Archives

gravatar

Ombak tengkujuh

Tadi aku sempat tangkap gambar kat pantai kelulut..Ada signboard dilarang mandi..Mmg cari nahas kalau mandi..

Nasibla henset kuno aku ni dpt juga tangkap gambar walaupun kualiti rendah..

Kalau zoom betul2 memang nampak pulau kapas tu..Aku memang aim ke pulau tu..

Read More...
gravatar

Bertuahnya pelajar2 dulu...

Mana tak bertuahnya jika:

1. Belajar sampai darjah 6 dah buleh jadi cikgu.
2. Soalan exam mudah sahaja.
3. Syarat kemasukan U rendah sahaja.
4. Masuk U ada biasiswa.
5. Belum keluar U kerja dah panggil.
6. Result spm hebat sket dpt belajar luar negara.
7. Nak mintak kerja xpayah susah2 lalui exam2 dan temuduga berkali2.
8. Persaingan kerjaya langsung xsengit.
9. Gaji 100 sebulan ibarat 5000 sekarang.
10. Masa belajar tak ada gangguan fesbuk,sms,internet.
11. Tak ada hutang puluh2 ribu lepas habis belajar.
12. Tidak perlu risau nama kena blacklist kerana enggan byr loan.
13. Tak perlu byr kos pentadbiran pinjaman pendidikan.
14.Tidak perlu risau kena saman kerana gagal byr pinjaman pendidikan.
15. Tidak perlu menganggur lama selepas tamat pengajian.
16. Masa tengah belajar pun dah ramai yg kahwin.
17. Harga makanan dikampus dan yuran pengajian tidaklah tinggi mana.
18. Nak berdemo dan berpolitik tak ada halangan.
19. Tidak gentar nak bersuara menentang penindasan terhadap pelajar.

Read More...
gravatar

Syoknya kalau...

1. Syoknya kalau dapat pekena menu baru kepsi dan mekdi yg berasaskan ayam tu.

2. Syoknya kalau tengok wayang 3D yg skrin mcm timbul tu.

3. Syoknya kalau hujung2 tahun mcm ni dpat bercuti makan2 angin dengan mmber2 bujang.

4. Lebih syok kalau member2 dah kerja yg masih bujang itu sponsor percutian itu kan?Hahaha..

5. Pastinya lebih syok jika aku mampu...Malangnya aku cuma ada masa,fulusnya tak ada,cukup utk dana kecemasan saja.

6. Alangkah syoknya kalau dalam masa terdekat ni aku ditawarkan kerja yg sepadan dgn kelayakan dan tahap kemahiran aku.

7. Gerenti syok kalau impian ini menjadi realiti.

8. Semestinya syok kalau dapat buktikan kemahiran aku yg sebenarnya, tentu dapat mengunci sejenak mulut2 busuk yg sekarang ini mengata aku, dulunya mulut2 busuk itulah yang menyanjung aku tinggi menggunung.

9. Confirm syok kalau dapat kembali ke masa dulu, masa dimana tiada kerisauan,tiada tekanan,tiada kekangan, yang ada cuma semangat menuju kejayaan.

10. Lagi syok kalau aku tido dulu.

Read More...
gravatar

Sejarah kerjayaku...

Zaman kanak2 xbrapa nak riang=berus lantai rumah dapat sposen untuk sekeping. Part time pergi kedai dapat upah 20-30 sen.

Darjah 2=kerja cabut bulu ayam,20 sen seekor.

Tahun 2003-2004=kerja kat perusahan kerepok keping,20 ringgit sehari.

Hujung tahun 2003= kerja mengecat rumah,20 ringgit sehari.

Cuti semester tahun 2005=kerja kerepok lagi, 18 ringgit sehari.

Tahun 2007=kerja pembantu penyelidik,1419 ringgit sebulan.Tolong kawan convert picture kpd teks dpt upah 300 ringgit lebih.

Tahun 2008= kerja freelancer upah menaip, singgit setengah untuk satu page. Singgit satu esei pendek. 2 ringgit setengah utk satu page tukar dr hardcopy kepada softcopy.

Tahun 2008 hingga 2010=kerja pembantu penyelidik 13 bulan kontrak,1600 sebulan.

Tahun 2010-2011=kerja terjemahan tanpa tauliah, 3.5 satu page,pernah dibyar 10 ringgit utk satu page,pernah juga belum dibayar smpai skrg.

Tahun 2011=kerja sangkutan kat agensi kerajaan,600 ringgit sebulan.

Pernah dapat 50 ringgit sekali repair komputer.

Read More...
gravatar

Dear blog...

Aku tidak boleh menjadi manusia yang tamak yang mahukan itu dan berkehendakan yg ini. Kalau aku luang masa untuk muhasabah diri, aku sentiasa bersyukur tentang apa yang telah aku kecapi selama ini. Nikmat yang kebanyakkannya tidak mampu dibeli contohnya nikmat kesihatan jasmani dan rohani

1. Dah hampir setahun habis belajar tp belum dapat kerja tetap lg.

2. Dah hampir dua bulan menganggur tp belum ada mana2 job offer lg.

3. Dah hampir mencecah usia 29 tahun tp belum dikira berjaya dalam hidup lg.

4. Dah hampir 5 tahun hidup single tp belum berhasil utk mencari pengganti lg.

5. Pun begitu, kesyukuran dipanjatkan kerana masih sihat walafiat.

6. Syukur kerana masih ada byk masa untuk menenangkan minda dan badan.

7. Syukur masih dapat menikmati kehidupan dengan aman dan selesa.

8. Syukur kerana masih ada saki baki kawan2 yg sejati di sisi.

9. Syukur kerana masih berpeluang menilai dan memperbaiki kelemahan diri.

10. Syukur kerana masih ramai yg simpati dan ambil peduli.

Sekian.

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri