gravatar

Kenangan zaman sekolah #1: Rancangan Makanan Tambahan



Sudah bertahun aku ingin tulis pasal ni…tapi pada malam ni baru tercapai hasrat…gara2 aku minum kopi siang tadi..sekarang dah pukul 2 pagi…mata aku masih segar bugar…lebih2 lagi aku belum dapat kerja…hobi menulis pun datang kembali…jadi untuk mengisi masa…rajin2kanlah menulis…

Oleh kerana ini merupakan siri pertama…aku tidak perlu tergopoh gapah untuk memuatkan segala cerita dalam satu entry…itu merupakan garis panduan yang utama bagi penulis blog…jangan muatkan semua topik dalam satu entri…kelak akhir2 nanti cepat kehabisan idea…

Pada kali ini aku nak cerita pasal RMT…rancangan makanan tambahan…oleh kerana aku merupakan seorang murid yang lahir dalam keluarga yang miskin…maka secara otomatik aku ni tergolong dalam kalangan murid yang layak menerima rmt…aku tak tahulah sama ada ia masih ada pada waktu ini tapi yang pasti aku memang tiap2 tahun layak dapat rmt…dari darjah 1 sampai darjah 6…kalau tak silap…

Dapat rmt mmg best…ini kerana kat rumah aku mmg tak ada sarapan pagi seawal 7 pagi…paling awal pun dalam pukul 9…jadi mmg sesuai sangatlah aku dapat rmt tu…sampai sekolah awal2 pagi..letak beg dalam kelas…pastu ke kantin untuk dapat makanan dan minuman free…kan orang selalu cakap…susah nak tumpu pelajaran kalau perut kosong…masa darjah satu aku sesi pagi…darjah 2 dan 3…sesi petang…4, 5 dan 6 kembali ke sesi pagi…tak kisahlah sesi pagi ke petang…janji rmt tetap ada…

Oleh kerana aku Cuma dapat 40 sen sehari utk belanja…mmg ngam2 sebenarnya…cucur 3 biji=30 sen dan air secawan=10 sen…atau pun keropok lekor 3 batang=30 sen…air secawan=10 sen…atau nasi lemak sepinggan=30 sen, air secawan=10 sen…tapi kadang2 aku terpaksa korban makanan untuk beli air sunquick yang harganya 30sen yang dalam plastik tu…tapi tak mengapalah pasal masa sampai sekolah dah makan rmt dulu kan…

Masa aku darjah 4…rmt telah dinaik taraf…masa tu sistem baru telah diperkenal untuk memastikan semua murid akan makan rmt yang disediakan…justeru sistem nombor telah diperkenalkan…aku ingat lagi nombor aku adalah tuantree…two one three…213…dalam sistem tu…ada satu papan besar kat kantin…yang memuatkan nama penerima rmt..tepi nama tu ada ruang utk diletakkan plastic yang macam token…plastic  yang berlubang…sebelah nama ada paku…kena masukkan token tu tiap2 hari untuk menandakan penerima rmt makan…masa tu jiwa masih suci…mana reti nak suruh orang lain buat…bukan macam orang dewasa yang suruh orang lain punch kad untuk kita…

Nak dijadikan cerita…pada satu hari tu aku sampai sekolah lewat…tak sempat nak makan rmt…kebetulan pulak hari tu ada spotchek…so cikgu kumpulkan penerima2 rmt semua…pastu tanya siapa yang tak makan hari tu…malangnya akulah antara yang tak sempat makan hari tu…tapi macam murid lain yang senasib…jawapannya sama saja…iaitu sampai lewat…lepas dah kena basuh dengan cikgu…barulah dilepaskan…

Antara kenangan yang aku ingat masa makan rmt adalah aku selalu berkongsi dengan kawan aku yang tak layak menerima rmt…kerana ayahnya dan kaya…selain tu ada jugak cikgu yang murah hati offer lebihan rmt pada budak2 yang tak layak terima rmt…maklumlah…rmt mmg dah sedia hiding…bukan jenis buffet..setiap hari mmg ada lebihan…antara menu yang aku ingat adalah nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, mee kari, nasi goreng…pendek kata…setiap hari menunya tak sama…misalnya ahad mee goreng..isnin mee kari…selasa nasi lemak…rabu nasi goreng..khamis bihun goreng…jumaat? Jumaat cuti lah..ini sekolah kat pantai timur…

Pernah satu masa aku diberhentikan dari rmt…aku cukup kecewa…namun ianya tak lama…aku ingat lagi masa tu kena panggil sorang2 bekas penerima rmt utk ditemuduga…sampai turn aku…kerani sekolah cuba meneka aku ni anak siapa…oleh kerana nama sebenar ayah aku tak sama dengan nama yang orang kampung panggil…ambil masa jugaklah kerani tu meneka-neka aku ni anak siapa…lepas 3-4 nama..aku pun cakap…ayah saya kat kampung orang panggil “…..” serentak itu jugak kerani tu cakap…”ooo…buleh buleh buleh”….mmg dia kenal sangat ayah aku tu…Cuma dia tak tahu nama sebenar je…dah tahu betapa keluarga aku ni mmg sesak(susah)…

Soalnya salah siapa kalau aku ni dilahirkan dalam keluarga yang susah…zaman dulu orang kawin mudah je…tak perlu gaji beribu2…tak perlu kereta motor…ayah aku kawin umur 27..belanja mas kawin Cuma 130 ringgit…Cuma ada basikal…kerja nelayan…dah kawin masih tinggal kat rumah mak ayah dia…lepas tu baru pindah ke pondok kecil…tanpa elektrik dan air..atap nipah…lampu pelita minyak tanah…anak dah 3 baru dapat beli kerangka rumah baru…mujurlah time aku lahir…dah pindah rumah baru yang lebih selesa dari pondok…namun  aku masih ingat lagi rangka pondok kecil yang menjadi tempat tinggal mak ayah aku dan 3 beradik…mmg kecil…Salah siapa ayah aku terpaksa berhenti sekolah pada darjah 4 dan mula bekerja pada usia 13 tahun untuk menanggung adik2nya…salah siapa mak aku yang tak pernah pergi sekolah kerana mak ayah dia tak mampu nak sekolahkan dia dan dia dijadikan pembantu ayahnya dalam mengusahakan kebun dan menternak…salah siapa aku yang dah nak masuk 30 ni masih belum diterima untuk mendapat pendapatan tetap yang menjamin masa depan…

Akhir kata…aku tak mahu bakal generasi aku bersusah payah macam aku…aku tak mahu kerja yang gajinya cukup makan…paling kurang aku mesti ada 3 kunci sebelum aku kawin…1=kunci rumah sendiri, 2=kunci kereta sendiri, 3=kunci pejabat@tempat kerja…biasalah…orang rendah selalunya ego tinggi…aku tak mahu bakal anak2 aku tergolong dalam murid yang miskin…tapi kalau dah ditakdirkan…aku redha saja…ada hikmah disebalik semua itu…kemiskinan bukan penghalang untuk cemerlang dalam pelajaran…cemerlang dalam pelajaran pula bukan jaminan kesenangan hidup…kesenangan hidup tidak ditentukan dengan jumlah duit yang dimiliki…orang kata biar miskin harta jangan miskin jiwa…biar buruk rupa jangan buruk perangai…biar mati anak jangan mati pucuk..aik…macam pelik je yang last tu…sahla aku perlu tamatkan entri ni dengan segera…

Nantikan sambungan entri bersiri yang akan menyentuh tentang cinta monyet atau syok sendiri,  bekal ke sekolah, berbasikal ke sekolah, permainan di sekolah, pergaduhan di sekolah, denda, hukuman, kerja rumah, perkhemahan, merentas desa, baju pj, kelas muzik, perpustakaan bergerak, van milo, dan banyak lagilah…yang diharap bakal menggamit kembali kenangan zaman persekolahan di era akhir 80an dan awal 90an…tunggu!!!

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri