gravatar

Petanda Anda Tinggal Bersama PSIKO

Setelah bertahun-tahun aku berada di ipta ini, sudah berbelas-belas teman sebilik yang pernah aku dapat yang kebanyakannya bukan atas persetujuan aku. Ada macam-macam jenis ragam dan kerenah budak-budak yang konon memiliki otak yang pintar ini. Kalau diluar memang nampak normal tapi dalam bilik? Dia merupakan seorang psiko, sengaja buat psiko atau memang betul-betul psiko atau tidak sedar dia memang psiko.

Psiko adalah mereka yang tidak memiliki ciri-ciri seorang yang normal seperti kebanyakan orang lain, kali ini aku cuma nak fokus kepada teman sebilik atau serumah yang psiko. Berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain, di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak info atau petanda atau maklumat yang menunjukkan teman sebilik atau teman serumah anda merupakan seorang yang psiko.

1. DIA SUKA HEMPAS PINTU DENGAN KUAT WALAUPUN ANDA SEDANG TIDUR.

2. PASANG AUDIO DENGAN KUAT

3. KETAWA DENGAN KUAT

4. MENYANYI DENGAN KUAT

5. BUAT KERJA SAMBIL MENGHASILKAN BUNYI YANG MENJENGKELKAN

6. SUKA HEMPAS BARANG

7. LAJUKAN ATAU PERLAHANKAN KIPAS SESUKA HATI

8. BUKA LAMPU YANG TERANG KETIKA HENDAK TIDUR

9. PENDIAM MELAMPAU

10. PERBUATANNYA MAKIN LAMA MAKIN MENJENGKELKAN

11. DIBUATNYA IBARAT KITA TIDAK WUJUD DALAM BILIK ATAU RUMAH SENDIRI

Ini hanya secebis dari perkara-perkara yang aku alami sendiri apabila tinggal bersama psiko. Bukannya apa, mereka ini tidak suka dengan kehadiran kita tapi mereka tidak ada kuasa nak halau kita, jadi mereka pun buatlah perkara yang membuatkan kita rasa marah atau tidak suka untuk terus lama tinggal disitu.

Bagi orang yang kurang sabar seperti aku, memang hati sentiasa membara saja bila masuk bilik. Nak tidur pun tak senang kerana bila-bila masa saja akan ada bunyi-bunyi bising seperti pintu dihempas dengan kuat dan sebagainya.

Tidak perlulah nak psiko mereka balik kerana ia tidak akan berhasil kerana mereka yang psiko ini memang bukan seperti kebanyakan orang. Mereka yang psiko ini biasanya tidak akan membawa kawan-kawan mereka masuk bilik mereka seperti mereka ini tidak ada kawan rapat. Jadi bagi mereka yang kesian kat psiko-psiko ni, rajin-rajinlah ajak mereka bersembang. Kalau aku, aku memang tidak suka mulakan sembang, aku lebih suka diam dan ia sudah pasti membuatkan para psiko bertambah psiko.

Penyelesaian terbaik adalah keluar sahaja dari bilik atau rumah itu, cari tempat lain, jangan nak harap mereka ini akan berubah dengan kesabaran kita. Mereka ini bukan seperti orang kebanyakan yang ada pertimbangan dan timbang rasa serta tolak ansur, dan kerana mereka tidak ada sifat-sifat inilah mereka ini jadi psiko.

Jangan tunggu lama-lama jika anda atau teman anda mengalami masalah dengan psiko. Makin lama ia makin menjadi-jadi dan hidup anda akan sentiasa dibayangi rasa marah dan tidak selesa.

hehehe... saba deh (tiru gaya abg poktek) .. hehehe!!

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri