Tips Penjagaan Komputer Siri 1
1. Bagi pengguna pc yang masih menggunakan CRT(cathode ray tube, tiub sinar katod, monitor besar gedabak), sila rendahkan tahap contrast monitor anda bagi menjamin jangka hayat monitor yang lebih lama. Jangan setkan contrast dan bright terlalu terang kerana ini akan mengurangkan jangka hayat monitor anda dan juga meningkatan jangka hayat kecerahan mata anda kerana sinar gamma yang terhasil dari monitor akan menjejaskan kesihatan mata anda. Umum orang sekarang tahu akan risiko mendapat silau mata jika sentiasa mengadap computer terutamanya monitor LCD(liquid crystal dislay) yang amat terang dan menyakitkan mata itu. Oleh itu, bagi menjamin jangka hayat monitor yang lebih tahan lama serta mengurangkan kerosakan mata, sila rendahkan tahap contrast dan bright monitor anda.
2. Masalah utama computer samaada desktop atau laptop adalah habuk atau debu. Jika dibiarkan, debu ini akan menyumbat saluran udara dan melekat pada kipas cpu(central processing unit) yang menyebabkan cpu menjadi cepat panas dan menyebabkan kelajuan komputer berkurang. Elakkan dari tempat berdebu dan berhabuk kerana habuk dan debu ini merosakkan litar pada komputer apabila ia mengakibatkan karat dan kadang-kadang litar pintas. Bagi pengguna desktop adalah disarankan agar selalu membersihkan habuk pada bilah kipas cpu, habuk pada litar, sawang labah-labah dan juga lapisan habuk antara kipas cpu dengan heatsink(logam antara cpu dengan kipas yang berfungsi menyejukkan cpu). Jika terdapat lapisan habuk, maka desktop akan menghasilkan bunyi yang kuat apabila kipas cpu terpaksa meninggikan kelajuan kerana cpu yang cepat panas kerana udara dari kipas terhalang oleh lapisan habuk.
3. Gegaran juga merupakan masalah utama pada komputer, gegaran atau hentakan kuat akan menjejaskan hardisk(cakera keras) dan berpotensi merosakkan komponen elektronik yang ada dalam komputer. Hardisk komputer amat sensitif pada gegaran dan hentakan, oleh itu jangan sesekali membiarkan hardisk samaada external atau internal terdedah kepada gegaran dan hentakan.
Catat Ulasan