Archives

gravatar

Zaman batu

Elektrik atau karan atau api...Keajaiban zaman moden..Hampir semua benda ciptaan zaman moden ni guna karan...

Nak cerita IPTA aku ketiadaan karan hari ini...panas dan gelap...cafe guna lilin..romantik abes..aku nak isi masa update blog guna hanset nokia 3220 aku ni...guna gprs lagi..hehehe...

Sekian cubaan pertama...

Read More...
gravatar

Kenapa scholars-83?

Pertama sekali...pasal aku suka ilmu...aku mmg nak jadi ilmuan...aku nak tahu mcm2 benda(tolak matematik)...aku minat banyak bidang ilmu...pendek kata...harapan aku nak jadi scholar atau dalam bahasa melayu malim atau cendekiawan atau bijakpandai...

Keduanya...kerana aku rasa berkenan dengan nama tu...83 merujuk tahun aku lahir...umur bukan lagi rahsia(amalina 2010)

ketiganya...nama merupakan doa...so klu org refer aku dengan scholars83 dalam blog...mudah2an ia menjadi doa.

Keempat empat laginya...nama ni mmg available time aku create blog ni...pada 11 september 2009.

Read More...
gravatar

Mencari Salah Part 2

Ape nak jadi...klu umur 5 tahun tu tak mengapalah jahil dalam agama...ini dah berpuluh tahun.

1. Haram ucap merry krismas, happy wesak, heppi deepavali, happy easter, dan segala benda yang berkaitan dengan perayaan agama lain. Boleh gugur Islam.

2. Dalam Islam ni koman sangat ke para nabi, rasul ulamak dan kitab sampai umat jadi jahil macam tu.

3. Ulamak juga cakap jangan nak pakai baju baru pada hari perayaan orang bukan islam. Nak banding kita dengan ulamak, siapa lebih arif?

4. Hari ini hari wesak, tengoklah berapa ramai orang islam konon toleransi dengan mengucap selamat hari wesak.

5. Beza orang mengaji agama dengan mengaji ilmu dunia tu amat jauh, bukan nak suruh tinggal dunia, tapi Islam tu dah cukup lengkap.

6. Teguran untuk memperbaiki kelemahan, bukan nak menghina.

7. Kereta bunyi lain macam sikit dah bawak pergi bengkel, tapi bila orang tegur bab agama, kita melenting, bukan nak perbaiki diri pun. Kereta lebih penting dari bekalan akhirat?

8. Bertuah jadi umat nabi Muhammad, balasan ditangguhkan sampai akhirat...kalau diikutkan, dah lama bumi ini hancur, umat dulu dihancurkan kerana sombong, menipu dalam timbangan, homoseks, bekerja dihari ibadat dan perkara lain yang jika banding dengan dunia hari ini...ia adalah lumrah.

Bersambung...

Read More...
gravatar

Tak Boleh Tidur

Dah beberapa bulan kebelakangan ni aku ada masalah tido waktu malam...pasal aku tido waktu siang...bermula kejadian akibat tertekan buat tesis sarjana...org lain buat satu sem aku buat tiga sem belum siap...dayum...gatal sangat nak buat tajuk tu...sekarang rasakanlah...siang mengantuk malam tak boleh tidur...

Read More...
gravatar

Buffered Earning?

What is this buffered earning? DayuM....it happens to be i just knew about it...meaning that i still have chances to get it...update nuffnang surveys...increase blog traffic...increase entry...increase comment...seriously i gotta try this...

Read More...
gravatar

Peraturan Hidup Sebilik/Serumah

1. Jangan meninggikan suara xtentu pasal.

2. Jangan pasang audio kuat2 ketika org lain tidur.

3. Jangan ketawa sorang2 ketika org lain tidur.

4. Jangan pasang lagu jika kita nak keluar dari bilik.

5. Jangan pasang lampu terang2 ketika org nak tidur.

6. Jangan ajak kawan datang ketika org nak tidur jika jam dah pukul 12 malam.

7. 12 malam keatas adalah waktu senyap.

8. Jangan buat kerja dengan kasar dihadapan rakan sebilik.

9. Banyakkan bersabar.

10. Teruskan bersabar.

11. Jika tak tahan dengan perangai teman sebilik atau serumah, bincang elok-elok.

12. Jika tak tahan sangat, cari tempat lain.

Read More...
gravatar

Nasi Belauk

Nasi Berlauk dalam bahasa standard...berlawanan dengan nasi putih kosong....nasi belauk ni sinomim dengan orang kelantan...mereka sarapan pagi dengan nasi belauk...lauk tu merujuk kepada gulai ayam biasanya...aku orang terengganu...aku baru tahu lauk apa yang ada dalam nasi belauk...

Read More...
gravatar

Its gonna be a long journey for this blog.

Its gonna be a long journey for this blog to become one of the google search hit..appeared in the 1st page search result...unlike my other blog which receive at least one search hit in a day. Feels quite strange writing entry in english...well this time around...have to push myself to write more in english...to familiarize my finger with my keyboard...so it would become more synchronize that I dont have to hit the backspace button frequently...also to enhance my spelling...

I would expected this blog to be nourish in few months ahead...and why do I need those search hit...well I would say it gives me some sort of satisfactions...at least I knew somebody might read it...I'll try not to track my visitor using fedjit this time...want to keep this blog as easy to load as possible..

Read More...
gravatar

Petua Menguasai Bahasa Inggeris

Peringatan: Aku dari keluarga kampung yg xpenah guna bahasa inggeris dalam perbualan harian...kecuali beberapa perkataan dalam dialek aku yg diadaptasi dari perkataan inggeris...

Macam mana org kampung mcm aku nak belajar menguasai bahasa inggeris?

1. Lengkapkan diri dengan sebanyak banyak vocabulary(perkataan inggeris)...dengan cara membaca kamus, merujuk kamus, menghafal perkataan2 seharian...kamus dwibahas adalah bagus sekali untuk dibaca ketika masa lapang...

2. Mulakan bercakap dalam hati menggunakan bahasa inggeris...jika malu dan tak ada orang yang boleh kita praktis bahasa inggeris...cuba cakap dalam hati menggunakan bahasa inggeris...gunakan vocab yang ringkas dulu...dan cuba jangan berenggang dengan kamus...

3. Bolehlah cuba untuk mendengar radio atau siaran tv yg berbahasa inggeris...rancangan kanak-kanak pun tak mengapa...sebagai permulaan...untuk kita membiasakan diri dengan struktur bahasa inggeris...

4. Selalu mencari makna perkataan baru setiap hari...yang terpapar kat tv atau suratkhabar atau poster...dalam pada itu teruskan cakap dalam hati menggunakan bahasa inggeris...

5. Jangan risau pasal grammar...bila dah tahu banyak vocab...grammar akan datang sendiri...kita akan tahu mana betul dan mana salah...

6. Kukuhkan vocab dan kosa kata dalam bahasa inggeris...selalu gunakan ketika buat nota...ubah kebiasaan dari tulis melayu kepada tulis dalam bahasa inggeris...

7. Buat dialog sendiri dalam bahasa inggeris...konon kita bercakap dengan pelancong yang bercakap dalam bahasa inggeris...buat dialog dalam bahasa melayu dulu...lepas tu cuba terjemah kepada inggeris...

8. AMARAN: jangan gunakan ayat melayu yg berbunga2 jika nak tukarkan ke bahasa inggeris...buat ayat melayu yg mudah2 dahulu...

9. Jika rapat dengan guru bahasa inggeris...boleh cuba speaking dengan cikgu itu...

10. Jangan berpisah dari kamus...jangan berhenti mendengar siaran radio berbahasa inggeris...jangan berhenti dari membaca bahan berbahasa inggeris...jangan berhenti menonton rancangan berbahasa inggeris

11. Ketika membaca bahan berbahasa inggeris...jika dalam satu ayat tu terdapat satu atau dua perkataan kita tak faham...cuba agak makna dahulu...teruskan membaca...jangan kerap berhenti untuk merujuk kamus...bacalah bahan yang pendek dan ringkas dahulu...

12. INI ADALAH PETUA AKU...IA BERKESAN PADA AKU...walaupun bahasa inggeris aku bukanlah hebat...tapi bolehlah...aku bukan pandai nak explain grammar...yang penting sekali...mesej yang kita nak sampaikan itu difahami...grammar akan datang sendiri...yang penting vocab kena banyak dulu...

13. Pencapaian Subjek Bahasa Inggeris aku... UPSR 1995=B, PMR 1998=A, SPM 2000=3B, MUET Disember 2002=Band 4... Aku mulakan langkah-langkah yang aku sebutkan diatas tu pada tahun 1997, ketika itu baru aku mula minat bahasa inggeris...

14. Aku adalah budak kampung...bahasa inggeris tak pernah digunakan dalam keluarga aku...tapi itu bukan penghalang bagi aku nak menguasai bahasa asing ni...

15. Banyak cabang ilmu kita boleh tahu jika kita menguasai bahasa inggeris...contoh terdekat adalah internet dan komputer...kita boleh pergi lebih jauh...kita boleh baca media antarabangsa...dan banyak lagi lah...

16. Langkah diatas itu bukannya menjadikan kita terus mantap dalam masa seminggu...yang pasti...kesannya akan dapat kita rasa dari hari ke hari...ayat-ayat yang kita dulunya tak faham...kita akan faham...

17. Selamat mencuba...kredibiliti aku sekarang ini adalah graduan pengajian bahasa inggeris ipta...sedang dalam semester akhir peringkat sarjana dalam bahasa inggeris...

18. Aku rasa ini saja yang dapat aku bantu pada kali ini...paling utama...kenalah minat bahasa inggeris dulu...apa-apa bahasa sekalipun...inilah caranya nak menguasai...kena minat, praktik, dan berterusan...

19. Sekian. terima kasih.

Read More...
gravatar

Politik

Cakap pasal politik...aku dah berkecimpung sejak aku umur 7 tahun...siap dah tolong tampal bendera, stapler bendera, gantung bendera, cakap pasal politik kat sekolah...sejak dari darjah satu...aku ada penyokong tegar PAS...sekian.

Read More...
gravatar

Untuk hidup lama

Maka berjogginglah manusia dipagi hari...lepas bangun tido...belum mandi, belum gosok gigi, belum makan, pergilah berduyun2 manusia ke tepi2 tasik, tepi2 pantai, ditaman2 rekreasi kerana nak hidup lebih lama...

Tapi klu diberitahu, malam ni ada kuliah agama...sume buat dek..je..nak terang kubur..kena bangun malam qiamulail...pun buat dek je...ahaha...umum sume tahu dunia ni hanya tempat bekalan amal ibadat...tapi realitinya?

Read More...
gravatar

Bersyukur; Endless

1. Bangun pagi subuh yg sejuk dan mengantuk...pergh...xpuas tido...snooze jap...awal lagi ni...dah pagi ke...kena keje lah pulak...berebut tandas lagi...adoi....
>>>syukurlah masih bernafas, ada tandas, ada alarm, ada pekerjaan, masih celik mata, belum tuli, belum lumpuh....

Read More...
gravatar

Kaya

Orang yg paling kaya dalam dunia adalah org yg kekayaannya terletak ditangannya...bukan dihatinya...dia xrasa keberatan nak tolong org susah...dia pun xpenah nak menghitung harta kekayaannya...dia xdibebani hutang dan tido nyenyak sepanjang malam...dia xlupa perintah tuhan...

Mudahnya...org yg kaya adalah yg kelihatan berjalan kaki kesana kemari...tidur dimasjid2 dan disurau2...xde beban hutang...beban cukai jalan...cukai bermacam cukai...sihat tubuh badan...itulah org yg kaya...

Read More...
gravatar

Mencari Salah Part 1

1. Part Solat sunat lepas jumaat dalam masjid...klu ye pun nak solat sunat...carilah tempat yg bukan org lalu lalang.

2. Pasang Audio Mengaji atau ceramah...klu ye pun nak pasang...jgnlah hingga ganggu org nak tido kul 12 malam keatas. klu time maghrib xpe...hukumnya bukan dapat pahala tapi dah berdosa ganggu org tido...

3. Part Baca Hadis Tanpa Syarahan...klu setakat baca hadis pastu tafsir sendiri...xde gunalah ulamak duk mengaji hadis paling singkat 30 tahun..kita baca sekali terus nak tafsir...pastu mulalah terbabas...org tegur marah...

4. Part Nasihat...percayalah lebih mudah nak nasihat org lain dari mmber sendiri atau org2 yg rapat...

5 Part Poligami...buat ape tetapkan undang isteri pertama wajib bagi izin...sampai mati pun xkan dapat poligami...kena penjara, denda, lagi adalah...

Bersambung....

Read More...
gravatar

Tabiat Orang Kita

Tidak Salah hendak berfesyen...tapi mestilah selari dengan syarat dan adat...xsalah nak beribadat...tapi jangan nampak sangat kita ni kurang ilmu mcm nak menunjuk2...

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri