut...tapi bukankah dalam Quran dah terangkan macam mana israel.

5. Mintalah pertolongan ALLAH dengan sabar dan menunaikan solat.

6. Orang kata jika dahi luas...kuat penyabar.

7. Sabar adalah sifat terpuji...Panas baran sifat keji.

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri