Archives

gravatar

Slide Viva Sarjana@Master Aku


Berikut adalah merupakan slideshow bagi presentation tesis sarjana aku...my master's thesis presentation...my viva slide..tujuan aku upload sini bukan nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi..kalau tak nampak..pandai-pandailah klik gambar untuk besarkan...










Read More...
gravatar

Ragam Pengguna Jalan Raya

Pagi tadi masa aku nak keluar rumah untuk ke pejabat yang hanya 5 minit perjalanan...hujan tiba-tiba turun...renyai-renyai sahaja...tapi bila aku dah berada di jalan raya...hujan makin lebat dan aku mula basah kuyup...dalam pada itu ada dua buah kereta proton kat depan tengah berbulan madu kat jalan raya...satu wira satu perdana(modified)...yang wira tu memang slow...hujan makin lebat...hampir seminit aku follow...aku sedar aku akan kebasahan teruk kalau sampai ofis...jadi aku pun nak memotong dua kereta tu...sedang aku dah tukar lane...si perdana modified tu pun tanpa bagi signal pun nak memotong...jalan memang lengang time tu...jalan kampung...nak dijadikan cerita...sama-sama nak memotong wira di depan tu...perdana tu pun sibuk nak potong...aku dah tak boleh nak slow, si perdana pun tak mahu laju...jadi aku macam terhimpit gitu...tiba-tiba si perdana hon aku bertubi-tubi macam polis pulak...aku jeling sekali dan terus memecut...sempat lagi aku jeling kereta itu nak cari sticker polis ke ape...tak ada pulak...dah jauh aku didepan..aku tengok dia masih lagi kat belakang wira...apa ke jadahnya tadi aku nak potong dia nak potong...last-last dia tak jadi potong...begitulah manusia...aku tak pasti dia hon aku kat belah kanan dia sedang memotong atau hon kat motor belah kiri dia yang tak ada niat memotong...tapi aku rasa dia hon aku...tapi tak mengapa...aku sampai tempat kerja dengan selamat dan basah 60%....kalau aku tak memotong tadi...pasti basah 100%...

Aku tak paham kenapa dia tak fikir dia tu kereta...orang dalam kena hujan tak basah...dia bawak slow tak mengapa lah...aku bukan kisah sampai lambat...aku cuma tak mahu basah kuyup je...mujur hujan kat sini..kalau hujan kat selangor...pasti dah demam aku ni...

Masuk tazkirah pagi pun ada sentuh pasal jalan raya dekat-dekat nak raya...hmm...apa-apa jelah...memang pengguna jalan raya kat pantai timur ni rata-rata samseng gitu...memang tak pikir kat orang...lantak dia lah...hari ini hari dia...mentang-mentang dia ada hon kuat...mujur aku tak ada heart attack...tak mengapa...tuhan maha adil...

Read More...
gravatar

Goodbye to u the patient of old me

Tajuk memang sadis sekarang ini kerana aku berada dalam yang amat teramat down sekarang ini...tidak ada apa yang akan menggembirakan aku dan buat aku tersenyum secara sukarela...sekarang ini aku dah jadi hipokrit...aku dah jadi plastik...semuanya tipu...

Aku memang rasa inilah masa paling baik untuk aku menyendiri...masa dah sampai untuk jadi contributing ape aka kera sumbang...aku hilang semangat untuk semuanya...sikit punya hal pun aku dah tak boleh nak kawal perasaan aku...jadi sebelum jadi perkara yang tidak diingini...lebih baik aku menyendiri...aku tak mahu menyinggung perasaan orang sekeliling dimasa aku hilang kawalan ni...aku betul-betul maksudkannya...sarang tebuan jangan dijolok...masalah aku dah cukup banyak hingga ia mampu buat aku hilang senyuman dan happy go lucky dan kesabaran aku...

Rasanya semua masalah ini berpunca dari duit...aku jadi malas kerana duit...aku jadi kurang sabar kerana duit...semuanya berpunca dari duit...aku harap aku sorang je dalam dunia yang ada masalah ini...tak boleh nak bayangkan kalau orang lain ditempat aku...dan aku tak mahu orang lain merasainya walaupun orang itu adalah orang yang paling aku benci...kerana berada ditempat aku ni pasti menyebabkan seseorang itu berubah sepenuhnya...

Aku pun dah berubah dengan ketara, aku cuma berlakon je depan orang...tapi dalam hati tuhan je yang tau...senyuman aku agak mahal sekarang ini...mungkin kerana lapar di bulan puasa...aku belum nampak lagi jalan penyelesaian ini...aku tak ada masa yang sesuai nak berfikir dengan semasaknya...aku cuma harap ia akan berakhir tak lama lagi...

Masalah ini pasti dapat diatasi dengan singkat jika aku mempunyai duit yang cukup...sekarang ini semua benda pakai duit...duit dalam jumlah yang banyak...apa yang buat aku tertekan adalah jumlah yang aku perlukan itu tidak lebih dari sebulan gaji pekerja biasa...tapi nak buat macam mana aku memang tidak mampu...aku kerja 5 bulan kat sini baru boleh dapat jumlah itu...

Mengeluh banyak pun tak guna...kerana duit tak cukup...banyak perancangan aku tak boleh dilaksanakan...aku tak mahu roh aku tergantung kerana tak bayar hutang...hutang aku dah cukup banyak...ibarat aku tak ada keluarga kat dunia ini...aku betul-betul cemburu dengan orang yang keluarganya sanggup bantu...aku tidak sebertuah itu...dari dulu lagi aku terpaksa cari sendiri dan hutang sendiri tanpa bantuan keluarga...kalau keluarga tolong pun...akibatnya amat sengsara bagi aku...belum apa-apa dah ungkit itu ini...inilah padahnya jadi anak yang ke 4...ada 3 orang abang atas daripada aku...

Daripada stpm hingga ijazah hingga master...aku tidak pernah mendapat restu keluarga...semuanya atas kedegilan aku...aku terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk itu....dah terpaksa berhutang sana sini kerana itu...hutang itu tidak banyak pun...sebulan gaji dah mampu langsaikan...tapi nak buat macam mana...aku terkandas kat sini..jadi kuli terhormat...kuli yang ada master...berkhidmat utk lepasan sijil, diploma dan ijazah..aku tak mahu pandang rendah kerana setiap orang ada kekurangan sendiri...tapi kalau dah jelas sangat tu...dan ianya tak ada kena mengena dengan akademik...tapi sikap...aku memang tak boleh nak toleransi...

Kuli terhormat...disanjung kerana prestasi...tapi bila masuk bab upah atau pulangan atas prestasi itu? tidak ada apa2...apa guna kehadiran penuh, punch kad xpernah merah, xpernah keluar minum pagi, xpernah keluar lunch kalau upah tetap sama dengan yang asik cuti, keluar minum lama, keluar lunch lama, datang lambat, suruh orang tolong punch untuk dia...

Itulah maksud aku jadi kuli terhormat...pujian tidak mampu nak bayar hutang2 aku...tak mampu nak isi perut aku...tak mampu belikan aku pakaian baru...

Read More...
gravatar

The why of the it happen to me...

gugel jangan harap nak dapat no hanset aku...

Dah lama tak lepaskan geram kat sini...sekarang ini masanya sudah sampai untuk aku lepaskan geram...geram pasal aku kena tindas...aku dizalimi...

Memang betul aku orang bawahan, tapi adakah aku ini tidak punya hati dan perasaan? adakah aku ini tidak perlu makan minum tidur dan rehat? adakah aku tidak berhak marah ketawa sedih geram bengang?

Aku ingatkan nasib semakin lama semakin ok...tapi rupanya semakin lama semakin teruk kena...aku tak kisah kerja 24 jam sehari kalau pulangannya kena dengan kerja 24 sehari...ini tidak, aku dikehendaki kerja macam orang lain tapi pulangannya adalah amat rendah sekali...aku pun punya hati dan perasaan...aku pernah dibayar 1600 sebulan tapi kerjanya adalah 1/5 sahaja daripada kerja sekarang ini...

Well, kalau ikut kertas, aku bukan pekerja pun...aku cuma membantu...tapi realitinya...aku ini pelaksana..bukan lagi pembantu...aku menjalankan kerja ketua jabatan, ketua unit dan pegawai...tapi tidak ada sebarang pertambahan elaun...cuma pertambahan penat dan stress...

Aku xmenyangka sume ini berlaku pada aku...tapi aku percaya ada hikmah disebalik sume ini dan hikmah itu pastinya menjadikan aku orang yang lebih berkebolehan di masa akan datang...

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri