Archives

gravatar

Petanda Anda Tinggal Bersama PSIKO

Setelah bertahun-tahun aku berada di ipta ini, sudah berbelas-belas teman sebilik yang pernah aku dapat yang kebanyakannya bukan atas persetujuan aku. Ada macam-macam jenis ragam dan kerenah budak-budak yang konon memiliki otak yang pintar ini. Kalau diluar memang nampak normal tapi dalam bilik? Dia merupakan seorang psiko, sengaja buat psiko atau memang betul-betul psiko atau tidak sedar dia memang psiko.

Psiko adalah mereka yang tidak memiliki ciri-ciri seorang yang normal seperti kebanyakan orang lain, kali ini aku cuma nak fokus kepada teman sebilik atau serumah yang psiko. Berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain, di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak info atau petanda atau maklumat yang menunjukkan teman sebilik atau teman serumah anda merupakan seorang yang psiko.

1. DIA SUKA HEMPAS PINTU DENGAN KUAT WALAUPUN ANDA SEDANG TIDUR.

2. PASANG AUDIO DENGAN KUAT

3. KETAWA DENGAN KUAT

4. MENYANYI DENGAN KUAT

5. BUAT KERJA SAMBIL MENGHASILKAN BUNYI YANG MENJENGKELKAN

6. SUKA HEMPAS BARANG

7. LAJUKAN ATAU PERLAHANKAN KIPAS SESUKA HATI

8. BUKA LAMPU YANG TERANG KETIKA HENDAK TIDUR

9. PENDIAM MELAMPAU

10. PERBUATANNYA MAKIN LAMA MAKIN MENJENGKELKAN

11. DIBUATNYA IBARAT KITA TIDAK WUJUD DALAM BILIK ATAU RUMAH SENDIRI

Ini hanya secebis dari perkara-perkara yang aku alami sendiri apabila tinggal bersama psiko. Bukannya apa, mereka ini tidak suka dengan kehadiran kita tapi mereka tidak ada kuasa nak halau kita, jadi mereka pun buatlah perkara yang membuatkan kita rasa marah atau tidak suka untuk terus lama tinggal disitu.

Bagi orang yang kurang sabar seperti aku, memang hati sentiasa membara saja bila masuk bilik. Nak tidur pun tak senang kerana bila-bila masa saja akan ada bunyi-bunyi bising seperti pintu dihempas dengan kuat dan sebagainya.

Tidak perlulah nak psiko mereka balik kerana ia tidak akan berhasil kerana mereka yang psiko ini memang bukan seperti kebanyakan orang. Mereka yang psiko ini biasanya tidak akan membawa kawan-kawan mereka masuk bilik mereka seperti mereka ini tidak ada kawan rapat. Jadi bagi mereka yang kesian kat psiko-psiko ni, rajin-rajinlah ajak mereka bersembang. Kalau aku, aku memang tidak suka mulakan sembang, aku lebih suka diam dan ia sudah pasti membuatkan para psiko bertambah psiko.

Penyelesaian terbaik adalah keluar sahaja dari bilik atau rumah itu, cari tempat lain, jangan nak harap mereka ini akan berubah dengan kesabaran kita. Mereka ini bukan seperti orang kebanyakan yang ada pertimbangan dan timbang rasa serta tolak ansur, dan kerana mereka tidak ada sifat-sifat inilah mereka ini jadi psiko.

Jangan tunggu lama-lama jika anda atau teman anda mengalami masalah dengan psiko. Makin lama ia makin menjadi-jadi dan hidup anda akan sentiasa dibayangi rasa marah dan tidak selesa.

Read More...
gravatar

Cari Salah Lagi

1. Siang hari puasa nafsu hampir2 ditumpaskan dek kerana lapar, tapi malam hari nafsu kembali menang dek kerana kekenyangan melampau akibat melantak ketika berbuka.

2. Lawak je tengok orang yg pergi masjid utk solat jumaat, pakai kain pelikat, tapi kat leher ada rantai logam pulak...klu perempuan xpelah...ini lelaki...selamba rock je duk kat tangga masjid...slow2 nak pegi masjid la tu...better dari langsung xpegi solat jumaat...

3. Mata yang layu dan penat kerana kelaparan kembali bertenaga apabila melihat karenah manusia di bazar ramadhan...macam2 ada...hairan betul sanggup tahan lapar dan dahaga tapi masih tidak menutup aurat dengan sempurna...kalau bukan islam aku xkisahla pulak...ini dahla melayu, islam pulak tu...saja je nak kurangkan pahala puasa org macam aku...

4. Tabiat salah sangka, dan suka mengutuk orang lain tanpa usul periksa dan hanya bersandarkan nafsu amarah seolah2 tidak ada penghujungnya meskipun syaitan dan iblis telah dibelenggu sepanjang bulan ramadhan agar tidak menggangu anak adam...kutuk mengutuk masih lagi berleluasa di blog2 gosip dan group2 tertentu meskipun pada bulan puasa..

5. Seperti mana bukan dalam bulan ramadhan, tabung2 masjid yang beroda itu masih lagi di pass ke kiri kanan dengan lajunya kerana tidak ramai yang sudi menghulurkan derma ke jalan ALLAH...nilai seringgit pun dianggap besar kot...meskipun dijanjikan ALLAH bahawa satu sedekah bersamaan 700 kali ganjaran...tambahan pula di bulan ramadhan ini...seolah2 tidak ada kesan terhadap jiwa yang berkira utk menderma.

Read More...
gravatar

Tolong Delete Dari Komputer Anda

Buka komputer anda pada direktori
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama
J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel
lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah
mereka). HAPUS! Gambar tersebut ada disemua PC di sel...uruh dunia.
SEBARKAN SEMAMPUNYA

Read More...
gravatar

Memang Susah

Beberapa jam digunakan untuk mencari framework tesis aku...namun aku masih tidak faham mana yang boleh dan sesuai digunakan...terima kasihla sanggup berjam2 depan google dan pinjamkan buku...sampai pukul 3 pagi baru balik tidur...pendek kata...memang tak semudah yang disangka...namun aku tak akan putus asa...itu dijamin...hehehe...

Read More...
gravatar

Tips Penjagaan Komputer Siri 1


1.       Bagi pengguna pc yang masih menggunakan CRT(cathode ray tube, tiub sinar katod, monitor besar gedabak), sila rendahkan tahap contrast monitor anda bagi menjamin jangka hayat monitor yang lebih lama. Jangan setkan contrast dan bright terlalu terang kerana ini akan mengurangkan jangka hayat monitor anda dan juga meningkatan jangka hayat kecerahan mata anda kerana sinar gamma yang terhasil dari monitor akan menjejaskan kesihatan mata anda. Umum orang sekarang tahu akan risiko mendapat silau mata jika sentiasa mengadap computer terutamanya monitor LCD(liquid crystal dislay) yang amat terang dan menyakitkan mata itu. Oleh itu, bagi menjamin jangka hayat monitor yang lebih tahan lama serta mengurangkan kerosakan mata, sila rendahkan tahap contrast dan bright monitor anda.

2.       Masalah utama computer samaada desktop atau laptop adalah habuk atau debu. Jika dibiarkan, debu ini akan menyumbat saluran udara dan melekat pada kipas cpu(central processing unit) yang menyebabkan cpu menjadi cepat panas dan menyebabkan kelajuan komputer berkurang. Elakkan dari tempat berdebu dan berhabuk kerana habuk dan debu ini merosakkan litar pada komputer apabila ia mengakibatkan karat dan kadang-kadang  litar pintas. Bagi pengguna desktop adalah disarankan agar selalu membersihkan habuk pada bilah kipas cpu, habuk pada litar, sawang labah-labah dan juga lapisan habuk antara kipas cpu dengan heatsink(logam antara cpu dengan kipas yang berfungsi menyejukkan cpu). Jika terdapat lapisan habuk, maka desktop akan menghasilkan bunyi yang kuat apabila kipas cpu terpaksa meninggikan kelajuan kerana cpu yang cepat panas kerana udara dari kipas terhalang oleh lapisan habuk.

3.       Gegaran juga merupakan masalah utama pada komputer, gegaran atau hentakan kuat akan menjejaskan hardisk(cakera keras) dan berpotensi merosakkan komponen elektronik yang ada dalam komputer. Hardisk komputer amat sensitif pada gegaran dan hentakan, oleh itu jangan sesekali membiarkan hardisk samaada external atau internal terdedah kepada gegaran dan hentakan.

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri