gravatar

Petua Menguasai Bahasa Inggeris

Peringatan: Aku dari keluarga kampung yg xpenah guna bahasa inggeris dalam perbualan harian...kecuali beberapa perkataan dalam dialek aku yg diadaptasi dari perkataan inggeris...

Macam mana org kampung mcm aku nak belajar menguasai bahasa inggeris?

1. Lengkapkan diri dengan sebanyak banyak vocabulary(perkataan inggeris)...dengan cara membaca kamus, merujuk kamus, menghafal perkataan2 seharian...kamus dwibahas adalah bagus sekali untuk dibaca ketika masa lapang...

2. Mulakan bercakap dalam hati menggunakan bahasa inggeris...jika malu dan tak ada orang yang boleh kita praktis bahasa inggeris...cuba cakap dalam hati menggunakan bahasa inggeris...gunakan vocab yang ringkas dulu...dan cuba jangan berenggang dengan kamus...

3. Bolehlah cuba untuk mendengar radio atau siaran tv yg berbahasa inggeris...rancangan kanak-kanak pun tak mengapa...sebagai permulaan...untuk kita membiasakan diri dengan struktur bahasa inggeris...

4. Selalu mencari makna perkataan baru setiap hari...yang terpapar kat tv atau suratkhabar atau poster...dalam pada itu teruskan cakap dalam hati menggunakan bahasa inggeris...

5. Jangan risau pasal grammar...bila dah tahu banyak vocab...grammar akan datang sendiri...kita akan tahu mana betul dan mana salah...

6. Kukuhkan vocab dan kosa kata dalam bahasa inggeris...selalu gunakan ketika buat nota...ubah kebiasaan dari tulis melayu kepada tulis dalam bahasa inggeris...

7. Buat dialog sendiri dalam bahasa inggeris...konon kita bercakap dengan pelancong yang bercakap dalam bahasa inggeris...buat dialog dalam bahasa melayu dulu...lepas tu cuba terjemah kepada inggeris...

8. AMARAN: jangan gunakan ayat melayu yg berbunga2 jika nak tukarkan ke bahasa inggeris...buat ayat melayu yg mudah2 dahulu...

9. Jika rapat dengan guru bahasa inggeris...boleh cuba speaking dengan cikgu itu...

10. Jangan berpisah dari kamus...jangan berhenti mendengar siaran radio berbahasa inggeris...jangan berhenti dari membaca bahan berbahasa inggeris...jangan berhenti menonton rancangan berbahasa inggeris

11. Ketika membaca bahan berbahasa inggeris...jika dalam satu ayat tu terdapat satu atau dua perkataan kita tak faham...cuba agak makna dahulu...teruskan membaca...jangan kerap berhenti untuk merujuk kamus...bacalah bahan yang pendek dan ringkas dahulu...

12. INI ADALAH PETUA AKU...IA BERKESAN PADA AKU...walaupun bahasa inggeris aku bukanlah hebat...tapi bolehlah...aku bukan pandai nak explain grammar...yang penting sekali...mesej yang kita nak sampaikan itu difahami...grammar akan datang sendiri...yang penting vocab kena banyak dulu...

13. Pencapaian Subjek Bahasa Inggeris aku... UPSR 1995=B, PMR 1998=A, SPM 2000=3B, MUET Disember 2002=Band 4... Aku mulakan langkah-langkah yang aku sebutkan diatas tu pada tahun 1997, ketika itu baru aku mula minat bahasa inggeris...

14. Aku adalah budak kampung...bahasa inggeris tak pernah digunakan dalam keluarga aku...tapi itu bukan penghalang bagi aku nak menguasai bahasa asing ni...

15. Banyak cabang ilmu kita boleh tahu jika kita menguasai bahasa inggeris...contoh terdekat adalah internet dan komputer...kita boleh pergi lebih jauh...kita boleh baca media antarabangsa...dan banyak lagi lah...

16. Langkah diatas itu bukannya menjadikan kita terus mantap dalam masa seminggu...yang pasti...kesannya akan dapat kita rasa dari hari ke hari...ayat-ayat yang kita dulunya tak faham...kita akan faham...

17. Selamat mencuba...kredibiliti aku sekarang ini adalah graduan pengajian bahasa inggeris ipta...sedang dalam semester akhir peringkat sarjana dalam bahasa inggeris...

18. Aku rasa ini saja yang dapat aku bantu pada kali ini...paling utama...kenalah minat bahasa inggeris dulu...apa-apa bahasa sekalipun...inilah caranya nak menguasai...kena minat, praktik, dan berterusan...

19. Sekian. terima kasih.

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri