Cari Salah Lagi
1. Siang hari puasa nafsu hampir2 ditumpaskan dek kerana lapar, tapi malam hari nafsu kembali menang dek kerana kekenyangan melampau akibat melantak ketika berbuka.
2. Lawak je tengok orang yg pergi masjid utk solat jumaat, pakai kain pelikat, tapi kat leher ada rantai logam pulak...klu perempuan xpelah...ini lelaki...selamba rock je duk kat tangga masjid...slow2 nak pegi masjid la tu...better dari langsung xpegi solat jumaat...
3. Mata yang layu dan penat kerana kelaparan kembali bertenaga apabila melihat karenah manusia di bazar ramadhan...macam2 ada...hairan betul sanggup tahan lapar dan dahaga tapi masih tidak menutup aurat dengan sempurna...kalau bukan islam aku xkisahla pulak...ini dahla melayu, islam pulak tu...saja je nak kurangkan pahala puasa org macam aku...
4. Tabiat salah sangka, dan suka mengutuk orang lain tanpa usul periksa dan hanya bersandarkan nafsu amarah seolah2 tidak ada penghujungnya meskipun syaitan dan iblis telah dibelenggu sepanjang bulan ramadhan agar tidak menggangu anak adam...kutuk mengutuk masih lagi berleluasa di blog2 gosip dan group2 tertentu meskipun pada bulan puasa..
5. Seperti mana bukan dalam bulan ramadhan, tabung2 masjid yang beroda itu masih lagi di pass ke kiri kanan dengan lajunya kerana tidak ramai yang sudi menghulurkan derma ke jalan ALLAH...nilai seringgit pun dianggap besar kot...meskipun dijanjikan ALLAH bahawa satu sedekah bersamaan 700 kali ganjaran...tambahan pula di bulan ramadhan ini...seolah2 tidak ada kesan terhadap jiwa yang berkira utk menderma.
Catat Ulasan