Archives

gravatar

Temuduga 10th: Harvard ke oxford ni???



Satu panggilan telefon dipetang hari dalam pukul 4.30 telah diangkat dan di hujung talian ada suara wanita yang ingin bercakap dengan orang yang bernama ___...ya tidak salah lagi betul lah nombor yang dihubunginya itu dan akulah orang yang dimaksudkannya…nombor yang dipaparkan pada skrin kecil telefon bimbit yang popular pada tahun 2003-2004 aku tu adalah nombor rumah atau pejabat yang menunjukkan lokasinya di ibu kota negeri aku ni…

Setelah dipastikan bahawa akulah yang dimaksudkan, suara tersebut menyatakan tujuan aku dipanggil adalah untuk mempelawa aku untuk menghadiri satu sesi temuduga yang akan dijalankan dalam beberapa hari yang akan mendatang…oleh kerana aku dah biasa dengan panggilan serupa ini…jadi aku tidaklah kekok dan teruja sangat…cepat2 aku mencapai pen dan kertas untuk mencatat tempat, jawatan, apa yang perlu bawa, pukul berapa dan sewaktu dengannya…antara yang penting adalah aku dikehendaki bersedia kerana kemungkinan ada mock teaching…

Oleh kerana ia merupakan panggilan dari kolej swasta…dan jaraknya tidaklah jauh maka aku pun tidaklah risau sangat untuk bersedia…sebelum ini pun aku pernah menghadapi temuduga pada jarak yang lebih jauh dan tempoh masa yang lebih singkat dan merupakan universiti awam…aku tidak memandang rendah pada kolej swasta…Cuma aku dah dapat membayangkan apa yang akan berlaku..sebelum ni aku pernah menghadiri dua temuduga untuk jawatan yang sama di kolej swasta…kalau nak dibandingkan…prosesnya tak begitu formal berbanding universiti awam…

Sehari sebelum temuduga…aku pergi melayari internet utk membuat sedikit penyelidikan tentang tempat yang aku bakal ditemuduga…yang paling penting adalah lokasi yang tepat…tetapi malangnya aku tidak dapat mencari peta yang tepat melalui gugel maps…tapi cukuplah aku mengetahui jalan mana yang patut aku lalui…aku juga membuat kajian tentang kursus yang ditawarkan…mujurlah tak ada yang program yang English major ditawarkan…kalau tak…teruklah aku nanti…aku pun belum yakin sangat nak mengajar orang yang dah sedia pandai…

Temuduga dijadualkan pada pukul 10 pagi…sebelum pukul 9 pagi aku dah bertolak dari rumah…dengan gaya aku bawak motor yang dah hampir suku abad tu…aku bawa dengan perlahan dan santai…tak perlu nak bawak laju sangat…aku jangkakan dalam 30 minit dah sampai…bila dah sampai kat lokasi yang gugel maps tunjukkan..aku belum dapat lihat sebarang petanda kolej tu…jadi aku pun tanya seorang penunggang yang telah aku ekori sejak beberapa kilometer sebelum ni…katanya tempat tu didepan lagi…setelah mendapat tahu lokasi yang sebenar…aku pun teruskan perjalanan…tapi aku terpaksa tawaf tiga kali sebelum dapat menentukan tempat yang sesuai untuk parking….dah selesai parking aku tengok jam…dah pukul 9.41 pagi…aku pun jalan cepat2…tapi nak cerita betapa cekapnya sistem butang lampu isyarat untuk pejalan kaki yang perlu aku gunakan utk melintas dengan selamat dan mengikut peraturan…aku tak mahu orang lihat aku yang berkemeja berkasut pejabat ni dilihat selamba badak melintas jalan…dekat dua minit aku asyik menekan butang tu macam orang bodoh…

Akhirnya aku mengadu kat seorang pelintas yang mahu melintas..aku tanya samaada butang tu berfungsi atau tak..dia kata lambat…akhirnya aku pun ikut melintas macam dia…risau juga pasal banyak pekerja bandaraya kat situ..malu saja klu kena tahan…selesai melintas…terus aku naik tingkat satu bangunan kolej tu…dengan selamba aku beri salam dan tanya tentang temuduga…kemudian nama aku ditanya dan diminta tunggu sebentar…aku pada masa itu yang masih serabai rambut gara2 pakai helmet dan masih belum pakai tie terus tanya mana toilet…terus aku pergi toilet utk sikat rambut dan pakai tie…tapi bau rokok semerbak kat dalam toilet tu…dahla panas…selesai mengemaskan diri aku pun pergi semula kat kaunter tadi…aku perasan aku sorang je yang nampak nak ditemuduga…aku pun tanya berapa ramai yang datang…dia kata aku seorang saja utk tesl…dua orang lagi utk grafik…tapi aku tak terkejut klu aku sorang saja…tak bermakna aku akan terus terpilih…kalau tak buat apa nak temuduga…baik panggil kerja terus…

Aku disuruh mengisi borang…baru aku perasan aku telah tercicir segala alat tulis kat rumah…buat malu je…tapi kerani atau pegawai kat kaunter tu bagi pen…aku pun isilah borang tu…pergh…sekali dengan menyalin resume dan kena karang dua esei…tak lama lepas tu barulah muncul dua orang lagi calon lecturer grafik…aku tengok borang mereka pun dalam English…aku mengambil masa juga untuk lengkapkan borang berserta esei tu…mujurlah ada salinan resume saki baki dari intebiu sebelum ni…dah selesai isi borang..aku ditanya samaada aku bawa salinan sijil ke tak…aku yang memang malas nak fotostat cakap selamba je..masa telefon hari tu suruh bawa yang asal sahaja…orang kat kaunter tu pun cakap klu nak fotostat kat situ tak mengapa tapi kena bayarlah…atau aku boleh fotostat sendiri kat bawah..pun kena bayar juga…aku pun serahkan beberapa sijil dan pegawai tu pun pergilah fotostat untuk aku…beberapa ketika lepas tu…dia datang semula dengan membawa berita kurang enak..mesin dan rosak dan hanya beberapa je sempat difotostat..aku kena bayar 1.20 sen…aku pun terpaksa turun kebawah utk fotostat sendiri yang selebihnya…tambah lagi seringgit…

Rupa2nya dalam aku fotostat tu sorang calon dah masuk untuk ditemuduga…pertama kali aku tgk temuduga macam tu..Cuma sorang je yang jadi penemuduga…aku pun boleh lihat kerana jaraknya hanya 3 meter dan bilik itu terbuka…tapi memakan masa yang agak lama…bila calon pertama dan selesai..aku masih menyusun semula sijil2 aku yang berterabur dalam clear holder aku…aku pun cakap bagilah orang lain dulu…aku dah serik jadi orang terawal ditemuduga…langsung xsempat nak prepare…tapi mujurlah kali ni aku orang yang terakhir dari 3 orang…sempat juga aku bertanya pada calon pertama tadi…

Sampai giliran aku…macam biasa bagi salam dan masuk…dipelawa duduk…tunjuk sijil asal…pastu bermula lah sesi soal jawab yang buatkan aku rasa aku dilayan macam budak baru lepas spm yang jahil tak tahu apa…dalam resume aku tertera minor in tesl..tapi kat transkrip dan skrol tak ada pun tertera…teruklah aku kena jawab…oleh kerana aku awal2 lagi tak heran klu tak dapat jawatan tu…tak heran disini bermaksud…aku akan cuba sedaya upaya…kalau gagal pun aku tak akan kecewa…dah tak ada rezeki kat situ…mungkin ada yang lebih baik menanti…jadi tak perlu nak merayu-rayu dan berpura-pura..aku pun terangkanlah bahawa zaman aku memang dah tak tulis major dan minor kat skrol…aku letak minor tesl tu pasal aku ambil 2 paper tesl dan fakta bahawa beberapa kursus lain yang aku ambil adalah kursus yang sama diambil oleh pelajar tesl…Cuma namanya tak sama…

Akan tetapi aku ditegur kerana letak minor kat situ…tapi aku tetap dengan pendirian dan keras kepala juga..ini kerana aku bukan hanya belajar linguistik semata2…tapi ada juga belajar tentang teaching dan pernah buat lesson plan dan mock teaching…begitu juga ramai kawan2 yang jadi cikgu dan lecturer walaupun bukan lulusan tesl…tambahan pula aku dah banyak kali dipanggil temuduga..bermakna tidak ada masalah dengan kelayakan aku…tapi pada sesi itu aku terasa macam budak yang baru grad yang tak tahu apa2…aku pun malas nak lebih2 pasal mmg aku tak pernah mengajar…nak bertekak pun buat apa…Cuma aku heran pasal budak yang dua orang tadi pun tak pernah belajar pasal lesson plan dan mock teaching…pasal apa dengan aku ni berkira sangat…aku dah tawar hati…aku dah rasa memang aku tak dialu2kan…

Walaubagaimanapun aku amat hargai kejujuran penemuduga aku tu…terlalu jujur…tapi aku tidak datang untuk dimalukan…dah tahu pointer aku tak tinggi…tak payahlah nak panggil temuduga…ini dah masuk temuduga baru nak ungkit pointer tak tinggi…TAPI…dia tetap akan cuba dengan pihak atasan katanya…bila masuk bab gaji pulak..aku letak gaji kasar 2500…dia macam tak setuju je…aku cakaplah..itulah minimum…yang penting gaji bersih tidak kurang dari 2000..rupa2nya lepas tu baru aku tahu budak2 sebelum aku cakap kolej tu nak offer 1800 sahaja…tapi aku tak menyesal pun letak harga tu…aku tahu cabaran yang bakal menanti…dahlah sorang je lecturer English untuk satu kolej…kena ajar budak2 yang bukan betul2 english major…mmg cabarannya agak besar..klu ikut hati mahu aku letak 3000…

Nak kata demand pun demandla…aku masak sangat kaitan antara English dengan budak2 pantai timur ni…selesai je situasi tegang dalam sesi pertama tu…aku pun keluar dengan harapan yang makin menurun…temuduga sebelum ni pun aku dapat pujian menggunung..tapi akhirnya gagal..inikan pula aku dikatakan tak berapa sesuai dan kurang layak…walaupun tawar hati..tapi aku tetap terpacak kat situ..untuk sesi berikutnya…mock teaching…aku dah prepare slide dan aku gunakan slide yang sama masa aku temuduga kat usm tahun lepas…Cuma aku ubah sikit2 je…sebelum ni aku dah guna whiteboard…belum habis lagi dah kena stop…jadi kali ni mmg aku xnak guna whiteboard…

Sampai turn aku untuk mock teaching…Cuma ada dua orang saja dalam tu…tak mengapalah…sekurang2nya orang kedua tu cantik…bila aku dah berjaya start slideshow tu..mulalah aku bla bla bla pot pet pot pet…tapi aku perasan hanya sorang je yang senyum2…yang temuduga aku tadi hanya diam membisu nampak tak berminat…masa diberi hanya 5 minit..aku dah try buat lawak dan try guna slang…tapi xtaulah ia menjadi atau tak…yang pasti pensyarah yang sorang lagi tu macam happy je..cukuplah bagi aku..bila dah tamat…masa utk feedback…pergh3…aku kena lagi…jujur sejujur-jujurnya penemuduga tu…Cuma dia tak cakap..awak balik jelah…tapi aku amat hargai komen2 dia tu…dalam banyak2 temuduga..inilah kali pertama aku dikomen sebegitu rupa…aku nak jawab dan mmg aku buleh jawab tapi rasanya belum masa yang sesuai untuk aku buat begitu…bila dia tanya lecturer sorang lagi ada apa2 nak komen…pensyarah tu kata tak ada apa…

Selesai debat aku dengan penemuduga tu..dia beri aku peluang nak tanya soalan…aku dengan selamba tanpa segan silu bertanya..”dapat ke tak”…dia kata sorry xboleh bagitau..kena berunding dengan pihak atasan dulu…aku tanya “berapa percentage”…dia kata sorry tak boleh bagitau…oleh kerana aku bukan lagi budak2…aku dah tahu trend orang asia…klu disuruh tunggu tu maka jangan haraplah…tak macam orang barat..mereka cakap direct…Cuma dia ckap..klu nak pergi temuduga lain tu bulehla…dari situ aku dah boleh nampak hasilnya kan…sebelum tu aku tanya orang kat kaunter..kalau diterima..berapa lama akan dipanggil…katanya dalam dua minggu…

Temuduga semalam betul2 buat aku rasa down dan pada masa yang sama menguatkan lagi azam aku untuk terus mencuba…aku tahu betapa tenatnya kemahiran bahasa inggeris terutamanya dari kalangan bangsa aku sendiri…usahkan bahasa asing..bahasa ibunda pun susah nak dapat kredit…tapi apa yang aku dapat simpulkan adalah..cara aku ditemuduga semalam ada ibarat aku ni bakal mengajar anak2 orang putih yang dan memang tahu dan fasih berbahasa inggeris…pada hakikatnya kita tahu kelayakan minimum untuk masuk kolej swasta…sedangkan budak2 yang masuk ipta pun English tunggang langgang…walaupun pointer aku rendah…tapi aku lulusan ipta…majoriti subjek dalam bahasa inggeris..aku tamat pengajian dalam masa yang ditetapkan…kalaulah aku tahu betapa beza 0.03 tu menjadi ukuran..sudah pasti aku mengikut jejak member2 untuk extend pengajian…tapi nak buat macam mana…nasi dah jadi bubur…dah terlambat untuk undur balik…

Temuduga semalam adalah kali ke 10 bagi aku…dan merupakan kali ke 6 bagi jawatan pensyarah…relaksla…belum sampai 30 kali…tapi aku dah bercita2 untuk buat memoir pasal temuduga2 aku…aku nak buat filem…filem bersiri…jadi kalau ada penerbit filem atau pengarah filem  yang baca entry ni…jangan segan silu nak contact aku…aku sudi menyediakan skripnya…seantero dunia dah beralih pada filem yang bercorak pendidikan…bila lagi negara kita nak beralih dari genre hantu dan lawak dan samseng dan gangster dan cinta...daripada buat filem 3 dating…baik buat 10 temuduga kan?

Read More...
gravatar

Selamat hari Pendidik

Pada tarikh 16 mei tiap2 tahun…pasti ramai yang tertunggu hari ini…zaman aku sekolah dulu aku cukup teruja untuk pergi sekolah…pasal apa? Pasal tak payah belajar…pasal xpayah galas beg dan buku..yang penting ada byk acara menarik dan makan2 percuma…tapi sekali pun aku xpenah bagi hadiah kat cikgu aku..mahupun yang aku suka atau yang kurang suka…mujurlah masa sekolah dulu aku ni antara budak yang xbyk masalah kecuali rambut panjang…so mmg xberapa nak ngam dengan cikgu disiplin…asik kena sound je…tapi hanya dua kali je kena gunting dengan cikgu…

Walau prestasi aku Cuma suam2 kuku je..namun aku ni kadang2 lebih terkenal daripada bintang sekolah lagi..tak tahulah pasal aku ni jenis banyak cakap atau jenis suka tanya atau jenis suka provoke..tapi last aku pergi sekolah masa tahun 2007…lepas 5 tahun aku tinggalkan sekolah..ternyata cikgu2 masih kenal aku…yelah..bekas best student pmr…dan best student English utk pmr, spm dan muet…walaupun aku xda apa2 jawatan kat sekolah..baik pengawas atau pengawas pustaka…tapi aku adalah kawan baik headboy…itu yang aku heran..atau aku saja perasan..

 Hari guru masa kat sekolah rendah agak meriah berbanding sekolah menengah…masa sekolah rendah ada pertandingan mewarna..aku pernah terpilih sekali untuk masuk…rasanya cikgu tu Cuma nak ambil hati aku je…tapi oklah dapat masuk…aku pun bercita2 nak masuk..setakat nak rasa je..xda niat pun nak menang…Cuma rasa best dalam ramai2 orang tu aku antara yang terpilih masuk…selain pertandingan mewarna ada acara sukaneka..mmg best tengok cikgu2 bersukaneka…sampai sekarang masih ingat lagi rupa cikgu yang terlibat tu..

 Hari guru masa sekolah menengah…pun best jugak pasal xada kelas dan xpayah bawak beg dan buku…jauh sekali kerja rumah…datang sekolah untuk enjoy je…dahla dapat balik awal..xbnyak sangat memori yang aku nak kenang masa hari guru sekolah menengah…maybe time tu dah remaja..dah xheran dengan makan2 free kot…tapi tetap best tgk cikgu2 dalam acara sukaneka…dalam suasana yang xberapa nak formal…tapi dalam 7 tahun sekolah menengah tu…pun aku xpenah bagi hadiah kat cikgu..kad pun xbagi… Masa kat university…dekat 7 tahun jugak…langsung xmerasa hari guru…aku pun xtau samaada ia disambut atau tak dikalangan tenaga pengajar kat university…sama jugak aku xpenah bagi apa2 hadiah atau kad…bukan bermakna aku xhargai jasa2 mereka..Cuma aku xbiasa dengan bende2 macam tu…aku paling fail bab2 hadiah ni…

 Walaubagaimanapun…aku tetap kenang jasa mereka semua yang pernah mengajar aku dari darjah satu sampailah master…bukan senang mereka nak tahan dengan kerenah aku yang diluar dugaan ni…aku ni jenis direct sket…klu xpuas hati aku ckp terus atau tunjuk terus yang aku xpuas hati…mmg xda nak sembunyi2…aku jugak jenis suka bersembang lama2 dengan cikgu2 dan pensyarah2 ni…macam2 aku cerita dan mengadu…yelah pasal mereka ni lebih tua dan lebih berpengalaman..bende2 yang aku rasa xsesuai nak ngadu kat mmber2…takut nnti member salah paham..maklumla lebih kurang sebaya…tapi dengan cikgu2 atau pensyarah2 ni…rasa secure sket..

 Jadi sempena hari untuk mengenang jasa pendidik ni..aku ambil peluang untuk menulis satu entri ringkas…utk mengingatkan aku betapa aku pernah menjadi anak didik kepada pengajar2 yang kebanyakannya mmg baik…yang selalu bagi muka dan bagi chance kat aku…yang melayan aku dengan sabar…mudah2an jasa mereka sume dibalas oleh tuhan…aku xkan lupa jasa2 mereka selagi aku masih memiliki akal yang waras…Cuma kadang2 tu aku segan nak tegur pasal aku xmahu mereka melihat aku yang masih belum begitu berjaya…dari segi pelajaran Alhamdulillah aku dah berjaya…aku berjaya tamatkan apa yang aku mulakan.. Pada sume mmber2 yang jadi pendidik tu…teruskan usaha…bykkan sabar…budak2 sekarang mmg susah nak jaga…itu pasal aku xmau jadi cikgu sekolah…aku xyakin aku dapat tahan dengan budak2 yang hyper atau yg sewaktu dengannya…good luck guys…all the best…

Read More...
gravatar

New year on the go

Oh my goodness...why the keyboard of this ipad2 does not come out when i choose compose mode?...So the solution was to choose the edit html option...only then the keyboard will popup...updating blog using joad was indeed cool...the reason is simply i cant afford to have an ipad...well not right now...i just failed my third interview for the post of english lecture in one of the public university in pahang...

Gosh....i received the call about 5.04pm requesting me to attend an interview at 8.30am the next morning...i arrived at 8.45am...i am very tired and i didint perform well during mock teaching...maybe i was too confident about it...at the end...i failed in tat interview..better luck next time...please pray for me....

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri