Archives

gravatar

Goodbye to u the patient of old me

Tajuk memang sadis sekarang ini kerana aku berada dalam yang amat teramat down sekarang ini...tidak ada apa yang akan menggembirakan aku dan buat aku tersenyum secara sukarela...sekarang ini aku dah jadi hipokrit...aku dah jadi plastik...semuanya tipu...

Aku memang rasa inilah masa paling baik untuk aku menyendiri...masa dah sampai untuk jadi contributing ape aka kera sumbang...aku hilang semangat untuk semuanya...sikit punya hal pun aku dah tak boleh nak kawal perasaan aku...jadi sebelum jadi perkara yang tidak diingini...lebih baik aku menyendiri...aku tak mahu menyinggung perasaan orang sekeliling dimasa aku hilang kawalan ni...aku betul-betul maksudkannya...sarang tebuan jangan dijolok...masalah aku dah cukup banyak hingga ia mampu buat aku hilang senyuman dan happy go lucky dan kesabaran aku...

Rasanya semua masalah ini berpunca dari duit...aku jadi malas kerana duit...aku jadi kurang sabar kerana duit...semuanya berpunca dari duit...aku harap aku sorang je dalam dunia yang ada masalah ini...tak boleh nak bayangkan kalau orang lain ditempat aku...dan aku tak mahu orang lain merasainya walaupun orang itu adalah orang yang paling aku benci...kerana berada ditempat aku ni pasti menyebabkan seseorang itu berubah sepenuhnya...

Aku pun dah berubah dengan ketara, aku cuma berlakon je depan orang...tapi dalam hati tuhan je yang tau...senyuman aku agak mahal sekarang ini...mungkin kerana lapar di bulan puasa...aku belum nampak lagi jalan penyelesaian ini...aku tak ada masa yang sesuai nak berfikir dengan semasaknya...aku cuma harap ia akan berakhir tak lama lagi...

Masalah ini pasti dapat diatasi dengan singkat jika aku mempunyai duit yang cukup...sekarang ini semua benda pakai duit...duit dalam jumlah yang banyak...apa yang buat aku tertekan adalah jumlah yang aku perlukan itu tidak lebih dari sebulan gaji pekerja biasa...tapi nak buat macam mana aku memang tidak mampu...aku kerja 5 bulan kat sini baru boleh dapat jumlah itu...

Mengeluh banyak pun tak guna...kerana duit tak cukup...banyak perancangan aku tak boleh dilaksanakan...aku tak mahu roh aku tergantung kerana tak bayar hutang...hutang aku dah cukup banyak...ibarat aku tak ada keluarga kat dunia ini...aku betul-betul cemburu dengan orang yang keluarganya sanggup bantu...aku tidak sebertuah itu...dari dulu lagi aku terpaksa cari sendiri dan hutang sendiri tanpa bantuan keluarga...kalau keluarga tolong pun...akibatnya amat sengsara bagi aku...belum apa-apa dah ungkit itu ini...inilah padahnya jadi anak yang ke 4...ada 3 orang abang atas daripada aku...

Daripada stpm hingga ijazah hingga master...aku tidak pernah mendapat restu keluarga...semuanya atas kedegilan aku...aku terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk itu....dah terpaksa berhutang sana sini kerana itu...hutang itu tidak banyak pun...sebulan gaji dah mampu langsaikan...tapi nak buat macam mana...aku terkandas kat sini..jadi kuli terhormat...kuli yang ada master...berkhidmat utk lepasan sijil, diploma dan ijazah..aku tak mahu pandang rendah kerana setiap orang ada kekurangan sendiri...tapi kalau dah jelas sangat tu...dan ianya tak ada kena mengena dengan akademik...tapi sikap...aku memang tak boleh nak toleransi...

Kuli terhormat...disanjung kerana prestasi...tapi bila masuk bab upah atau pulangan atas prestasi itu? tidak ada apa2...apa guna kehadiran penuh, punch kad xpernah merah, xpernah keluar minum pagi, xpernah keluar lunch kalau upah tetap sama dengan yang asik cuti, keluar minum lama, keluar lunch lama, datang lambat, suruh orang tolong punch untuk dia...

Itulah maksud aku jadi kuli terhormat...pujian tidak mampu nak bayar hutang2 aku...tak mampu nak isi perut aku...tak mampu belikan aku pakaian baru...

Read More...
gravatar

The why of the it happen to me...

gugel jangan harap nak dapat no hanset aku...

Dah lama tak lepaskan geram kat sini...sekarang ini masanya sudah sampai untuk aku lepaskan geram...geram pasal aku kena tindas...aku dizalimi...

Memang betul aku orang bawahan, tapi adakah aku ini tidak punya hati dan perasaan? adakah aku ini tidak perlu makan minum tidur dan rehat? adakah aku tidak berhak marah ketawa sedih geram bengang?

Aku ingatkan nasib semakin lama semakin ok...tapi rupanya semakin lama semakin teruk kena...aku tak kisah kerja 24 jam sehari kalau pulangannya kena dengan kerja 24 sehari...ini tidak, aku dikehendaki kerja macam orang lain tapi pulangannya adalah amat rendah sekali...aku pun punya hati dan perasaan...aku pernah dibayar 1600 sebulan tapi kerjanya adalah 1/5 sahaja daripada kerja sekarang ini...

Well, kalau ikut kertas, aku bukan pekerja pun...aku cuma membantu...tapi realitinya...aku ini pelaksana..bukan lagi pembantu...aku menjalankan kerja ketua jabatan, ketua unit dan pegawai...tapi tidak ada sebarang pertambahan elaun...cuma pertambahan penat dan stress...

Aku xmenyangka sume ini berlaku pada aku...tapi aku percaya ada hikmah disebalik sume ini dan hikmah itu pastinya menjadikan aku orang yang lebih berkebolehan di masa akan datang...

Read More...
gravatar

Aku Mahu Berleter

Ye...aku mahu belebel(dialek aku)...tapi sebelum tu...f*$%* off pada sape2 yang senang butthurt bila baca tulisan aku...kalau tak suka...jangan sesekali baca...

aku tengah lapo ni...kerja dah nak masuk 3 bulan..tapi elaun belum dapat walau satu sen...hutang pulak dan mencecah 400 dalam masa tu sahaja...campur semua hutang dengan orang semua sekali ada dekat 7 ribu kot...sorang tu 3000, sorang lagi 1150, sorang lagi 1050, sorang lagi 200, yang tu pun 200, yang 100++ pun ada beberapa orang termasuklah boss aku yang sekarang ni..

Kalau mati syahid sekarang pun xda makna bagi aku kerana hutang terlalu banyak...hutang masa buat master dulu lah...gara2 nak elak loan berbunga tu...pastu dengan bajet senang nak dapat keje kalau master english lagi...pastu sangkut tesis dua tahun..pergh...

Bukan aku xda mak bapak...tapi aku bukan anak tunggal, depa bagi pinjam pun adik beradik lain bising...itu bagi pinjam..bukan mintak terus...dan pinjam itu pun nak bayar yuran tertunggak..bukan mahu beli motor atau joli...adoi...kang jadi lain pulak topik ni...

Enuff dengan family, dengan mmber2 pun sama...xpelah...aku banyak dosa...memang patut pun sengkek sejak tahun 2007...bermula episod kedua2 hp aku kena curi..lepas tu..aku xpenah rasa mewah lagi...

ada duit pun kena bayar yuran pengajian...bukan sikit tapi banyak...satu semester dekat 2000...itu yuran saje..belum campur makan lagi...xda guna ungkit bende yang dah lepas...cuma orang yang betul2 rapat je paham...faham dan melihat sendiri penderitaan aku...

Dahla derita...ada pulak suara2 sumbang...ish...kalau dia kat tempat aku xpelah nak sound pun..ini tak..nak samakan aku dengan orang lain..orang lain ada ke hutang gadai gelang emas ibu sendiri untuk bayo yuran pastu kena marah kaw2 dengan adik beradik sendiri?sampai sekarang pun belum tertebus lagi 3000 tu...itu pun ada lagi orang nak kutuk..xpelah kutuklah...

Ini pulak dah keje dekat 3 bulan...satu sen haram pun aku belum rasa lagi...yang rasa cuma hutang situ hutang sini..tebal muka mintak dengan boss...kerja aku mmg ringan je...hari2 buleh ngadap internet...hahaha...

Ringan dari segi fizikal...tapi dari segi mental...aku ini merangkap PA boss aku...keje aku sekarang ada 3x ganda lebih teruk dari keje aku masa jadi RA dulu..tapi elaun RA adalah 1600 sebulan manakala keje yang ni cuma 600 sebulan...

600 tu dah cukup kerana aku duk rumah...xperlu bayar yuran...tak perlu beli makanan...tak perlu beli tiket bas...mmg dah cukup klu 600 tu...masalahnya bil astero atas nama aku tu sape nak bayo? minyak moto tu sape nak isi? hanphone aku sape nak topup?

dan yang penting sekali..hutang berkilo2 tu bila nak dibayo? aku bukan nak banyak pun...tapi daripada xda hasil langsung...keje yang ringan pun jadi berat...keje xpenah stop..tapi mana hasilnya?bulan pertama kosong. bulan kedua kosong...ini bulan ketiga kalau kosong jugak...aku akan quit tanpa notis...

Ha..lagi 30 minit nak balik ni..arini khamis..3.30 dah buleh balik..habis seminggu...lagi seminggu kena lalui kekeringan poket ni...harap tak ada yang cari pasal dengan aku kerana aku dalam mood yang amat teruk sejak beberapa minggu lepas...sikit punya hal pun dah buat aku menggelegak...

Ok sekian...

Read More...

Iklan

Iklan
Kenapa kita perlu insurans?

Iklan Percuma Saja Ni...

Jika Berminat Sahaja

Pengacau

Top Entri