gravatar

Pernah Ke Terfikir?

1. Kenapa kat restoran mamak(india muslim) tak ada jual kari lembu? yang ada cuma kari kambing? adakah mereka ini masih anggap lembu tu binatang suci?

2. Hero orang kafir adalah spiderman(orang labah-labah), labah-labah adalah antara haiwan yang menolong nabi ketika hijrah, tapi hero kita orang Islam adalah cicakman(orang cicak), umum tahu cicak adalah binatang yang berbunyi bising ketika nabi bersembunyi di dalam gua dan cicak juga meniup agar api membakar nabi Ibrahim. Entah apa agenda buat cicakman, macam dah tak ada binatang lain ke?

3. Tiap kali raya je mesti ramai orang mati kat jalan raya, aku cadangkan tak payah buat cuti panjang-panjang time raya, dapat kurangkan kematian ketika raya. Daripada sibuk nak beraya jadi sibuk nak uruskan kematian pulak.

4. Sekarang ramai dah mula sedar bahawa pangkat "Datuk" pun boleh dibeli...ingatkan pangkat "Dr" je...dulu kecoh isu "lesen terbang", pendek kata ada duit, sebarang pangkat boleh dibeli kot.

5. Sekarang ini ada lambakan cerita dan drama dan filem pasal keagamaan, pasal Islam dan keinsafan, punyalah ada scene kubur ada ular, mayat terbakar dan sebagainya. Tapi yang pelakonnya memang betul-betul pelakon, kat dalam cerita je macam alim dan insaf, kat luar macam tu jugak. Carilah artis yang betul-betul bertudung nak lakonkan watak bertudung, ini tidak, macam nak main-mainkan agama pulak.

6. Sekarang sibuk mencari peminjam yang tak bayar pinjaman, punyalah tak mahu fikir betapa susahnya nak cari kerja, dahla peluang pekerjaan tidak berapa nak ada, semua nak pengalaman, baru habis belajar mana nak cari pengalaman? Siapa nak ambil bekerja?

7. Sedar atau tidak, peminjam-peminjam ptptn adalah mereka yang berkelulusan rendah dan confirm susah nak dapat kerja. Kerana kursus-kursus yang senang dapat kerja semuanya dapat biasiswa, yang pergi luar negara balik senang dapat kerja pun dapat biasiswa. Peminjam ptptn rata-rata adalah pelajar yang berkelulusan rendah dan mengambil kursus-kursus yang susah nak dapat kerja.

8. Kursus kejuruteraan, sains, kedoktoran, pendidikan kebanyakannya dapat biasiswa, kursus-kursus sastera yang susah nak mampus untuk dapat kerja tu kebanyakannya ditawarkan pinjaman. Dah tamat belajar susah payah mahu cari kerja, dikejar hutang pengajian pulak, yang engineer, doktor, cikgu tu relax je dapat biasiswa...adil betul...hahaha...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri