gravatar

Entri bertangguh

Ini adalah merupakan saat ketika dimana ingin menulis sesuatu tapi sebaik sahaja bukak word processor ni…terus xda idea nak tulis pasal ape…ataupun saat dimana bila nak tengah ada idea nak tulis apa tapi time tu tengah buat bende yang lain yang lebih santai dari menulis seperti time menonton filem kat tv…so dari hari ke hari idea makin hilang dan mula lah malas nak menulis…

Sebelum aku menulis dengan lebih panjang…suka aku tekankan disini bahawa ini bukan entry yang terbaik…ini lebih kepada entri yang rojak dan campur aduk..ini kerana terlalu banyak yang aku nak tulis namun jari2ku ini tidaklah sepantas apa yang sedang berligar2 dalam otak…walaupun aku buleh berbangga dengan tahap aku menulis sekarang..aku tidak lagi perlu melihat keyboard pada setiap masa..aku pun menggunakan kedua2 belah tangan…namun aku tidak sepro mereka yang mengunakan 10 jari..namun tidaklah seteruk mereka yang hanya gunakan jari telunjuk belah kiri hanya untuk tekan A...ataupun yang hanya menggunakan jari telunjuk kiri dan kanan sahaja untuk menaip…kelihatan amat laju tapi bunyinya agak bising klu guna jari telunjuk sahaja untuk menaip…klu untuk mesin taip oklah kot…percaya atau tidak kemahiran menaip aku ni diperolehi secara amat tidak formal dan memakan masa bertahun2…kebanyakannya adalah menerusi chatting…yaa…aku memang hantu chatting dulu…nak2 pulak dengan jantina berlawanan…lagilah banyak je benda nak taip…

 Exam nak jadi PTD..

 Setelah hampir 5 tahun aku tidak dapat menghadirkan diri untuk ujian tu…baru2 ni pada 12hb mei aku akhirnya telah berjaya hadir dan menduduki exam tersebut dengan jayanya sampai habis…memang aku tidak mengharap sangat kerana umum tahu exam tu bukannya mudah…tapi entah dari mana datangnya sikap positif dalam diri aku yang buat aku teruskan juga untuk menduduki exam tu sampai habis…walaupun terpaksa menahan lapar dan dahaga sampai petang…mungkin dek kerana pernah menduduki ujian mtest pada tahun 2007 kot…ujian mtest tu oklah…aku berjaya lepas…tapi ujian ptd ni aku xberani berharap…nanti kecundangnya lebih…tapi dah alang2 memang betul2 free dan bosan duk umah menunggu anggur yang xdapat nak tuai..better aku pergi jelah exam tu..bukan kena bayar pun…

 Aku punyalah excited aritu…exam kul 9 pagi..sebelum kul 8 aku dah sampai…dpatlah aku merasa jejak kaki kat sekolah elit kat tganu ni…SS tu…tapi bila dah masuk dalam…hmm..infrastruktur mmg perlukan banyak penambahbaikan…tapi aku bukan nak komen sangat pasal keadaan sekolah tu…aku beruntung pasal sekolah tu tepi jalan besar…dan mmg sekolah tu orang kenal..klu sebelum2 ni tempatnya mmg aku pun xpenah lalu…aku antara yang paling awal sampai..siap pakai mcm nak pegi intebiu..skema giler..lepas tu baru aku perasan orang lain ada yang pakai tshirt je…tapi xpalah..masa mtest dulu aku pun pakai tie…rasa lebih yakin bila pakai tie jawab exam ni…orang nak kata poyo ke ape lantaklah…apa nak buat…aku baru kali pertama…

 Exam tu ada 5 bahagian..bahagian pertama tentang kenegaraan dan isu semasa…aku dah agak mesti lebih kurang soalan stpm je..walaupun dan 10 tahun aku ambil stpm..tapi berkat cikgu yang mengajo dan minat aku yang agak mendalam…aku berjaya jugakla jawab klu bab2 kenegaraan..pasal isu semasa pun aku hari2 tgk berita…xda hal sangat…Cuma bila ditanya part ekonomi mmg aku hentam sajalah…aku tgk berita atau baca paper..aku mmg skip part ekonomi dan sukan… Bahagian kedua pulak kemahiran menyelesaikan masalah…aku senyum sendiri bila baca soalan…dulu masa stpm pun ada soalan mcm tu..tapi oklah time tu buleh pakai mesin kira…tapi kali ni xleh guna…siyesla aku xcukup masa nak jawab…rasanya dekat separuh je aku dapat kira…tapi tulah..aku mmg xmahir lagi nak agak2 jawapan..soalan tu nampak mcm buleh dikira…klu pakai hentam rasa menyesal pulak..so aku pun kiralah..mmg sangat xcukup masa lah…pasal mmg calon yang mahir xpatut kira..tengok jawapan je dah tau…yeke?lantaklah yang pasti aku mmg xbuat yang terbaik untuk bahagian kedua tu…

 Bahagian ketiga adalah pemahaman esei…ada 4 esei..satu esei 5 soalan..dua esei bm dua esei bi…pasal aku rasa esei bi akan mengambil masa..jadi aku mulakan dengan jawab esei bi dulu…arahan dah bagitau jawapan mesti dalam lingkungan esei..bukan pada pengetahuan calon…mujurlah aku dapati soalan dan jawapan adalah agak direct dengan esei..Cuma satu dua je yang memerlukan kesimpulan dari esei..aku rasa part ni dibuat sebagai bonus kot…aku gunakan separuh je masa yang diperuntukkan untuk jawab sume soalan…apapun aku masih berjaga2 dengan bahagian 4 dan 5 yang bakal menyusul…

 Setelah berehat dalam 35 minit..tibalah masa untuk bahagian ke 5..time tu dah pukul 12.35 tengahari..untuk bahagian ni masa diperuntukkan satu jam..ada tiga soalan..jawab satu je..aku pun xmengambil masa yang lama utk decide yang mana patut aku pilih…oleh kerana kat paper tu tertulis sulit…aku rasa aku tidak patutlah bagitau soalan apa kan…yang pasti ianya adalah isu semasa…dan aku mmg tahu macam mana nak tulis apa..mujurlah aku masih dalam mood menulis…jadi tidak ada masalah bagi aku nak tulis berjela2…

Cuma aku agak terkilan pasal dalam sejam tu aku tulis xsampai 3 helai…aku Cuma berjaya tulis 4 muka surat saja..rasanya aku dah laju tulis..maklumlah aku xpayahla nak plan apa nak tulis…benda dah dalam kepala…tapi tulisan aku tidaklah secantik taip kat komputer…tapi aku dah cuba nak tulis dengan baik…walaupun aku mmg dah lama xtulis tangan…tamat masa 1 jam..aku pun stop menulis…genap2 4 muka surat…seterusnya rehat selama 1 jam…

 Bahagian terakhir bermula pada pukul 2.35 petang…aku cuma pergi surau je…solat zohor..solat hajat..baca yasin…doa2…pastu macam biasa ambil angin sambil menikmati bayu pantai kat tangga surau…lapar dan dahaga pun ada jugak tapi masa tu dah xlalu nak makan minum…Cuma fokus nak habiskan bahagian kelima iaitu esei bahasa inggeris…aku bukan risau apa..Cuma risau takut2 nanti terlalu banyak grammar error sampai content yang aku nak sampaikan tu xsampai maksud..klu tulis kat word buleh tahan lagi ada grammar and spelling checker...ini tulis tangan..jadi aku agak risau sikitlah..nak2 pulak aku ada master dalam bahasa inggeris…lagi kuat tekanannya...

 Dalam masa2 selang antara exam2 tu..aku sempatlah berbual2 dengan beberapa calon..ada yang graduan engineer utm …tapi masih belum dapat kerja kat tganu ni…oh my god..sampai macam tu sekali..masa aku belajar dulu ada jugak budak2 kejut yang bukan asal tganu dapat kerja kat tganu…rata2 aku dengan depa pun dah mmg paham sangat dah situasi kat sini…nak keje kat tganu??? Hmmm…kami masing2 mengeluh panjang…kerana mmg susah nak tembusi pasaran tenaga kerja kat tganu ni…aku tanya depa xminat jadi lecturer ke..depa kata xminat…aku pulak mengeluh..hmm…yelah aku paham…berapa sangatlah gaji lecturer tu…xberapa nak padan dengan bidang depa tu..tapi aku pun heran jugak depa ni nak jadi pegawai…sebelum ni aku selalu buat teori yang orang2 sains ni biasanya bukan ketua yang baik..mereka ni penurut arahan yang baik…mereka ni kurang peka dengan ilmu sosial…hidup mereka lebih banyak teori je kan…tapi nampaknya lepas ni aku kena buat kajian lebih mendalam lagilah…

 Tepat pukul 2.35 mengikut jam besar kat dewan besar SS tu…aku pun mula menulis esei bi…yang sebenarnya aku pun teruja nak tengok macam mana budak2 tganu jawab esei bi…pasal ikut pengalaman aku kat sekolah dulu..mmg pelajar tganu lemah bab tu…jadi hari tu pun situasinya mungkin lebih kurang je…klu masa esei bm…xda calon yang keluar awal…tapi untuk esei bi…dalam 30 minit tu dah hampir separuh keluar dewan…mula2 dalam belas2 minit tu ada sorang budak lelaki keluar..bila dia keluar saja…dalam belas2 orang ikut dia dalam masa dua minit…aku pun tergamam jugalah…aku xpikir mereka ni dapat tulis panjang2 dalam masa 30 minit tu…ini kerana aku Cuma dapat tulis dalam 3 muka surat je dalam masa sejam…berbanding 4 muka surat masa esei bm…xkanlah budak2 lain terer dari aku…30 minit dah jawab panjang lebar…tapi kat situ ada tulis..tiada had bagi jumlah perkataan..tiada had panjang dan tiada had minima…aku pun masa menulis tu ada jugakla beberapa spelling error dan aku banyak jugalah potong macam ni kan…walaupun idea xputus2 tapi dalam masa 1 jam tu..dalam 3 pages je aku mampu tulis…aku tulis sampai betul2 tamat 1 jam…time tu dewan yang sebelum tu dalam 100 orang dah tinggal dalam belas2 orang je…time tu aku bersyukurlah yang aku ni diberi kelebihan dalam bahasa asing ni…walaupun aku xdapat buat yang terbaik masa kira2 sebelum tu..aku harap skill bahasa inggeris aku dapatlah membantu…

 P/s: Exam dah lepas..kena tunggu dalam 5 minggu nak tahu result…pastu ada lagi 3 proses..harap2 aku dapat lulus kesemua proses tu dengan jayanya…harap2 adalah rezeki…dpatlah aku kawin kan…tapi sume tu ketentuan Yang Maha Esa…tapi aku tetap tanamkan dalam hati bahawa apa sekalipun yang aku bakal alami dan hadapi di masa akan datang…itu adalah yang terbaik bagi aku…walaupun ianya berupa kegagalan dimata orang lain…namun aku percaya Allah telah tetapkan yang terbaik bagi aku…Cuma aku perlu mencari hikmah disebalik semua itu…

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri