Temuduga 10th: Harvard ke oxford ni???
Satu panggilan telefon dipetang hari dalam pukul 4.30 telah
diangkat dan di hujung talian ada suara wanita yang ingin bercakap dengan orang
yang bernama ___...ya tidak salah lagi betul lah nombor yang dihubunginya itu
dan akulah orang yang dimaksudkannya…nombor yang dipaparkan pada skrin kecil
telefon bimbit yang popular pada tahun 2003-2004 aku tu adalah nombor rumah
atau pejabat yang menunjukkan lokasinya di ibu kota negeri aku ni…
Setelah dipastikan bahawa akulah yang dimaksudkan, suara
tersebut menyatakan tujuan aku dipanggil adalah untuk mempelawa aku untuk
menghadiri satu sesi temuduga yang akan dijalankan dalam beberapa hari yang
akan mendatang…oleh kerana aku dah biasa dengan panggilan serupa ini…jadi aku
tidaklah kekok dan teruja sangat…cepat2 aku mencapai pen dan kertas untuk
mencatat tempat, jawatan, apa yang perlu bawa, pukul berapa dan sewaktu
dengannya…antara yang penting adalah aku dikehendaki bersedia kerana
kemungkinan ada mock teaching…
Oleh kerana ia merupakan panggilan dari kolej swasta…dan
jaraknya tidaklah jauh maka aku pun tidaklah risau sangat untuk
bersedia…sebelum ini pun aku pernah menghadapi temuduga pada jarak yang lebih
jauh dan tempoh masa yang lebih singkat dan merupakan universiti awam…aku tidak
memandang rendah pada kolej swasta…Cuma aku dah dapat membayangkan apa yang
akan berlaku..sebelum ni aku pernah menghadiri dua temuduga untuk jawatan yang
sama di kolej swasta…kalau nak dibandingkan…prosesnya tak begitu formal
berbanding universiti awam…
Sehari sebelum temuduga…aku pergi melayari internet utk
membuat sedikit penyelidikan tentang tempat yang aku bakal ditemuduga…yang
paling penting adalah lokasi yang tepat…tetapi malangnya aku tidak dapat
mencari peta yang tepat melalui gugel maps…tapi cukuplah aku mengetahui jalan
mana yang patut aku lalui…aku juga membuat kajian tentang kursus yang
ditawarkan…mujurlah tak ada yang program yang English major ditawarkan…kalau
tak…teruklah aku nanti…aku pun belum yakin sangat nak mengajar orang yang dah
sedia pandai…
Temuduga dijadualkan pada pukul 10 pagi…sebelum pukul 9 pagi
aku dah bertolak dari rumah…dengan gaya aku bawak motor yang dah hampir suku
abad tu…aku bawa dengan perlahan dan santai…tak perlu nak bawak laju sangat…aku
jangkakan dalam 30 minit dah sampai…bila dah sampai kat lokasi yang gugel maps
tunjukkan..aku belum dapat lihat sebarang petanda kolej tu…jadi aku pun tanya
seorang penunggang yang telah aku ekori sejak beberapa kilometer sebelum
ni…katanya tempat tu didepan lagi…setelah mendapat tahu lokasi yang sebenar…aku
pun teruskan perjalanan…tapi aku terpaksa tawaf tiga kali sebelum dapat
menentukan tempat yang sesuai untuk parking….dah selesai parking aku tengok
jam…dah pukul 9.41 pagi…aku pun jalan cepat2…tapi nak cerita betapa cekapnya sistem
butang lampu isyarat untuk pejalan kaki yang perlu aku gunakan utk melintas
dengan selamat dan mengikut peraturan…aku tak mahu orang lihat aku yang
berkemeja berkasut pejabat ni dilihat selamba badak melintas jalan…dekat dua
minit aku asyik menekan butang tu macam orang bodoh…
Akhirnya aku mengadu kat seorang pelintas yang mahu
melintas..aku tanya samaada butang tu berfungsi atau tak..dia kata
lambat…akhirnya aku pun ikut melintas macam dia…risau juga pasal banyak pekerja
bandaraya kat situ..malu saja klu kena tahan…selesai melintas…terus aku naik
tingkat satu bangunan kolej tu…dengan selamba aku beri salam dan tanya tentang
temuduga…kemudian nama aku ditanya dan diminta tunggu sebentar…aku pada masa
itu yang masih serabai rambut gara2 pakai helmet dan masih belum pakai tie
terus tanya mana toilet…terus aku pergi toilet utk sikat rambut dan pakai
tie…tapi bau rokok semerbak kat dalam toilet tu…dahla panas…selesai mengemaskan
diri aku pun pergi semula kat kaunter tadi…aku perasan aku sorang je yang nampak
nak ditemuduga…aku pun tanya berapa ramai yang datang…dia kata aku seorang saja
utk tesl…dua orang lagi utk grafik…tapi aku tak terkejut klu aku sorang
saja…tak bermakna aku akan terus terpilih…kalau tak buat apa nak temuduga…baik
panggil kerja terus…
Aku disuruh mengisi borang…baru aku perasan aku telah
tercicir segala alat tulis kat rumah…buat malu je…tapi kerani atau pegawai kat
kaunter tu bagi pen…aku pun isilah borang tu…pergh…sekali dengan menyalin
resume dan kena karang dua esei…tak lama lepas tu barulah muncul dua orang lagi
calon lecturer grafik…aku tengok borang mereka pun dalam English…aku mengambil
masa juga untuk lengkapkan borang berserta esei tu…mujurlah ada salinan resume
saki baki dari intebiu sebelum ni…dah selesai isi borang..aku ditanya samaada
aku bawa salinan sijil ke tak…aku yang memang malas nak fotostat cakap selamba
je..masa telefon hari tu suruh bawa yang asal sahaja…orang kat kaunter tu pun
cakap klu nak fotostat kat situ tak mengapa tapi kena bayarlah…atau aku boleh
fotostat sendiri kat bawah..pun kena bayar juga…aku pun serahkan beberapa sijil
dan pegawai tu pun pergilah fotostat untuk aku…beberapa ketika lepas tu…dia
datang semula dengan membawa berita kurang enak..mesin dan rosak dan hanya
beberapa je sempat difotostat..aku kena bayar 1.20 sen…aku pun terpaksa turun
kebawah utk fotostat sendiri yang selebihnya…tambah lagi seringgit…
Rupa2nya dalam aku fotostat tu sorang calon dah masuk untuk
ditemuduga…pertama kali aku tgk temuduga macam tu..Cuma sorang je yang jadi
penemuduga…aku pun boleh lihat kerana jaraknya hanya 3 meter dan bilik itu
terbuka…tapi memakan masa yang agak lama…bila calon pertama dan selesai..aku
masih menyusun semula sijil2 aku yang berterabur dalam clear holder aku…aku pun
cakap bagilah orang lain dulu…aku dah serik jadi orang terawal
ditemuduga…langsung xsempat nak prepare…tapi mujurlah kali ni aku orang yang
terakhir dari 3 orang…sempat juga aku bertanya pada calon pertama tadi…
Sampai giliran aku…macam biasa bagi salam dan masuk…dipelawa
duduk…tunjuk sijil asal…pastu bermula lah sesi soal jawab yang buatkan aku rasa
aku dilayan macam budak baru lepas spm yang jahil tak tahu apa…dalam resume aku
tertera minor in tesl..tapi kat transkrip dan skrol tak ada pun
tertera…teruklah aku kena jawab…oleh kerana aku awal2 lagi tak heran klu tak
dapat jawatan tu…tak heran disini bermaksud…aku akan cuba sedaya upaya…kalau
gagal pun aku tak akan kecewa…dah tak ada rezeki kat situ…mungkin ada yang
lebih baik menanti…jadi tak perlu nak merayu-rayu dan berpura-pura..aku pun terangkanlah
bahawa zaman aku memang dah tak tulis major dan minor kat skrol…aku letak minor
tesl tu pasal aku ambil 2 paper tesl dan fakta bahawa beberapa kursus lain yang
aku ambil adalah kursus yang sama diambil oleh pelajar tesl…Cuma namanya tak
sama…
Akan tetapi aku ditegur kerana letak minor kat situ…tapi aku
tetap dengan pendirian dan keras kepala juga..ini kerana aku bukan hanya
belajar linguistik semata2…tapi ada juga belajar tentang teaching dan pernah
buat lesson plan dan mock teaching…begitu juga ramai kawan2 yang jadi cikgu dan
lecturer walaupun bukan lulusan tesl…tambahan pula aku dah banyak kali
dipanggil temuduga..bermakna tidak ada masalah dengan kelayakan aku…tapi pada
sesi itu aku terasa macam budak yang baru grad yang tak tahu apa2…aku pun malas
nak lebih2 pasal mmg aku tak pernah mengajar…nak bertekak pun buat apa…Cuma aku
heran pasal budak yang dua orang tadi pun tak pernah belajar pasal lesson plan
dan mock teaching…pasal apa dengan aku ni berkira sangat…aku dah tawar hati…aku
dah rasa memang aku tak dialu2kan…
Walaubagaimanapun aku amat hargai kejujuran penemuduga aku
tu…terlalu jujur…tapi aku tidak datang untuk dimalukan…dah tahu pointer aku tak
tinggi…tak payahlah nak panggil temuduga…ini dah masuk temuduga baru nak ungkit
pointer tak tinggi…TAPI…dia tetap akan cuba dengan pihak atasan katanya…bila
masuk bab gaji pulak..aku letak gaji kasar 2500…dia macam tak setuju je…aku
cakaplah..itulah minimum…yang penting gaji bersih tidak kurang dari
2000..rupa2nya lepas tu baru aku tahu budak2 sebelum aku cakap kolej tu nak
offer 1800 sahaja…tapi aku tak menyesal pun letak harga tu…aku tahu cabaran
yang bakal menanti…dahlah sorang je lecturer English untuk satu kolej…kena ajar
budak2 yang bukan betul2 english major…mmg cabarannya agak besar..klu ikut hati
mahu aku letak 3000…
Nak kata demand pun demandla…aku masak sangat kaitan antara
English dengan budak2 pantai timur ni…selesai je situasi tegang dalam sesi
pertama tu…aku pun keluar dengan harapan yang makin menurun…temuduga sebelum ni
pun aku dapat pujian menggunung..tapi akhirnya gagal..inikan pula aku dikatakan
tak berapa sesuai dan kurang layak…walaupun tawar hati..tapi aku tetap terpacak
kat situ..untuk sesi berikutnya…mock teaching…aku dah prepare slide dan aku
gunakan slide yang sama masa aku temuduga kat usm tahun lepas…Cuma aku ubah
sikit2 je…sebelum ni aku dah guna whiteboard…belum habis lagi dah kena
stop…jadi kali ni mmg aku xnak guna whiteboard…
Sampai turn aku untuk mock teaching…Cuma ada dua orang saja
dalam tu…tak mengapalah…sekurang2nya orang kedua tu cantik…bila aku dah berjaya
start slideshow tu..mulalah aku bla bla bla pot pet pot pet…tapi aku perasan
hanya sorang je yang senyum2…yang temuduga aku tadi hanya diam membisu nampak
tak berminat…masa diberi hanya 5 minit..aku dah try buat lawak dan try guna
slang…tapi xtaulah ia menjadi atau tak…yang pasti pensyarah yang sorang lagi tu
macam happy je..cukuplah bagi aku..bila dah tamat…masa utk feedback…pergh3…aku
kena lagi…jujur sejujur-jujurnya penemuduga tu…Cuma dia tak cakap..awak balik
jelah…tapi aku amat hargai komen2 dia tu…dalam banyak2 temuduga..inilah kali
pertama aku dikomen sebegitu rupa…aku nak jawab dan mmg aku buleh jawab tapi
rasanya belum masa yang sesuai untuk aku buat begitu…bila dia tanya lecturer
sorang lagi ada apa2 nak komen…pensyarah tu kata tak ada apa…
Selesai debat aku dengan penemuduga tu..dia beri aku peluang
nak tanya soalan…aku dengan selamba tanpa segan silu bertanya..”dapat ke
tak”…dia kata sorry xboleh bagitau..kena berunding dengan pihak atasan dulu…aku
tanya “berapa percentage”…dia kata sorry tak boleh bagitau…oleh kerana aku
bukan lagi budak2…aku dah tahu trend orang asia…klu disuruh tunggu tu maka
jangan haraplah…tak macam orang barat..mereka cakap direct…Cuma dia ckap..klu
nak pergi temuduga lain tu bulehla…dari situ aku dah boleh nampak hasilnya
kan…sebelum tu aku tanya orang kat kaunter..kalau diterima..berapa lama akan
dipanggil…katanya dalam dua minggu…
Temuduga semalam betul2 buat aku rasa down dan pada masa
yang sama menguatkan lagi azam aku untuk terus mencuba…aku tahu betapa tenatnya
kemahiran bahasa inggeris terutamanya dari kalangan bangsa aku sendiri…usahkan
bahasa asing..bahasa ibunda pun susah nak dapat kredit…tapi apa yang aku dapat
simpulkan adalah..cara aku ditemuduga semalam ada ibarat aku ni bakal mengajar
anak2 orang putih yang dan memang tahu dan fasih berbahasa inggeris…pada
hakikatnya kita tahu kelayakan minimum untuk masuk kolej swasta…sedangkan
budak2 yang masuk ipta pun English tunggang langgang…walaupun pointer aku
rendah…tapi aku lulusan ipta…majoriti subjek dalam bahasa inggeris..aku tamat
pengajian dalam masa yang ditetapkan…kalaulah aku tahu betapa beza 0.03 tu
menjadi ukuran..sudah pasti aku mengikut jejak member2 untuk extend
pengajian…tapi nak buat macam mana…nasi dah jadi bubur…dah terlambat untuk
undur balik…
Temuduga semalam adalah kali ke 10 bagi aku…dan merupakan
kali ke 6 bagi jawatan pensyarah…relaksla…belum sampai 30 kali…tapi aku dah
bercita2 untuk buat memoir pasal temuduga2 aku…aku nak buat filem…filem
bersiri…jadi kalau ada penerbit filem atau pengarah filem yang baca entry ni…jangan segan silu nak
contact aku…aku sudi menyediakan skripnya…seantero dunia dah beralih pada filem
yang bercorak pendidikan…bila lagi negara kita nak beralih dari genre hantu dan
lawak dan samseng dan gangster dan cinta...daripada buat filem 3 dating…baik
buat 10 temuduga kan?
Catat Ulasan