gravatar

Filem Tamil



Sejak akhir2 ni buleh dikatakan tiap2 hari aku menonton filem tamil kat saluran 202…aku xtau saluran tu nama apa..Cuma tertera kat situ vt…maybe video tamil…tapi yang best…banyak giler lah filem tamil yang disiarkan tiap2 hari…selain dari filem hindi..aku pun suka tengok filem tamil…dan macam filem hindi..aku akan tukar channel bila masuk scene lagu…bukan apa…terlalu seksi dan seksa jiwa batin yang tengok…lainlah klu aku ni dah kawin…

Filem tamil agak berbeza dari filem hindi…yang paling ketara ialah kostum…dalam filem tamil mmg wajib ada lelaki pakai kain…kain pelikat…kain putih…pastu lipat sampai nampak ketin…pastu klu scene gaduh pistol jarang guna…biasanya parang yang nampak menggerunkan…pastu tetak orang tanpa belas…itulah stereotype filem tamil…

Dari segi background filem..tak macam filem hindi yang hipokrit..filem tamil mmg jujur memaparkan imej sebenar kemiskinan di india…rumah yang ala2 setinggan mmg banyak dipaparkan…susah nak tgk bangunan tinggi2 dan moden…tapi perasan atau tidak..kenderaan yang digunakan tak kurang hebatnya…4wd yang moden kerap digunakan…

Aku Cuma tertarik dengan tema filem yang kebanyakannya bertemakan balas dendam..aku mmg suka tema begini...walaupun tak berapa suka tgk babak hero bergaduh ibarat “guna cheats” dalam game…babak sorang hero lawan 20 penjahat bersenjata adalah normal…hero pun tak hingin nak guna senjata dari penjahat…cukup dengan tumbukan dan tendangan padu maut saja…itulah keunikan hero tamil…satu tumbukan hero ibarat satu tendangan gajah 10 tan…melambung penjahat yang kena tumbuk…tapi itu bukan isunya…isunya adalah dendam terbalas…

Perbezaan ketara filem tamil dengan filem keluaran negara ini adalah dalam filem tamil mmg kerap memaparkan pihak berkuasa yang korup…polis dan menteri yang korup…kalau orang tanya aku filem mana kat negara ni yang memaparkan keadaan macam tu..aku belum dapat jawab…mungkin dah ada kot…Cuma aku tak perasan…nak tunjuk kat sini bahawa bukan dalam filem tamil saja…tapi filem2 kat india mmg agak terbuka pasal polis dan menteri yang korup ni..politik kotor pun sangat biasa dipaparkan dalam filem…terpikir jugak aku ni…kerajaan mereka tak ada masalah ke tentang tu…tak kan negara mereka tak ada lembaga penapisan filem…

Pernah juga aku dengar bahawa filem adalah nadi negara india..pawagam adalah ibarat rumah kerana tak ramai penduduk yang mampu memiliki rumah…jadi nak tak nak…terpaksa buat beratus2 filem setahun agar pawagam sentiasa dikunjungi agar rakyat yang tak berumah dapat tempat berteduh paling kurang pun dua jam lebih…kerusi empuk…hawa dingin…skrin besar…tak tahulah sejauh mana kebenarannya…

Yang menarik pasal filem tamil ni…sekalipun hero adalah polis...namun hero akan ditekan oleh pihak polis sendiri…yang mana akhirnya hero terpaksa berjuang tanpa bantuan polis…selalu ada penjahat yang mengawal menteri dan mengawal pihak tertinggi polis utk menghalang hero dari membanteras jenayah…tapi yang paling best…hero pastinya akan mendapat kemenangan pada hujung cerita…jarang dapat lihat hero tumpas pada penjahat…klu ada jugak begitu…pasti ada yang bakar panggung agaknya..buat rugi je bayar tiket kalau endingnya macam hape…teringat aku pernah tengok cerita orang putih bertajuk tasik eden yang mana endingnya macam hampeh dan rasa amat geram bila endingnya memihak pada yang jahat…aku harap akan ada sekuelnya…

Sebelum mengakhiri entri ni….aku nak kongsi sket info pasal kamal hasan hero filem tamil yang terkenal..walaupun nama dia macam islam…tapi dia adalah seorang hindu…ayah dia bagi nama macam tu untuk mengenang jasa sahabatnya yang merupakan seorang muslim…dulu pun aku igt dia orang islam…hinggalah aku buat kajian ringkas pada suatu masa dulu…yang tak boleh blah…dia pernah ditahan kat airport gara2 orang tu igt dia adalah islam…nama tu dan elok…kamal=sempurna, hasan=kebaikan…harap2 satu hari dia akan masuk islam…amin…bukan dia saja..harap semua artis yang bukan islam masuk islam…

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri