Archives

gravatar

Selamat Tinggal Fesbuk

Aku join fesbuk pada awal 2008, igt lagi aku heran nape org luar xmau guna friendster yg masa tu grand giler...satu hari tu dekat makmal komputer, ada satu komputer tu memaparkan home fesbuk yang biru putih tu..bekas org logout..aku dalam kebosanan pun cubalah buat satu akaun, mudah giler buat...layout pun simple...xmcm frendster yg layout punya boleh customize tu..

Hari ke hari minggu ke minggu...fesbuk mula menunjukkan kehebatan bila mostly org guna nama sebenar...senang nak cari org..gambo pulak boleh tag..canggih...ada game lagi..entah berapa ramai yg aku goda agar masuk fesbuk.

Dua tahun lebih berlalu, aku dah mula bosan dengan fesbuk..kawan makin ramai..200 lebih even aku ni jenis memilih kawan. Fesbuk makin lama makin menjengkelkan..ciri2nya dah makin menjengkelkan...org2nya pun sama menjengkelkan..malas nak hurai panjang...dah satu hari aku deactivate akaun aku...

Ape nak jadi kat fesbuk tu jadilah...aku dah xleh kawal diri dari rasa nak komen kat org...rasa mcm moderator pulak, sikit2 aku rasa nak komen...makin lama makin merapu komen..dah xde idea sangat dah..jadi sebelum aku tambah musuh, better aku undur...

Aku akan bukak semula akaun lepas tesis aku setel sesetel2nya...

Read More...
gravatar

Kahwin Lari

Kawin lari bukan semuanya tidak sah disisi syarak tapi ia menjadi tidak sah dari segi undang kat malaysia ini dan aku bukan nak kata kat mana-mana pihak. Kedua-dua pihak dah pasti dapat beri alasan mereka sendiri.

Aku cuma harap perempuan kat luar sana yang berhajat nak kawin lari tu agar mintak izin dengan wali mujbir dulu. Kalau dulu, banyak kawin lari yang tidak sah kerana menggunakan wali raja atau wali hakim tanpa pengetahuan wali mujbir. Terus je nak skip susunan wali mujbir kepada wali hakim. Tanpa buang masa, aku senaraikan tertib wali. Yang aku ceduk betul-betul dari Jakim.

Susunan wali mengikut tertib adalah:

  1.  Bapa kandung
  2.  Datuk sebelah bapa ke atas
  3.  Saudara lelaki seibu-sebapa
  4.  Saudara lelaki sebapa
  5.  Anak saudara lelaki seibu-sebapa
  6.  Anak saudara lelaki sebapa
  7.  Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
  8.  Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  9.  Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
  10.  Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
  11.  Bapa saudara seibu-sebapa
  12.  Bapa saudara bapa sebapa
  13.  Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
  14.  Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
  15.  Bapa saudara datuk seibu-sebapa
  16.  Bapa saudara datuk sebapa
  17.  Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
  18.  Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  19.  Muktiq (tuan  kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
  20.  Sekalian asabah kepada seorang muktiq
  21.  Raja/Sultan.
Tengoklah betapa banyaknya tertibnya. Kalau semua ini tidak mahu jadi wali atau tak dapat dihubungi barulah boleh guna wali hakim.

Read More...
gravatar

Nak Panjang Umur?

Memang betul ajal maut dah ditetapkan...namun kita masih boleh berusaha dan berdoa agar dipanjangkan umur...

Dalam islam, ada dua amalan yang menyebabkan umur panjang...dalam erti kata lain, ajal ditangguhkan dengan izin ALLAH...ditangguhkan sesaat, seminit, sejam, sehari, sebulan, setahun dan seterusnya...itu tidak pasti, yang pasti amalan ini adalah salah satu penyebab umur dipanjangkan...

1. Menghubungkan silraturahim= seperti menghubungi semula saudara mara yang dah lama kita lupakan...yg jauh kita rapatkan, yg dekat kita rapatkan...

2. Banyakkan bersedekah= amalan mulia ini merupakan salah satu amalan yang dapat memanjangkan usia kita...

Tak usah persoal berapa lama akan dipanjangkan...itu semua kerja ALLAH...pada zaman nabi ada seorang sahabat yang meminta kepada nabi agar mendoakan baginya umur yang panjang...maka nabi pun doakan padanya...dan sahabat itu ternyata mempunyai umur yang panjang...hidup sehingga 120 tahun...dari itu..tidak salah mendoakan umur yang panjang..lebih-lebih lagi umur panjang dalam kebajikan.

Read More...
gravatar

Aku Malas Buat Tesis

AKU MALAS BUAT TESIS....LAGI 17 HARI KENA SUBMIT...

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri