Renungan Pedas
1. Engkau memang hebat betul atas dunia ni, macam tidak ada apa dapat menghalang, tapi sayang dari segi keagamaan, engkau memang sorry to say, harap dapat taubat nasuha sebelum mati.
2. Adakah engkau tahu bahawa taubat yang sebenar adalah berhenti dari melakukan dosa, bukannya istighfar dan solat sunat taubat semata-mata.
3. Engkau memang otak geliga, tapi sayang otak geliga engkau itu tidak mampu menilai mana satu yang bijaksini atau bijaksana, bijaksini=bijak dunia, bijaksana=bijak dunia akhirat.
4. Tahukah engkau bahawa tindakan engkau menyeru orang melalukan kezaliman walaupun hanya sekadar gurauan, engkau tetap akan dapat share jika orang itu berbuat kezaliman.
5. Engkau tahu tak adalah lebih mudah mengajak orang berbuat maksiat dari mengajak orang berbuat kebaikan?
6. Engkau pun dah tentu sedar bahawa dunia ini adalah neraka dan penjara bagi orang-orang beriman.
7. Jadi kalau engkau rasa hidup engkau atas dunia ini macam berada kat dalam syurga, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri engkau.
8. Kat syurga tidak ada lagi sebarang ibadat, tidak ada lagi sebarang sekatan, tidak ada lagi kekangan, tidak ada lagi penderitaan, yang ada cuma kebahagiaan hasil dari amalan kat atas dunia yang ibarat penjara itu.
9. Justeru engkau jangan jadi bodoh dan jangan serlahkan kebodohan engkau itu kat atas dunia ini dengan mengikut telunjuk orang-orang kafir yang mana dunia ini merupakan syurga bagi mereka, tidak ada halangan bagi mereka kat dunia ini untuk berbuat apa sahaja.
10. Engkau renunglah kata-kata pedas ini kerana kata-kata ini tidak dapat menandingi penderitaan sakaratul maut, fitnah kubur dan seksa akhirat.
11. Selagi nyawa belum dihujung halkum, selagi matahari belum terbit dari barat, masih ada ruang untuk engkau bertaubat.
Catat Ulasan