Archives

gravatar

Renungan Pedas

1. Engkau memang hebat betul atas dunia ni, macam tidak ada apa dapat menghalang, tapi sayang dari segi keagamaan, engkau memang sorry to say, harap dapat taubat nasuha sebelum mati.

2. Adakah engkau tahu bahawa taubat yang sebenar adalah berhenti dari melakukan dosa, bukannya istighfar dan solat sunat taubat semata-mata.

3. Engkau memang otak geliga, tapi sayang otak geliga engkau itu tidak mampu menilai mana satu yang bijaksini atau bijaksana, bijaksini=bijak dunia, bijaksana=bijak dunia akhirat.

4. Tahukah engkau bahawa tindakan engkau menyeru orang melalukan kezaliman walaupun hanya sekadar gurauan, engkau tetap akan dapat share jika orang itu berbuat kezaliman.

5. Engkau tahu tak adalah lebih mudah mengajak orang berbuat maksiat dari mengajak orang berbuat kebaikan?

6. Engkau pun dah tentu sedar bahawa dunia ini adalah neraka dan penjara bagi orang-orang beriman.

7. Jadi kalau engkau rasa hidup engkau atas dunia ini macam berada kat dalam syurga, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri engkau.

8. Kat syurga tidak ada lagi sebarang ibadat, tidak ada lagi sebarang sekatan, tidak ada lagi kekangan, tidak ada lagi penderitaan, yang ada cuma kebahagiaan hasil dari amalan kat atas dunia yang ibarat penjara itu.

9. Justeru engkau jangan jadi bodoh dan jangan serlahkan kebodohan engkau itu kat atas dunia ini dengan mengikut telunjuk orang-orang kafir yang mana dunia ini merupakan syurga bagi mereka, tidak ada halangan bagi mereka kat dunia ini untuk berbuat apa sahaja.

10. Engkau renunglah kata-kata pedas ini kerana kata-kata ini tidak dapat menandingi penderitaan sakaratul maut, fitnah kubur dan seksa akhirat.

11. Selagi nyawa belum dihujung halkum, selagi matahari belum terbit dari barat, masih ada ruang untuk engkau bertaubat.

Read More...
gravatar

Pernah Ke Terfikir?

1. Kenapa kat restoran mamak(india muslim) tak ada jual kari lembu? yang ada cuma kari kambing? adakah mereka ini masih anggap lembu tu binatang suci?

2. Hero orang kafir adalah spiderman(orang labah-labah), labah-labah adalah antara haiwan yang menolong nabi ketika hijrah, tapi hero kita orang Islam adalah cicakman(orang cicak), umum tahu cicak adalah binatang yang berbunyi bising ketika nabi bersembunyi di dalam gua dan cicak juga meniup agar api membakar nabi Ibrahim. Entah apa agenda buat cicakman, macam dah tak ada binatang lain ke?

3. Tiap kali raya je mesti ramai orang mati kat jalan raya, aku cadangkan tak payah buat cuti panjang-panjang time raya, dapat kurangkan kematian ketika raya. Daripada sibuk nak beraya jadi sibuk nak uruskan kematian pulak.

4. Sekarang ramai dah mula sedar bahawa pangkat "Datuk" pun boleh dibeli...ingatkan pangkat "Dr" je...dulu kecoh isu "lesen terbang", pendek kata ada duit, sebarang pangkat boleh dibeli kot.

5. Sekarang ini ada lambakan cerita dan drama dan filem pasal keagamaan, pasal Islam dan keinsafan, punyalah ada scene kubur ada ular, mayat terbakar dan sebagainya. Tapi yang pelakonnya memang betul-betul pelakon, kat dalam cerita je macam alim dan insaf, kat luar macam tu jugak. Carilah artis yang betul-betul bertudung nak lakonkan watak bertudung, ini tidak, macam nak main-mainkan agama pulak.

6. Sekarang sibuk mencari peminjam yang tak bayar pinjaman, punyalah tak mahu fikir betapa susahnya nak cari kerja, dahla peluang pekerjaan tidak berapa nak ada, semua nak pengalaman, baru habis belajar mana nak cari pengalaman? Siapa nak ambil bekerja?

7. Sedar atau tidak, peminjam-peminjam ptptn adalah mereka yang berkelulusan rendah dan confirm susah nak dapat kerja. Kerana kursus-kursus yang senang dapat kerja semuanya dapat biasiswa, yang pergi luar negara balik senang dapat kerja pun dapat biasiswa. Peminjam ptptn rata-rata adalah pelajar yang berkelulusan rendah dan mengambil kursus-kursus yang susah nak dapat kerja.

8. Kursus kejuruteraan, sains, kedoktoran, pendidikan kebanyakannya dapat biasiswa, kursus-kursus sastera yang susah nak mampus untuk dapat kerja tu kebanyakannya ditawarkan pinjaman. Dah tamat belajar susah payah mahu cari kerja, dikejar hutang pengajian pulak, yang engineer, doktor, cikgu tu relax je dapat biasiswa...adil betul...hahaha...

Read More...
gravatar

Lagu Best

...Mengapa kita,harus bersengketa...
...kerana fitnah,dan salah sangka...

...Apa yang telah,terjadi pada kenangan...
...Sememangnya aku tak pernah melupakan...

...Mengapa masih,ada perasaan benci...
...Kerana cinta dan percaya luput dari perasaan...

...Marilah kasih,kita saling sayang menyayang,kalaulah ada benci,kita sandarkan pada kenangan...

Lagu asal nyanyian jamal dan ogy dalam filem azura kot. Dipopularkan kembali bila jamal duet dengan siti sarah dalam tahun 2003 kot.

Lagu ini pernah aku buat sebagai "voice sms" untuk memujuk seseorang,mujurla dapat damai kembali lepas tu.

Ingat lagi dia reply, "tak usah nak jiwang sangatlah ____ ooi". Samaada dia terkesan dengan lagu ni atau bosan aku duk kacau dia,aku pun tak pasti.

Yang pasti dia tetap jadi kawan baik aku sampai sekarang. Maybe dia perempuan,senang sikit nak pujuk kot.

Kalau lelaki yang merajuk memang aku tak akan pujuk punya,buang masa pasal lelaki ada ego.

Student pun nak duit raya dari gomen!!!

Via Nokia 3220 je.

Read More...
gravatar

Balik Kampung Time

Beberapa jam lagi aku akan naik bas balik ke kampung halaman...bagi yang tak tahu...harga tiket bas dari hentian kajang ke kuala terengganu adalah 43 ringgit...dari kuala terengganu ke kajang pula adalah 41++ ringgit...

Perjalanan kalau siang hari bulan puasa buleh mencecah 9 jam...pernah sekali tu hampir 12 jam...so ini lah update terakhir untuk bulan puasa ni...lepas raya nanti pulak aku update kot...hehehe...

Selamat berpuasa dan selamat hari raya...maaf zahir batin.

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri